terima kasih buat kalian semua..

Thursday, October 27, 2011

Masalah kemas kini akaun Tabung Haji di Bank Islam..


DALAM usaha memudahkan para penyimpan di Lembaga Tabung Haji (LTH) membuat urusan simpanan dan pengeluaran wang, LTH menyediakan perkhidmatan tersebut di cawangan-cawangan Bank Islam dan Bank Rakyat.

Dengan adanya kemudahan tersebut, saya sentiasa berurusan melalui Bank Islam cawangan Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Tidak ada masalah selama ini sehinggalah baru-baru ini saya dimaklumkan ada peraturan baru mengenai kemas kini akuan.

Jika dahulu, setiap kali urusan simpanan wang akan terus dicatatkan dan dikemas kini dalam buku akuan, kini ia tidak dibenarkan lagi, kecuali 'tuan badan' hadir sendiri dan menyerahkan kad pengenalan.

Jika tidak, bererti kemasukan wang simpanan wang akan hanya dicatatkan dalam sistem komputer bank tetapi tidak ada catatan terkini dalam buku akaun.

Menurut pihak bank, peraturan ini dibuat atas arahan pihak atasan. Saya tidak tahu pihak atasan itu pihak Bank Islam atau LTH. Saya diberitahu, jika 'tuan badan' tidak hadir tetapi hendak membuat kemas kini buku akaun, beliau perlu ke pejabat LTH.

Pada hemat saya, hasrat LTH yang ingin memberi kemudahan kepada orang ramai berurusan melalui bank tanpa pergi ke pejabat LTH adalah untuk memudahkan pemegang akaun. Tetapi kini ia sudah menjadi sebaliknya.

Bayangkan bagi saya sendiri mempunyai beberapa akaun termasuk akaun anak-anak. Tidak mungkin setiap kali membuat simpanan saya dapat membawa kesemua anak saya (ada yang bersekolah dan ada yang belajar di universiti jauh dari rumah) untuk membolehkan akaun kami dikemas kini.

Saya boleh faham jika ia melibatkan urusan mengeluarkan wang yang memerlukan 'tuan badan' hadir. Tetapi ini adalah deposit wang. Kenapa prosesnya jadi begitu sukar?

Jika dahulu tiada masalah buku akaun dikemas kini setiap kali simpanan dibuat, kenapa kini ia tidak boleh? Pemegang akaun mahu buku mereka dikemas kini pada waktu itu juga. Mereka mahu melihat transaksi mereka di depan mata.

Saya berharap siapa juga yang membuat peraturan ini, sama ada LTH atau pihak bank, harap hentikan segera. Jika matlamat utama adalah untuk memudahkan pemegang akaun, janganlah buat sesuatu yang menyusahkan mereka. Saya dan ramai lagi pemegang akaun mohon penjelasan pihak berkenaan.

BELUM HAJI
Kuala Lumpur

3 comments:

  1. maybank pun sama jugak..kena tuan badan yg update buku sndri..kalo x derang xlyn..tp pernah jugak update kat branch(maybank) lain , lps pulak..nasibla..

    ReplyDelete
  2. baru2 ni dalam bulan lepas saya penah kemasknikan buku akaun tabung haji saya dan anak2 kat bank rakyat. memang boleh lak tanpa bawa anak2 dan kemaskni ok kat dalam buku tu. kat bank islam tak penah lak wat kemaskini.

    ReplyDelete
  3. Maybank mmg xlyn org,minta tlg ubah sikap bantu customer,nanti
    lari p bank lain baru tau, kena tuan badan yg update buku sendiri,macam ni bukan nak galakan menyimpan,x susahkah customer nak bawa anak isteri ,tolong la fikir.

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...