terima kasih buat kalian semua..

Tuesday, September 27, 2011

Kisah benar seorang andartu terlampau dengan suami orang...


"SAYA tertarik sungguh dengan dua cerita ‘Andartu jangan jadi perosak’ dan ‘Bila selalu ke seberang’ dalam ruangan ini. Saya terasa seolah-olah menyindir saya. Itu pengakuan Farahaswani dalam e-melnya dan ketika kami berbual panjang di telefon selasa lalu.

‘‘Kerana gelaran andartu saya sering dicemuh, saya lebih suka dipanggil solo. Namun saya bertuah kerana ada kerja tetap dengan kerajaan, ada rumah, kereta, dan mampu hantar emak ayah ke Mekah, berbanding kawan-kawan lain, walaupun kami sama lulus universiti tetapi mereka tak ada kerja tetap hingga ada yang terpaksa jadi kerani atau terpaksa buka pusat jagaan anak-anak dan sebagainya.

‘‘Pada saya dah jadi lumrah kalau gadis solo dicemuh, kahwin awal pun dicerca, kahwin tak dapat anak disoal, kahwin duda dikutuk apa lagi jika kahwin suami orang, menjela-jela umpat keji mereka.

‘‘Sebagai kakitangan teknikal yang dimonopoli oleh kaum Adam, tugas mengajar saya jadi tegas dan matang dalam pergaulan. Kenalan saya 95 peratus lelaki. Keluar bekerja, shopping, sarapan, makan tengah hari, petang atau malam semua dengan lelaki. Hinggakan pemandu yang bawa saya ke merata tempat pun pernah disalah ertikan oleh isterinya kerana selalu balik jauh malam dari tapak projek.

‘‘Namun naluri kewanitaan saya tetap ada walaupun umur mencecah 30an. Ingin bekeluarga, disayangi, dibelai dan dimanja. Kerana itulah saya tertarik dengan Izhar seorang pengurus syarikat pembekal berusia awal 40an, sudah beisteri ada empat anak. Perkenalan bermula kerana tugas kami yang saling memerlukan.

‘‘Akhirnya saya terperangkap dengan cinta suami orang. Dia penyabar, lemah lembut, bertanggungjawab, hormat orang tua, termasuk mertua dan ipar duainya. Pendek kata dia memang ciri-ciri lelaki idaman wanita. Tetapi dia pendiam susah nak baca isi hatinya, namun lelaki tetap lelaki, nafsu tetap nombor satu

‘‘Seawal 7.30 kami akan bersms dan bertelefon. Kerana ketika itu isterinya sibuk, dia pendidik maka tugas hantar anak ke sekolah jadi tugasnya kerana ke sekolah sama. Manakala Izhar mengambil tugas menyiapkan dan menghantar anak kecil ke rumah pengasuh sebelum ke pejabat.

‘‘Diari hariannya semua dalam kepala saya. Manusia memang tidak boleh lari dari kesilapan. Selama tiga tahun jadi kekasih gelapnya, saya lupa diri dan jawatan yang dipikul hingga saya gunakan kedudukan saya memberi dia projek bernilai ratusan ribu ringgit, namun syarikatnya memang pun mampu dan sukar dipersoalkan.

‘‘Kerana ‘kebaikan’ itu saya berpeluang melancong ke luar negara bersamanya, menerima hadiah barangan berjenama, menginap di hotel besar dan makan angin ke KL sudah menjadi acara biasa kami.

‘‘Namun isterinya tercium aktiviti kami, dia hantar anaknya, adiknya jadi bodyguard Izhar kalau keluar malam, tapi Izhar bukan bodoh. Kerana cinta saya jadi buta. Tapi bangkai ditutup pun lama kelamaan berbau busuk jugak. Begitu juga dengan hubungan kami. Rakan sepejabat sudah tahu mereka nasihatkan saya kahwin di Siam ada juga yang nasihatkan saya putuskan hubungan. Bahaya kata mereka. Saya ikut nasihat suruh putus. Kata mereka ‘‘biar gelap seketika, lama kelamaan kita akan biasa dengan keadaan bergelap.’’

‘‘Rakan sepejabat banyak menolong saya bangkit dari masalah dan berjalan semula. Kalau dulunya saya seorang happy go lucky bertukar jadi seorang serius dengan kerja tapi sekarang saya boleh senyum semula.

‘‘Tiga tahun mengajar saya erti kehidupan, Izhar mengadu isteri tak beri layanan sibuk dengan tugasnya dan sibuk sambung belajar ambil ijazah, hinggakan lupa makan pakai suami, mungkin juga suami ‘tak cukup makan’. Tetapi si isteri jadi cemburu buta, sentiasa memeriksa kilometer perjalanan kerata suami. Menelefon suami setiap jam, suruh anak dan adik jadi spy, tak puas hati pergi check suami di tapak projek dan ke masjid kalau suami lambat balik.

‘‘Kepada Zamzalina atau isteri-isteri yang cemburu, kalau anda ingat anda pandai, suami lebih cerdik, kalau periksa kilometer kereta suami, dia guna kereta kawan. Kalau anda periksa telefon, awal-awal lagi dia delete semua call dan sms, bil pun dia buat summary dan dia pakai dua telefon. Untuk peribadi dia sorok tempat sulit, memang payah jumpa. Menginap di hotel, beli belah, dia tak pakai kad Kredit semua tunai. Bil penting di alamat ke pejabat. Saya tahu semua ini mereka yang pecah lubang.

‘‘Nasihat untuk isteri-isteri dan saya juga, jangan terlalu percaya dan terlalu kongkong suami. Biar dia jadi dirinya sendri jangan kita menjadi acuan dan mereka perlu di bentuk seperti anak kecil.

‘‘Sebenarnya bukan mudah saya lalui masa putus cinta, saya terpaksa minta tukar ke daerah lain, dan kini sambung belajar isi masa lapang nak jadi yang seorang terbaik. Dan pengalaman mendewasakan saya. Saya perlu hati-hati dengan kerjaya dan status saya.

‘‘Kini saya tanamkan falsafah yang jadi pegangan dan menyakinkan diri saya, bahawa ‘ Tidak semua yang kita hendak kita akan dapat’ dan ‘tidak semua yang kita dapat adalah perkara yang kita benar-benar hendak.

‘‘Bila saya mendalami kata-kata itu hati saya jadi lebih tenang, dan kalau boleh saya berharap perkataan andartu tidak digunakan gantikan dengan perkataan ‘Solo’ untuk golongan gadis seperti saya. Kerana ia lebih manis dan sedap telinga mendengar,’’ itu cerita Farahaswani tentang pengalaman pahit yang dilaluinya ketika jadi kekasih gelap suami orang. Hasratnya mencintai suami orang tidak akan berulang lagi. Namun dia tidak boleh melawan urusan Allah, kerana Dia menentukan segalanya.

9 comments:

  1. ..moral of the story? Jangan sekali2 melayan suami orang yg mula nak bermanja2 dan mengadu tentang isteri dan masalah dalam rumahtangganya..cuba suruh dia ceraikan isterinya kalau betul tidak bahagia dan menderita zahir batin..dan suruh dia pergi ke pejabat kadi dapatkan khidmat nasihat bukan menambah masalah dgn menggatal dgn perempuan lain sedangkan masalah yg ada dgn isterinya (kalaubetul sekali pun) tidak selesai lagi..tapi setengah2 perempuan memang suka terlibat dgn hubungan begini..jadi tanggunglah akibatnya sendiri jugak..in most cases suami orang ini akan pulang kepangkuan isterinya dan menuduh anda yg bersalah kerana menggodanyadan dapatlah anda hinaan, sumpahan dan kutukan percuma dari isteri dan keluarganya..kalau rasa berbaloi, teruskanlah..

    ReplyDelete
  2. Saya berdoa semoga suatu hari nanti lelaki yg berpoligami adalah perkara biasa dan di terima masyarakat. Sekarang ini ia di anggap seperti satu jenayah walhal ugama membenarkan nya.

    Saya mempunyai ramai saudara dan kawan perempuan yg belum berkahwin dan umur mereka mangkin meningkat tua. Apasalah nya masalah andartu di selesaikan dgn cara poligami yg halal, hidup ini sementara saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. X salah. Tp yg salahnya bl x mampu berlaku seadil2nya. Adil tu sungguh luas skopnya dan bayangkan betapa ramai lelaki yg x dpt melaksanakan dgn baik.

      Delete
  3. Saya tidak faham kenapa perlu adanya terma ''andartu''. Kalau masyarakat Melayu berteraskan perbezaan darjat dan status sekalipun, wajar dikategorikan hanya ''bangsawan/rakyat biasa, kaya/miskin, vvip/kebanyakan''.

    Manakala bagi yang begitu mengambil berat akan status perkahwinan wajar hanya mengkategorikan ''single/married (bujang/berkahwin)''.

    Pasal sesapapun nak berkahwin ke tidak, dan pada umur berapa pun, bukanlah urusan kita sebagai makhluk untuk buat analisa. Bukankah ini merupakan rahsia Yang Maha Berkehendak lagi Maha Mengetahui apa yang baik untuk makhluk ciptaan-Nya?

    Lagi satu, apasal kalau berkahwin lambat dikatakan penyakit sosial? Dalam banyak keadaan, mereka ini adalah yang banyak berkorban untuk negara, kerjaya, ibu bapa dan keluarga - tapi dikatakan penyumbang penyakit sosial? Sungguh kurang ajar tohmahan sebegini!

    Bahagia atau derita, janganlah diukur dengan kaya atau miskin, berkahwin ataupun tidak. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui kebahagiaan sebenar makhluknya dan apa yang nampak di mata selalunya tidak dapat mengungkai apa yang tersimpan di hati.

    Kepada yang begitu bongkak menghina ketetapan jodoh makhluk lain, ingatlah bahawa anda sendiripun tidak tahu apa yang telah disuratkan untuk anda. Sekiranya berkahwin dan bahagia pada hari ini, tiada sapa yang akan menjamin keadaan itu akan kekal sehingga ke akhir hayat.

    ReplyDelete
  4. Masalahnya jika mahu berpoligami, buatlah secara jujur. Mengaku dengan jujur dan perlu menjadi lelaki jujur. Ini belum apa2 dah pergi melancong bersama segala. Bagaimana la isteri mahu menerimanya. Jika benar telah terbit bibit-bibit cinta dan masing-masing telah memohon petunjuk dari yang Esa, dan berjumpa dan meminta izin dengan isteri pertama, InsyaAllah Allah bukakan jalan. Ini tidak, isteri diburukkan kepada perempuan lain. Belum poligami dah fail. wallahualam

    ReplyDelete
  5. Sbgai khalifah allah wajib kite menangani prmslhan ini. Dh brpe byk berita pmbunuhan nyawa yg tidak berdosa. Msyarakat kite dh trlalu mngejar nma n status sje lngsung x fikirkn keharmonian hidup. Melalui prkhwinan semua akan mnjadi teratur n setiap kesusahan pasti allah akan menolong hambanya.. Igatlah dunia tidak kekal lma

    ReplyDelete
  6. Saya sedang berpisah dengan isteri.mungkin akan jadi duda.

    ReplyDelete
  7. Saya sedang berpisah dengan isteri.mungkin akan jadi duda.

    ReplyDelete
  8. Kawin atau nda.itu terpulang kpada kita sendri.biarlh owg nk kata apa.kita punya dri jg..pedulilh owg nk pngl kita apa.yg pntg kita bhgia.hehe

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...