terima kasih buat kalian semua..

Tuesday, September 13, 2011

PROTON Saga FLX baru beli 14 hari dah bertakung air !!!


SAYA adalah antara jutaan pengguna yang kagum dan terus bersama kenderaan buatan Perusahaan Otomobil Nasional (PROTON). Kereta pertama saya miliki adalah PROTON Saga pada 1997, seterusnya Waja pada Julai 2003 dan terbaru, Saga FLX pada 24 Ogos lalu.

Selepas memandu Saga FLX sehingga 1,800 kilometer, air daripada pendingin hawa didapati menitik di lantai penumpang depan. Keadaan semakin teruk dan air mula bertakung. Bimbang ia memberi kesan sampingan lebih kritikal, saya menghantar kereta berkenaan ke PROTON Edar Puchong di Bandar Puchong Jaya, pada 6 September lalu.
Selepas diperiksa, saya dan suami dimaklumkan terdapat masalah pada saluran pendingin hawa. Pihak PROTON Edar Puchong menghubungi vendor peralatan dan Bahagian Jaminan PROTON untuk membuat penukaran pada karpet kereta dan span di bawah kerusi penumpang depan.
Malangnya pihak PROTON memaklumkan kami, mereka tidak boleh menukarnya walaupun kereta itu hanya dipandu sejauh 1,800 kilometer dan hanya berusia 14 hari. Perkara paling mendukacitakan ialah cara pihak PROTON menyelesaikan masalah berkenaan dengan mengarahkan PROTON Edar Puchong untuk hanya membuka karpet serta span dan menjemurnya sehingga kering.

Berikutan itu kami diminta meninggalkan kereta berkenaan di pusat itu selama tiga hari bagi proses pengeringan karpet dan span.

Cara ejen PROTON menangani masalah ini adalah mendukacitakan. Besarlah harapan saya agar pihak ibu pejabatnya dapat meneliti perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya agar imej syarikat itu tidak terus dicalar oleh segelintir ejen yang mengambil mudah aspek perkhidmatan selepas jualan kepada pelanggannya.

WANI, Kajang

39 comments:

  1. Biasalah bro. Kereta mpv Toyota saya yang barupun mempunyai masalah yang sama.Masalah kecik je tu. Masalah besarnya bila pandu pada kelajuan 70 kpj ada bunyi yang tak menyenangkan pada enjin dan malangnya service centre toyota pun tak boleh buat apa-apa.. drpd arbisi

    ReplyDelete
    Replies
    1. bro kita senasib..kete toyota aku problem alarm..7x dah aku pergi complain tpi haram servis centre dia x tau nak buat apa...Memang menyesal aku beli toyota..Seriusly..makanik dia BODOH

      Delete
  2. Saya pun mengalami masalah yang sama pada kereta Satria Neo saya. Masa baru-baru beli lagi kereta saya dah di masuki air bila waktu hujan hingga air bertakung memenuhi karpet di bahagian pemandu...tak dapat dipastikan bahagian mana yang bocor sehingga hari ini walaupun dah setahun saya guna kereta tu.

    Kalau nak harapkan Proton Edar ganti atau repair benda-benda tu semua belum pasti lagi lah...itu lah masalah mereka dari dulu hingga kini...bila nak berubah pun tak tau la....(Sue)

    ReplyDelete
  3. proton cibai..keta paling mangkuk hayun,nasib baik tax keta luar 300%.kalo x,jadi sampah bpanas tepi jalan la jawabnye..

    ReplyDelete
  4. hantar lah di service center, yang pg hantar balik di proton edar tu buat apa. mangkuk2 kat proton edar tu reti jual kereta je. mana reti repair2 ni. bukannya mereka yang ditugaskan untuk repair kereta2 yang mereka dah jual. benda2 rosak mcm ni kena pergi proton service center, kat situ baru dia check part mana yang rosak and dari situ juga boleh claim warranty. ingt kete ni mcm henset ke, situ beli situ la jugak repair. kereta ada pusat service dia, ada bengkel sendiri. so kat situ la tempat yang kena pergi kalau kereta ada masalah. paling penting pg pusat service proton sahaja. jangan pergi pusat service biasa2 ni. kereta baru 14 hari kan. still ada warranty.

    ReplyDelete
  5. LIA> saya baru ambil saga flx 11/11/2011...12/11/2011 dah rosak..x boleh start..masalah wiring..memang TERBAIK la PROTON !

    ReplyDelete
  6. protong protong..haha

    ReplyDelete
  7. enjin semput asal ek time free gear....

    ReplyDelete
    Replies
    1. samelah...kereta baru 2000 km..tp nk jalan tersengut-sengut..

      Delete
  8. bila kereta elok xdak pun yg nk puji2...rosak sikit pun bising sekampung...saga flx

    ReplyDelete
  9. tolong2 nak beli Proton FLX ni...satu pon xde respond positif......kt malaysia ni ape kereta yang bagus?????

    ReplyDelete
  10. saga sa baru pakai 3 minggu... dah banyak cengkerik dah...

    ReplyDelete
  11. Cerita benar. Saya pakai proton preve 1.6. Gah di jalan raya. Tapi pintu belakang jem? dah antar kat service centre tapi swoh saya tgu 2jam. Lpas 2jam dowang swoh sy blek dalm keadaan masih rosak.

    Minggu seterusnya saya hantar setgah hari. Pon dowang tak repair. Alasan, mereka baru inspect?

    Minggu setrusnya saya hantar sehari suntuk. Sehari tau. Saya datang pintu saya dah ok.

    Minggu seterusnya berulang kat tempat yang sama. Saya dah tak tahan...

    ReplyDelete
  12. saya pakai honda civic 2.0 yg berusia 1tahun 6 bulan bearing belakang dah rosak.....

    ReplyDelete
  13. saya baru beli kereta Saga flx 1.6 se cvt.
    4/1/2013 DAN 7/1/2013 PROBLEM.
    16/1/2013 HANTAR SERVICE TAPI SAMA JUGA.
    28/2/2013 HANTAR SEKALI LAGI SERVICE PUN SAMA JUGA.
    Saya sekarang tak faham, apa nak buat?!
    Kawan2 saya semua ckp, boleh tukar kereta baru..
    Tapi i tak faham , macam mana procedure ?!

    ReplyDelete
  14. dah guane nk bli saga gini..bru berangan nk bli..aiya..

    ReplyDelete
  15. mohon upload gambar segala masalah air bertakung dan semua2 masalah..tak berani?!

    aku pun bole tulis..
    baru beli kereta Lamborghini Aventadoor...
    dah bunyik2 di jalan berlopak..karpet selalu basah tapi xde gambar la..bonet selalu terbuka mase tengah jalan..

    ReplyDelete
  16. banyak nye complain tentang proton nie

    ReplyDelete
  17. Baru ni i baru beli flx jenis (SV) dah 2 minggu,buat nyesal...masalah i bonet blakang susah nak tutup,tutup la tutup aik! tak jadi,tutup tak jadi gok,nah kena hantam kuat kuat ketepang bunyi sekampung baru nak jadi tutup,orang tanya amboii,apasal ngamok ni?depan supermarket,dok tutup bekali kali,orang siap ushar dok ingat i kena tekanan jiwa kot..,(sengeh sengeh kambing) kreta poton nie,tu pun takpa paang dah tutup kot,tkan alarm dia dok nget nget nget psal bonet tak rapat,nyesal bukak bonet.tanya sc proton,diorang cakap oh memang cam tu,tadapa tadapa keta baru getah baru lagi,bla bla...kepala hotak,ingat i tak pernah pakai keta kah.kalau nak banding keta iswara i lama 20 tahun pun lagi kualiti lagi.cam ni kah nak buat barang pi jual kat orang?kita bayar pun bukan amik free.kalau cam ni nanti jangan complaint rakyat malaysia beli toyota

    ReplyDelete
    Replies
    1. tentang bonet belakang tu..ejais cikit dia punya tempat cangkut dibody..benda tu boleh laras sampai ngam boleh tutup bonet cam keta lain..ejais ni boleh buat sendiri..kalo xyakin pergi kat bengkel mana2 minta tolong ejaiskan...

      Delete
    2. Bends mudah .. set je tmpt kunci. Blah bonet. Setel...

      Delete
  18. Sy pkai flx 9 bln rosak mati tgh jln kena tukar hate bila dh tukar mslh break lak bunyi...aircond bunyi msa smggu beli pstu dh hntr sc katanya elok..emmm smpai la skng sama je skng ni enjin mati la tetiba start2 x boleh x tau la nk wei sakit hati byk sngt mslh klu nk dicritakn mmg byk..tp bosan dh ni..pas 1 satu hal..

    ReplyDelete
  19. Haha..sya bru pkai sv 2 bln...power string dh bocor n aircnd bnyi pelbagai nada..haha..sdih kot...

    ReplyDelete
  20. Walaupon baru pakai 4 bulan, Alhamdulillah Saga SV sy x dekkk buat hal 👍

    ReplyDelete
  21. Proton bagus..yg xbagus nya operator yg psg dn pmbekal yg byk pnipu.brg reject pun dia psg.kerja main2 cmtu lah. Saya antara pembeli saga FL yg tertipu dn mnyesal beli. Elok lagi wira lama.
    Kpd Proton jgnlah buat camni.
    Jgn kejarkan untung shj. Kualiti diabaikan.
    Ikhlas dari Alor Gajah.

    ReplyDelete
  22. nk xnk, kne cari kete lain. . .. sedihnya

    ReplyDelete
  23. saga saya alhamdulillah 4 bulan pakai sejauh 12000++km spt baru, tiada sbrg masalah. sy bangga dgn buatan tempatan.

    ReplyDelete
  24. Boleh bagi pendapat x, sy nk beli kereta tapi confius antara AXIA STANDART G @ SAGA FLX SV....

    ReplyDelete
  25. nak beli lah saga flx nak merasa betui ka ado masalah... muahahaha

    ReplyDelete
  26. Ckp je lebih... Tkde gambar jgn nk sembang lebih la.... Kalo beli selain proton n perodua pun sama gak... Mesti Ada masalah... Mcm la brand Kereta yg lain bagus Sgt... Aku pon Ada masalah wiring ngan Kereta Mercedes la.... Korg ingt Kereta Mercedes bgus sangat????

    ReplyDelete
  27. mmg setiap kenderaan tak kira jenama apa pun kadang2 ade masalah..ferrani lambo pun ade yg terbakar tepi jalan..tapi tolong la.. tak payah la nak backup sgt jenama2 kereta ni..orang luahkan masalah tak puas hati dengan satu2 jenama, jadi kita terima dan pujuk2 cukuplah..bagi sejuk hati.

    ReplyDelete
  28. kalau air sejuk bertakung dlm kete,tu sebab paip overflow bwh body kete sumbat.cucuk gune lidi je dh setel.

    ReplyDelete
  29. Ssya pkai saga flx auto.baru nak msuk 2 tahun.air akon keluar dbawah penumpang hadapan.masalah cooling coil ke.bantu saya.tq

    ReplyDelete
  30. Saya pkai saga flx auto 1.3.air akon menitik dsebelah penumpang hadapan.sbb apa ya

    ReplyDelete
  31. Ssya pkai saga flx auto.baru nak msuk 2 tahun.air akon keluar dbawah penumpang hadapan.masalah cooling coil ke.bantu saya.tq

    ReplyDelete
  32. saya dh pakai saga fl 1.3 thn 2011 no plat kereta ke 700 utk negeri johor first keluaran..stakt ni cme masaalh bayar bulanan je ade berat sket..enjen tip top lain2 kerosakan tiada langsung..bonet mmg agak ssh tutup sket sbb ringan..kene tutup kuat sket..servis la ikut waktunya...aicond tkde leaking cme tapis yg kt blakang laci dashboard je sy servis sendiri habuk bnyk klu tk cuci letak la pewangi kt situ ..harumm je...skang rim 17inc 8jj sring absober 1 set TEIN adjustble..jarak paling jauh sy pegi jb ke kuala perlis..alhamduliiah.

    ReplyDelete
  33. belilah bragan buatan Malaysia.
    hehehe.

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...