terima kasih buat kalian semua..

Wednesday, August 10, 2011

Lembaga Zakat dan Jabatan Kebajikan perlu lebih peka dengan kebajikan orang Islam...


RAMADAN kali ini dicemari dengan kes umat Islam ke gereja yang terletak di Petaling Jaya. Senario yang terjadi ini sebenarnya bukanlah perkara yang memeranjatkan kerana isu ini pernah didedahkan sekitar 2008. Namun, kita tidak pernah belajar daripada apa yang berlaku dan membiarkan perkara yang sama berulang.

Jika dilihat kepada fakta kes, kita tidak boleh terlalu menyalahkan umat Islam yang hadir ke gereja itu tetapi perlu meneliti aspek seperti mengkaji punca gejala ini timbul.
Mungkin badan berkaitan seperti Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) perlu memainkan peranan yang agresif dalam membantu golongan yang memerlukan lebih-lebih lagi seperti ibu tunggal dan saudara baru

Mereka ini kadang-kala tiada tempat bergantung dan amat mudah dipujuk serta dipengaruhi apabila ada pihak lain yang menghulurkan bantuan walaupun mempunyai agenda yang tersendiri.

Bagi saudara baru pula, barangkali pemahaman terhadap agama Islam masih nipis dan mudah goyah apabila dihasut dengan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Ditambah pula dengan layanan yang istimewa serta diberi kemudahan tempat tinggal dan juga wang sara hidup. Pada sisi lain pula, ketua kampung, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid dan surau serta jiran tetangga sendiri perlu prihatin akan kondisi serta kualiti hidup jiran mereka.

Laporkan kepada pihak berkaitan jika mendapati mereka amat daif agar diberi bantuan sewajarnya. Akhir sekali, jika umat Islam yang sudah mendapat bantuan masih cenderung untuk ke gereja atas sebab tamak dan ingin hidup senang, maka waktu inilah kita perlu memerangi golongan ini kerana Islam adalah agama yang bertimbang rasa dan bertolak ansur.
MOHD SAIPUDDIN SULIMAN,
UPSI, Perak

1 comment:

  1. apa salahnya pergi gereja?
    apa salahnya pihak gereja nak bagi duit?
    apa salahnya terima wang dari gereja?

    yg jelas salahnya pusat zakat tidak memain peranan.
    saya mendapat tahu, pekerja pusat zakat, tiap2 tahun dpt pergi melancung anjuran pusat pungutan zakat.

    fikir2kan...

    http://drmaza.com/home/?p=1534

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...