terima kasih buat kalian semua..

Tuesday, October 18, 2011

Kakitangan GLC tak patut dapat pencen minimum..



CADANGAN saudara Mohamed Shafie BP Mamal, Presiden Kesatuan Sekerja Dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) agar dasar pencen minimum dilaksanakan bagi lebih 200,000 pesara GLC seperti dilaporkan Berita Harian pada 16 Oktober 2011 adalah tidak munasabah.

Syarikat GLC besar seperti Telekom, Tenaga Nasional dan lain-lain ketika diswastakan kakitangan berkhidmat di antara 10 – 15 tahun, sudah tentulah pencen mereka kecil. Tetapi ketika berkhidmat dalam GLC mereka menerima pelbagai imbuhan seperti bonus paling kurang dua bulan setahun, saham berjumlah 4–5 lot, kenaikan gaji, kerja lebih masa, kemudahan rawatan di hospital swasta dan lain-lain lagi.
Potongan KWSP juga meningkat, dengan jumlah masa potongan lama dan caruman majikan juga menjadi milik pekerja itu. Jika dibandingkan kakitangan awam, potongan KSWP cuma beberapa tahun, caruman majikan diambil balik ketika pengeluaran.
Ada antara kakitangan GLC berkenaan, ketika dalam perkhidmatan kerajaan hanya berkhidmat sebagai buruh. Selepas berkhidmat hampir bersara di GLC gaji mereka melebihi gaji seorang pembantu tadbir kanan atau juruteknik kanan di sektor awam.

Selepas bersara di syarikat GLC kakitangan yang berjawatan sebagai buruh ketika berkhidmat dengan kerajaan dulu akan mendapat wang KWSP dan ganjaran melebihi RM200,000. Itu belum lagi wang keuntungan saham yang diperuntukkan ketika berkhidmat dengan syarikat GLC.

Jika dibandingkan kakitangan awam yang berkhidmat sebagai pembantu tadbir kanan yang mempunyai gaji maksimum tidak lebih RM3,000 sebulan. Jika bersara wang ganjaran tidak melebihi RM100,000. Simpanan KWSP tiada, kerana akaun ditutup.

Adakah patut Kesatuan Sekerja Dalaman GLC menuntut kerajaan memberikan pencen minimum kepada mereka, jika dilihat ganjaran selepas mereka bersara dari syarikat GLC?
Sepatutnya Kesatuan Sekerja Dalaman GLC memberi kursus dan memantau kakitangan ini supaya menguruskan kewangan secara berhemah selepas bersara. Jangan menekan kerajaan untuk menetapkan paras pencen minimum untuk mereka.

Bekas tentera yang bersara awal langsung tidak dapat pencen. Sepatutnya kesatuan ini sama menuntut supaya pesara awal tentera dibayar pencen.

GHAZALI YAACOB,
Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...