terima kasih buat kalian semua..

Saturday, August 6, 2011

Saya tertipu, suami rujuk bekas isteri !!


SETIAP wanita yang bernikah dengan lelaki yang menjadi idamannya pasti inginkan kebahagiaan sehingga ke akhir hayat.

Ada yang mencapai impian tersebut, ada yang kecundang kerana di pertengahan jalan, suami buat hal dan beralih kasih.

Akibatnya yang menderita dan menanggung beban adalah kaum wanita yang bergelar janda setelah ditinggalkan suami.

Status janda dan ibu tunggal tentu amat sukar untuk dipikul. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, namun itulah lumrah hidup berumah tangga.

Berkongsi cerita Nadia (bukan nama sebenar) berusia lewat 20-an yang terperangkap dengan janji manis lelaki bernama suami menjadikan Nadia hilang arah untuk meneruskan hidup.

Pun begitu, atas kesedaran dan ketabahan Nadia bangkit menyahut cabaran keluarga untuk memulihkan kehidupannya setelah dua tahun menangis dan menyesali hidup.

Begini kisah Nadia.

'Saya seorang kerani di sebuah syarikat kecil di bandar kelahiran saya di sebuah negeri di Pantai Timur.

"Dalam usia yang hampir menjejak 30 tahun saya bertemu seorang lelaki yang bekerja di sebuah pejabat kerajaan berhampiran tempat kerja saya pada awal tahun 2009.

"Orangnya baik hati, penyayang dan boleh tahan juga rupa parasnya. Di awal perkenalan dia mengaku seorang duda dan mempunyai dua orang anak.

"Dia juga mengaku sudah setahun berpisah dengan isterinya. Disebabkan sikapnya yang baik dan penyayang serta mengambil berat terhadap diri saya, kami akhirnya jatuh cinta.

"April 2009, kami bertunang dan berkahwin enam bulan kemudian dengan persetujuan keluarga kedua-dua pihak. Saya amat bahagia di awal perkahwinan, keluarga juga begitu.

"Keluarga suami juga menerima saya dengan baik, begitu juga kedua-dua anak suami berusia sembilan dan 12 tahun. Biarpun bimbang saya cuba menjadi ibu tiri yang baik untuk mereka. Kedua-dua anak suami tinggal bersama ibu mereka.

"Akhir tahun 2009, rumah tangga saya mula dilanda badai. Suami mula nampak berubah, tidak mesra dan sayangkan saya seperti mula-mula kami bertemu.

"Dia kemudian jarang pulang ke rumah, saya dibiarkan seorang diri. Apabila saya bertanya macam-macam alasan yang dia berikan, kerja banyak, outstation dan sebagainya.

"Sebagai isteri saya percaya kerana kerja dia memang begitu. Awal tahun 2010, keadaan rumah tangga kami semakin goyah. Suami jarang pulang ke rumah, alasannya tetap sama.

"Saya beritahu keluarga saya perkara ini. Mereka minta saya sabar dan berbincang elok-elok dengan suami. Saya ikutkan nasihat keluarga kerana tidak mahu keruhkan keadaan.

"Satu hari, anak tiri saya datang ke rumah bersama ibu mertua saya. Biasalah budak-budak, apabila mereka dilayan elok macam-macam cerita yang boleh kita dapat.

"Dalam perbualan saya cuba-cuba selitkan pertanyaan tentang ayah mereka. Nak tau apa jawapan mereka? Ayah balik rumah mak. Tiap-tiap malam ayah pergi rumah mak.

"Berderau darah saya mendengar jawapan itu. Macam-macam perkara buruk yang saya fikirkan. Saya mula syak dan curiga kepada suami. Tetapi saya tidak mahu melatah, saya akan siasat dan pastikan apa yang anak-anak tiri saya cakap itu benar.

"Apabila saya tanya kepada mertua, dia juga tidak tahu kenapa anaknya selalu ke sana. Tapi kata dia, baik engkau periksa, jangan-jangan dia rujuk semula dengan bekas isterinya.

Apabila suami pulang ke rumah, saya gasak dia dengan soalan yang sama bertubi-tubi. Saya minta dia berterus terang dengan saya akan apa sebenarnya yang berlaku.

"Akhirnya dia beritahu yang dia telah rujuk semula dengan isterinya tiga bulan selepas kami bernikah. Dia minta maaf kerana terpaksa berbohong kepada saya. Alasannya kerana sayangkan anak-anak dan tidak mahu melihat bekas isterinya hidup menderita.

"Ya Allah..hancur hati saya mengenangkan kata-kata dia. Jadi, selama ini dia menerima saya sebagai isteri untuk apa jika dia juga mahu rujuk semula dengan bekas isterinya.

"Saya menangis sepanjang hari. Saya katakan kepadanya, kalau saya tahu perkara ini akan berlaku saya tidak akan berkahwin dengan dia.

"Dia juga menangis dan mengatakan dia tidak tahu bagaimana dia boleh kembali kepada bekas isterinya itu. Sekarang dia amat menyesal dan tidak mahu meninggalkan saya.

"Saya tekad menyuruh dia memilih salah satu, saya atau bekas isterinya itu. Walaupun berat saya terpaksa lakukan demi masa depan saya. Saya juga nekad tidak mahu bermadu dan mahu dibebaskan jika dia tidak dapat buat pilihan.

"Saya tahu masa depan saya dengan suami bertambah gelap dengan sikap isterinya yang mengongkong kehidupannya. Bekas isterinya memang mahu memisahkan saya dengan suami. Dia mahu mengambil semula suaminya daripada saya.

"Saya juga tidak mahu hidup berkongsi kasih dengan orang lain. Saya kecewa dengan sikap suami yang tidak menghargai pengorbanan saya terhadap dia.

"Ingatkan apabila saya bernikah dengan dia, hidup kami akan bahagia, rupanya kasih sayang patah di tengah jalan. Walaupun dia berjanji akan berlaku adil terhadap saya, hati saya sudah hancur. Saya tidak percaya dia lagi.

"Saya hairan dengan sikap lelaki. Sudah dapat isteri yang baik dan menerima mereka seadanya, ini pula balasan kepada isteri. Kalau sudah merasakan ingin merujuk semula dengan bekas isteri kenapa jatuh cinta dengan saya? Kenapa pilih saya sebagai isteri?

"Sekarang saya tawakal dengan takdir untuk diri saya. Apa juga yang berlaku saya reda tetapi saya mahu dibebaskan dengan baik. Rasanya saya tidak boleh hidup bermadu.

"Saya hanya rasa bahagia selama empat bulan, selepas itu sehari pun tidak ada yang menggembirakan hati saya. Setiap saat hati dan perasaan saya terganggu.

"Saya berdoa semoga Allah memberi petunjuk kepada saya untuk menghadapi hidup ini dengan lebih tabah," Nadia menutup cerita.

3 comments:

  1. Bodoh punya perempuan tahu kah anda Madu tak salah,rujuk semula pada isteri pertama pun tak salah apa salah.Tentu ada hikmahnya.Kenapa tidak pilih jalan untuk jadi isteri yang taat pada suami mudah mudahan dapat kenerkatan.Madu juga ada hikmahnya.Tuhan Maha adil di sebalik kejadian tentu ada hikmah yang tidak dapat di lihat buat masa ni.

    ReplyDelete
  2. dalam usia mencecah 30-an, mana ada org lelaki bujang lagi. yg ada pun bujang terlajak. itu pun lelaki bujang terlajak pun nak kahwin dgn perempuan muda awal 20-an. jodoh puan itu memang dh tertulis dgn duda ank 2. namun, sudah jadi ketentuan Allah, suami merujuk semula dgn bekas isteri. reda je lah. bukan senang nk dapat payung emas. puan adalah insan yg terpilih.-insan biasa-

    ReplyDelete
  3. xpayah nk cakap owg bodoh sgt la kn.....kalo koe ada kt tmpt dy pn mzti koe xkn tw nk wt cne.....laky sume same...

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...