terima kasih buat kalian semua..

Tuesday, September 20, 2011

Jadikan golf sukan untuk rakyat...



SETIAP tahun yuran main golf sentiasa naik. Malah ada padang naik yuran dua kali tahun ini. 1 Januari naik yuran. 1 September naik yuran. Sebenarnya saya tidak kisah sangat pasal kenaikan yuran. Macam kenaikan harga rokok, orang ramai masih menghisap rokok.

Tiada tanda-tanda bilangan penghisap rokok jatuh merudum.

Kita mahu permainan golf untuk semua lapisan masyarakat. Golongan berpendapatan rendah juga seperti mekanik, pemandu teksi, kerani, cikgu dan anggota tentera mahu main golf macam kelas menengah.

Bukan sekadar dimonopoli oleh kelas menengah sahaja. Kita tidak mahu golf dikaitkan dengan orang kaya sahaja.

Golf bukan sahaja dikaitkan dengan yuran padang dan buggy sahaja. Sesetengah padang golf mewajibkan tenaga kedi ditip RM40 seorang sekali main. Dalam keadaan tertentu kena bayar tip RM50 seorang. Kadang-kadang kedi macam-macam perangai, pandai demanding, minta tip lebih.

Bukanlah nak mengata, 85 peratus kedi tidak pandai langsung baca line.

Kira-kira 60 peratus golfer berusia 50 tahun ke atas, pesara kerajaan dan warga emas. Maka tidak hairanlah ada warga emas tidak senang duduk kalau digoda oleh kedi. Mungkin tidak ramai yang melakukannya, namun seekor kerbau membawa lumpur, semua kerbau terpalit.

Yuran juga berbeza mengikut hari. Hari kerja bayaran agak sederhana. Sabtu, Ahad dan cuti umum harga yuran hampir sekali ganda.

Tidak adil bagi pesara dan warga emas. Ada padang beri potongan harga istimewa untuk pesara dan warga emas, tetapi tidak merata. Sudah tiba masanya semua padang golf memberi potongan harga istimewa untuk pesara dan warga emas.

Semua pemain golf tahu harga makanan di kafe kelab agak tinggi. Purata sepinggan mi goreng dan sebotol air harganya hampir RM20 seorang. Kena fikir 10 kali sebelum makan bagi mereka yang berpendapatan kurang RM2,000 sebulan.

Purata setiap golfer terpaksa membelanjakan hampir RM200 untuk membayar yuran padang, sewa buggy, yuran kedi, tip kedi dan makan di kafe.

Bagi mereka dari kelas menengah tidak menjadi masalah besar. Dengan adanya harga patut sudah tentu lebih ramai yang mampu bermain golf. Kita mahu menggalakkan lebih ramai rakyat bersukan tanpa mengira kelas sosial. Sudah tiba masanya kita kena kikis main golf untuk kelas menengah dan orang kaya sahaja.

AWANG SEMBILANG
Ampang

3 comments:

  1. Eden pun main golf tapi duo tahun kebelakang ni dah berhenti kerana kono tennis elbow dan sakit belakang. Jadi diibaratkan early retirement. Sato posanan kalo tak mampu jangan main. Golf ni dikaitkan dengon oran putih sebab golf datang dari Scotland. Maso penjajah dulu dio oran yang main. oran kito jadi kedi. Sekarang ni oran muda dan pensioners yang main. Dio oran ado duit dan ado maso. Maaf, mekenik,pemandu teksi dan lain lain tak do maso semua nak cari duit belanjo. bukan nak cari duit untuk main golf. Kalo porut kosong main golf apo Awang? Jadi kalo tak mampu jangan lah nak cubo cubo. Hisap rokok tak bolih disamokan dengan golf. Satu minggu kalo main sekali setidak tidak ekau akan belanja RM200.00. Ini green fee,buggy dan kedi masuk pulo dengan insuran. Makan minum belom lagi. Pertaruhan? Maso eden main eden tak bertaruh -berdosa jadi kito macam main sendirian lah. Patut ke dijadikan mainan rakyat-fikir fikirlah.

    ReplyDelete
  2. why not?knape perlu mahal2...main golf jew kow...takkan sbb game 2 oran puteh punyer jdi mahal kowt?polik botoi...salina

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tak puas hati betul ada setengah padang golf tu mewjibkan pemain golf ambik caddy seberang.kalau caddy lelaki ni berbaloi gak .caddy seberang ni buat golfer tak focus je.Tujuan asal nak main golf dah melencong pulak.dah jadi tempat gurau senda lak.kalau isteri tahu mesti haru biru.Seharusnya kerajaan banteras pengambilan caddy seberang ni, di Malaysia sendiri ramai penganggur lelaki yang boleh di train menjadi caddy. Jadikan lah sukan golf ni bersih dari kemaksiatan.

      Delete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...