terima kasih buat kalian semua..

Friday, October 21, 2011

Gaji kami RM13-15 sehari, pekerja asing RM21!!!


WALAUPUN dunia kian berubah tapi apakah malang nasib sebahagian pekerja swasta tempatan yang masih bergaji pokok di antara RM13 dan RM15 sehari. Wajarkah mereka dituduh memilih pekerjaan?

Pihak wakil pekerja telah bertahun-tahun memohon pada kerajaan untuk menetapkan gaji minimum tetapi sehingga kini belum ada khabar gembira, menantikan buah yang tidak gugur-gugur.

Justeru, saya terkejut dan hairan apabila pekerja asing yang baru masuk dan yang diperbaharui kontrak di arah bayar gaji pokok RM21 sehari.

Sengkek dan murah sangatkah pekerja tempatan hingga dianaktirikan? Kebanyakan majikan menyediakan pekerja asing dengan asrama, api, air, pengangkutan percuma dan ada yang levi pun ditanggung. Pekerja tempatan pula, semua sendiri tanggung dan tiada siapa peduli untuk membela.

Subsidi-subsidi kerajaan, rakyat asing pulun habis.

Lihat sahajalah betapa enak dan lumayan hidup mereka membanjiri setiap bandar ketika cuti umum. Seolah-olah bandar mereka yang punya. Habis kontrak, lari ke tempat baru dengan identiti baru.

Oleh kerana majikan akur arahan kerajaan membayar pekerja asing RM21 sehari, timbul pula satu lagi malapetaka, kini pekerja baru gaji lebih tinggi daripada pekerja lama dan pekerja tempatan terus ketinggalan.

'Kera di hutan disusukan, anak di buaian mati kelaparan.'

PEKERJA TEMPATAN
Muar

2 comments:

  1. Cerita lama ni semua orang taknak layan buat pekak badak ...kat melaka ni warga asing terus aje kerja tapi melayu kena tengok sijil SPM. Babi punya majikan... Kerejaan buat pekak telinga aje.. MAhmud

    ReplyDelete
  2. Dulu sy kerja bidang rekruitment. Nak bawak masuk pekerja asing ke malaysia perlukan $. Untuk taknak bagi mereka lari dan ikut kontrak kena bagi mereka facility yang baik. INi salah satu cara untk market malaysia d mata dunia. Mata wang Malaysia compare dengan luar negara berganda-ganda kurang (kecuali di indonesia dan thai, N negara2 under develop, still develop). Kalau mereka dapat duit lebih, tu sebab expenses mereka lebih. Mereka kena bayar cukai tax government bagi dalam 28%. Saya rasa agak seimbang. Mungkin perlu temu ramah orang asing untuk tahu expenses mereka pula. sekian.

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...