terima kasih buat kalian semua..

Friday, August 5, 2011

Luaskan kaedah 'kerja tiga tahun' di semua sektor panas...


LANGKAH Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia untuk memastikan hanya tiga tahun kepada semua pegawai yang bertugas 'di sektor panas' memang tepat dan bersesuaian.

Sering kali kita terdengar tentang pegawai-pegawai di sektor itu terlibat dengan rasuah dan pemerdagangan manusia dan amat dikesali.

Bagaimanapun bukan semua kakitangan ini terbabit, hanya segelintir kecil sahaja kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Dalam usaha kerajaan berusaha untuk membasmi dan mengawal kemasukan pendatang asing secara haram, terdapat pula pihak lain yang bertindak songsang dan mengaut keuntungan berlipat ganda yang terang-terang merugikan bangsa dan negara.

Saya mencadangkan supaya usaha ini diperluaskan ke lain-lain jabatan penguatkuasaan.

Contohnya Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Jabatan Pendaftaran, PDRM, KDN, JPJ dan sebagainya. Organisasi ini merupakan satu sub-kuasa yang banyak berhubung dengan orang awam terutamanya yang melibatkan keluar-masuk ke dalam dan luar negara.

Orang ramai harus diyakini tentang keselamatan dan integriti bekerja kerana bukan semua kakitangan awam yang tidak jujur, mungkin sebilangan kecil inilah yang merosakkan keseluruhan organisasi terlibat.

Apa pun masyarakat tetap menaruh kepercayaan yang tinggi terhadap semua badan penguatkuasaan negara kerana merekalah penyumbang kepada keselamatan dan keharmonian negara ketika ini.

LAN PARAS DADA
Kuala Lumpur

1 comment:

  1. orang lain dah lama kaya.. bini masing masing gelang beso

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...