terima kasih buat kalian semua..

Monday, September 5, 2011

Andartu jangan jadi perosak dan ketagih #%$^$%^%^@#@ !!!


“Bukan menghina, kerana bukan semua andartu berperangai sedemikian, tetapi selepas membaca kisah Nuremeliya saya rasa patut menceritakan perangai andartu yang saya anggap ketagih ##$%^& dan langsung tak tahu malu ini,” cerita Zamzalina dalam emelnya.

“Siapa pun akan rasa pelik apabila seorang wanita sering kali menghubungi suami orang tak kira siang ataupun malam. Ada-ada sahaja hal yang hendak dibincangkan, malah dia menganggap saya macam operator atau tunggul. Kalau dia telefon di rumah dan saya jawab, dia beritahu ada hal penting pasal kerja.

“Saya kakitangan swasta di utara tanah air yang juga sibuk pada waktu bekerja. Tapi saya tak pernah telefon bos mencari dia di rumah. Kalau pun mustahak ada pegawai lelaki akan hubungi bos. Selalunya semua perkara kami bereskan di pejabat. Di rumah keluarga punya hal, pejabat tak boleh campur.

“Tetapi berlainan sungguh dengan wanita ini, bila diselidik baru saya dapat tahu dia andartu ataupun andalusia. Dan orang pejabat pun pelik kenapa andartu ini suka telefon suami saya, kerana kerjanya langsung tak libatkan suami saya. Saya lagi pelik.

“Walaupun saya telah berkahwin hampir 10 tahun dan dikurniakan tiga orang anak, sedikit sebanyak perbuatan andartu ini memang menjeruk hati saya dan membuat saya curiga tentang hubungannya dengan suami.

“Sebelum berkahwin saya tahu suami ada ramai kawan baik lelaki mahupun perempuan. Namun sepanjang usia perkahwinan, saya cukup bahagia dan tidak pernah menghalang suami untuk berhubung dengan kenalannya. Saya beranggapan kalau dia minat pada wanita lain tentu dia tidak kahwin dengan saya.

“Tetapi sejak dua tahun kebelakangan ini, kebahagiaan yang saya nikmati sedikit tercalar kerana wujudnya andartu ini yang juga merupakan kenalan dan sepejabat dengan suami saya. Mulanya saya tidak ambil peduli tentang andartu ini kerana memikirkan suami saya begitu baik dan jujur kepada saya. Dia tidak pernah abaikan tanggungjawabnya kepada kami anak beranak. “Tetapi semakin lama hubungan mereka jadi semakin akrab, hinggakan saya dapat merasakan ada kelainan tentang mereka berdua. Pertama saya pelik dia telefon suami saya tak ada had waktu, kalau tak bercakap ada sahaja mesej akan masuk ke telefon bimbitnya. Mesej yang masuk pun tanpa mengira masa hinggakan waktu tidur pun ada saja mesej yang berbunyi dan mengejutkan tidur saya.

“Suami saya apabila ditanya siapa yang panggil, dan apa hubungan mereka, jawapannya orang di pejabat cakap pasal kerja. Untuk meringkaskan cerita, apabila rasa curiga tersemat di hati sudah pasti saya mula melihat telefon suami saya. Alangkah terkejutnya apabila saya lihat mesej yang dihantar semuanya berbaur seks, lebih hebat dari 18SX. Hampir pengsan saya, dalam sekejap masa badan saya menggigil, peluh jantan keluar tiba-tiba. Saya menggigil kerana menahan marah. Nasib tak ada darah tinggi, kalau tidak pasti saya jatuh tergolek.

“Beberapa hari saya mendiamkan diri. Masih berfikir apa patut saya lakukan. Dalam pada itu sikap suami saya semakin berubah. Kalau sebelumnya dia balik rumah selepas jumpa kawan (katanya) kira-kira jam 11 malam, tetapi akhirnya mencecah pukul 1 pagi. Namun saya terus bersabar melihat kerenah mereka. Saya juga tidak menghubungi andartu tersebut walaupun saya tahu nombor telefonnya.

“Walaupun saya diam dan tidak tanya suami saya, tetapi saya terus mencari bukti yang mungkin tersimpan dalam kereta atau telefon suami saya. Ketika mencari itulah saya terjumpa beberapa keping gambar lucah andartu tersebut dalam telefon. Astaghfirullah! Dia langsung tak tahu malu menunjukkan gambar lucahnya dan menjijikkan. Itu yang membuatkan saya semakin sakit hati dan kecewa dengan sikap suami saya.

Saya tak sangka ini perangai suami saya yang saya sangka baik dan berbudi bahasa. Gambar-gambar andartu yang menjijikkan itu diambil sendiri menggunakan telefon canggihnya. Kalau anda di tempat saya, sanggupkah anda bertahan dan bersabar?

“Saya kira tentu anda sebagai isteri tidak akan sabar dan tahan melihat perangai suami anda selama ini? Saya menangis semalaman memikirkan perangai buruk suami saya, hinggakan malu untuk ke tempat kerja. Saya tidak sanggup melihat gambar-gambar tersebut.

“Hati saya hancur. Teringin saya menelefon dan memaki hamun andartu itu, namun saya masih waras memikirkan masa depan anak-anak sekiranya sesuatu yang buruk terjadi antara saya dan suami. Tapi sampai bila saya sanggup bersabar. Hingga kini saya tidak ceritakan kepada keluarga kerana saya malu dan mahu menjaga maruah suami. Tapi jiwa saya tertekan .

“Saya juga mengharapkan cerita saya ini dibaca oleh andartu itu dan saya doakan dia segera bertaubat. Kepada suami saya doakan agar dia segera insaf. Kembali ke pangkal jalan. Jangan terlalu ikutkan nafsu. Perbuatannya jika dibiarkan berterusan boleh membawa kepada kehancuran rumah tangga.

Dmikian luahan Zamzalina yang masih tidak berani bertanya kepada suaminya bimbang bergaduh dan akhirnya akan diceraikan.

7 comments:

  1. kecian kan bila perempuan mnjadi mangsa...

    ReplyDelete
  2. jgn dibiarkan lama2..kena tegur tp biarlah kena dgn tempatnya...tanye elok2...

    ReplyDelete
  3. nape la tk ambil tindakan lebih awal... klu dibiarkan akan menjadi lebih teruk dn akhirnya diri sndiri yg merana... kok ye pun nk bersabar biar kena pd tmpatnye.

    ReplyDelete
  4. dol la ko nih...ko nak marahkan andartu wat apa?? it takes two to tango...mula2 sekali ko kena marah laki ko tu...baru la nk marah orang lain..

    ReplyDelete
  5. Kadang kadang sebab kita tak layan suami dengan baik, ye lah dah ada anak 3 katakan, ingatkan suami dah kurenglah nak beranu anu. Jangan ingat camtu. Saya dah ada anak 10 nipun, masih lagi suka beranu-anu. Bila isteri buat dek je, mulalah kita nak merewang-rewang, tambah ada peluang pulak macam tu, laju le jawap dia..... Majelang

    ReplyDelete
  6. sebenarnya ini kes berat....kenapa didiamkan?kenapa tidak selesaikandengan orang tengah?

    ReplyDelete
  7. minx maap ckp la ye.perlu ke taruk gamba x senonoh. jng la bt saham dosa...

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...