terima kasih buat kalian semua..

Tuesday, October 4, 2011

Cara bacaan baru bil TNB bebankan pengguna !!!


SEBAGAI pengguna elektrik di kawasan Shah Alam, saya terpanggil untuk menulis mengenai bil elektrik yang dibaca empat bulan sekali selepas terbaca rungutan sama pada berita 3 Oktober, 2011.

Saya menerima bil yang dibaca pada September, 2011 yang lalu dan perlu membayar RM880 untuk bil semasa dan tunggakan daripada April, 2011. Masalahnya ialah pada Mei, Jun dan Julai, bil yang diberi hanyalah anggaran dan hanya pada hujung Ogos, bacaan dibuat pada meter.
Yang menjadi musykil saya ialah dari April hingga Ogos, bacaan unit akan menjadi tinggi dan kadar yang digunakan juga menjadi tinggi kerana bagi setiap beberapa ratus unit, harga akan meningkat.
Saya cuba bertanya di kaunter dan jawapan yang diberikan bacaan adalah betul.
Saya bukan bertanyakan mengenai bacaan, cuma bila unit penggunaan tinggi, kadar juga bertambah. Setiap bulan sebelumnya, anggaran hanya rendah dan selepas empat bulan, jumlah sudah mencapai RM800.

Saya kurang pasti barang kali ini strategi perniagaan Tenaga Nasional Bhd.

PENGGUNA KELIRU,
Shah Alam

2 comments:

  1. saya pun terkena diambil bacaan 2 bulan sekali bil saya mencecah rm360.00 terkejut saya. tak pernah macam ni...takan tnb nak hisap darah macam ni... kepada siapa saya nak mengadu.

    ReplyDelete
  2. itulah cara penupuan tnb

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...