terima kasih buat kalian semua..

Monday, August 15, 2011

Teksi tak pakai meter !!! Carilah alternatif teksi...


SUBANG JAYA 14 Ogos - Isu pemandu teksi tidak menggunakan meter dan mengenakan caj yang melampau bukan satu isu baru tetapi masih tidak dapat diatasi sepenuhnya walaupun pendedahan demi pendedahan dan tindakan penguatkuasaan dibuat.

Maklumat daripada orang ramai menyatakan bahawa 'lubuk' kepada kumpulan pemandu teksi cekik darah itu ialah di stesen-stesen transit aliran ringan (LRT) dan stesen komuter di seluruh Lembah Klang.

Tinjauan di stesen komuter Subang Jaya mendapati, maklumat tentang kewujudan pemandu teksi yang tidak menggunakan meter memang berasas.

Penulis yang cuba bertanyakan tambang untuk ke Pusat Perniagaan Taipan di USJ 10 yang jaraknya tidak sampai enam kilometer terkejut apabila diminta membayar sebanyak RM20.

Apabila cuba mempersoalkan tindakan tersebut, pemandu berusia pertengahan 40-an itu tanpa berselindung berkata, teksi di situ memang tidak menggunakan meter dan jika tidak mahu mendapatkan teksi di situ, penulis diminta ke pusat beli-belah Subang Parade.

Namun, agak mengejutkan juga apabila mendapati sekumpulan pemandu teksi yang berkumpul di hadapan Subang Parade juga tidak menggunakan meter. Pengguna seolah-olah tiada pilihan.

Seorang pengguna yang hanya mahu dikenali sebagai Sharipah, 26, berkata, dia sudah lali dengan situasi itu dan berpendapat, terpulang kepada diri masing-masing ketika berhadapan dengan keadaan itu.

"Tepuk dada tanya selera!. Jika kita tidak mahu, carilah alternatif lain. Tidak ada gunanya kita marah-marah, menyalahkan pengusaha dan pemandu teksi kerana jika ditanya mereka sudah pasti ada alasan tersendiri," katanya ketika ditemui.

Katanya, ketika ini, apa yang diharapkan oleh orang ramai ialah pihak yang dipertanggungjawab memperbaiki mutu perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini, segera mencari mekanisme terbaik bagi menyelesaikan isu itu.

Dalam tinjauan itu, penulis juga dapat melihat seorang lelaki yang membatalkan niatnya untuk menaiki teksi ke USJ5 kerana tidak berpuas hati dengan tambang yang diminta.

Dia yang pada awalnya dilihat sedang berunding dengan seorang pemandu teksi dilihat berlalu dengan wajah masam dan marah.

Ketika ditemui, Ahmad Solehan Omar, 25, berkata, dia membatalkan hasratnya itu kerana merasakan RM10 sebagai tidak munasabah kerana dia boleh menjimatkan lebih RM3 jika menaiki teksi bermeter.

Seorang pelajar, Azawani Sulaiman, 21, berkata, tidak tegas dan tidak berterusan dalam soal penguatkuasaan menyebabkan pemandu teksi di situ semakin berani.

Oleh ROSLAH OTHMAN

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...