terima kasih buat kalian semua..

Tuesday, August 2, 2011

Siapa kawal kanak-kanak ini???


AKHIR-akhir ini, hampir di seluruh negara saya dapat menemui remaja perempuan berusia lingkungan 13-16 tahun menjual madu dan meminta derma di stesen-stesen minyak.

Sehinggalah semalam, saya berjumpa salah seorang daripada mereka ini di stesen minyak Shell di kawasan Rehat Temerloh LPT menghala ke Kuala Lumpur.

Cuba bayangkan, pada jam 10.30 malam, remaja ini masih berusaha menjual madu kepada orang ramai dan meminta derma.

Di wajahnya kelihatan terlalu penat dan sedikit takut, mungkin takut untuk meminta derma atau mungkin takut pada pihak yang menyuruh mereka meminta derma dan menjual madu.

Di manakah letaknya kesedaran dan tanggungjawab sosial pihak berkenaan, menyuruh seorang remaja perempuan menjual madu pada jam 10.30 malam di malam 1 Ramadan? Persoalan yang patut kita renungkan:

* Adakah ini satu sindiket yang menggunakan remaja bawah umur untuk kepentingan sendiri?

* Andai benar pun ini adalah derma untuk rumah anak-anak yatim, kenapa anak-anak yatim itu yang dijadikan beban? Seolah-olah mereka dipersalahkan dengan keadaan mereka?

* Siapakah yang memantau keselamatan remaja-remaja perempuan itu?

* Kenapa remaja-remaja perempuan ini tidak diberikan hak untuk belajar bersama kawan-kawan yang lain?

Saya menyeru pihak berkenaan supaya tampil membela nasib anak-anak ini. Bersama-samalah kita membela nasib anak-anak Malaysia.

ABDUL AZRI ABDUL LATIF
Kuala Lumpur

1 comment:

  1. sedihnya aku baca.. tak dapat bayangkan kalau adik perempuan aku mengalami keadaan yang sama..

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...