terima kasih buat kalian semua..

Tuesday, August 9, 2011

Pemandu bas Transnasional tidak prihatin waktu berbuka !!!! Berhenti la sebentar untuk penumpang berbuka...


PADA 5 Ogos lalu, saya dan isteri menggunakan bas Transnasional untuk perjalanan Kuala Lumpur-Alor Setar. Bas yang sepatutnya berlepas jam 5.45 petang cuma berlepas pada jam 6.30 petang.

Memandangkan bulan puasa kami telah membeli sedikit juadah ringan untuk berbuka di atas bas kerana menjangkakan bas tidak akan sempat sampai ke hentian rawat dan rehat (R&R) pada waktu berbuka.

Perkara yang amat mendukacitakan berlaku apabila bas yang kami naiki berhenti di hentian sebelah dan hanya memberi masa untuk penumpang ke tandas. Selepas itu bas meneruskan perjalanan terus ke Alor Setar tanpa berhenti di hentian R&R untuk membolehkan penumpang yang beragama Islam bersolat dan berbuka dengan sempurna.

Sikap pemandu sebegitu tidak boleh dibiarkan kerana tidak mempedulikan soal kebajikan penumpang lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan. Saya yakin pemandu ini juga seorang Islam dan kita berada di negara yang berteraskan Islam.

Saya memohon pihak pengurusan syarikat Transnasional mengambil perhatian ke atas perkara ini.

AZIZ YASSIN
Kuala Lumpur

2 comments:

  1. BOIKOT SAJA PIHAK BAS TRANASIONAL,MASIH BANYAK LAGI SYARIKAT BAS YANG LAIN MALAH BEGITU SELESA.YANG SAYA TAHU...BAS2 TRANASIONAL BOLEH DIKATAKAN BERBAU ASAP ROKOK, BUSUK..PEMANDU BAS BUKA TINGKAP DISISINYA..HISAP ROKOK ...SELAMBA AJE.MAKA SAUDARA DAN ISTERI JUGA RAKAN2 KITA YANG SELALU BERULANG ALIK DENGAN MENGGUNAKAN BAS2 SYARIKAT YANG LAIN.T/KASIH.

    ReplyDelete
  2. Hello tuan,Bolehkah anda bertukar-tukar link? saya telah dikaitkan web yang bagus anda, supaya anda boleh link blog saya?Saya berharap anda tidak keberatan ...
    ini adalah blog saya http://webmarhaen.blogspot.com/

    nasib baik

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...