terima kasih buat kalian semua..

Friday, October 28, 2011

Jom kita boikot beli ayam selama 2 minggu !!


KITA telah dikejutkan sekali lagi dengan kenaikan harga jualan daging ayam. Kenaikan sehingga RM8.50 sekilogram amat mendukacitakan kita sebagai pengguna.

Apakah pengguna akan terus menjadi mangsa lintah-lintah darat ini yang tidak pernah merasa puas menghisap darah terutama pengguna-pengguna yang daif dan miskin?

Kita sebagai pengguna harus bangkit dan bersatu demi memberi pengajaran kepada penternak dan para peniaga bahawa kesabaran kita telah sampai ke kemuncaknya.

Dan sekarang masa untuk kita bertindak balas. Bukan menghukum tapi sekadar memberi peringatan bahawa kuasa sebenarnya adalah di tangan pengguna dan bukannya lintah-lintah darat ini.

Mari kita mengorak langkah dari sekarang untuk memboikot membeli dan memakan daging ayam untuk tempoh dua minggu dari hari ini juga.

Saya kira kalau kita tidak makan daging ayam selama dua minggu, kita tidak akan mati.

Tetapi ayam-ayam yang tidak diberi makan untuk dua minggu akan bergelimpangan mati kerana tidak makan.

Lintah-lintah darat ini akan mengalami kerugian berjuta-juta ringgit kerana tamak haloba mereka.

Saya rasa kita mempunyai pilihan makanan lain lagi selain dari makan daging ayam. Kita yakin dalam tempoh masa dua minggu itu, harga ayam akan terus menjunam.

Apabila harga telah jatuh seteruk-teruknya, maka pada ketika itu kita boleh menikmati sepuas-puasnya daging ayam.

Dan kita boleh membeli banyak untuk dibuat stok dan kita boleh terus memboikot untuk tempoh dua atau empat minggu lagi sehinggalah lintah-lintah darat ini akan mengangkat bendera putih tanda mengaku kalah dan berjanji akan mematuhi harga yang akan ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Kita boleh laksanakan perkara yang sama bagi barang-barang keperluan lain juga dengan syarat kita harus bersatu dan menentang mana-mana pihak yang cuba menangguk di air keruh.

Musim perayaan dan musim kenduri kahwin akan tiba tidak berapa lama lagi, sekiranya kita tidak bertindak dari sekarang lintah-lintah darat ini akan terus mengganas.

Biar kita kempunan untuk meratah daging-daging ayam dalam tempoh dua minggu ini daripada kita merasa perit untuk tempoh dua bulan atau dua tahun akan datang.

AHMAD SALIM SULAIMAN,
Alor Setar, Kedah

4 comments:

  1. aduiii... kami di Sbah nak makan ayam kena fikir banyak kali, sekilo harganya rm14-16....

    ReplyDelete
  2. buat mogok lapar lgi bagus utk tentang kenaikan harga barang...semua org berlapar termasuk penghasil makanan,pemborong dgn peniaga secara total

    ReplyDelete
  3. memang tak beli ayam...sembelih je belakang umah..hehehe

    ReplyDelete
  4. kat cnie dah 9 inggit...bengong...xgune boikot pun...arge tetp naik gak sbb brg mkn...miss

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...