terima kasih buat kalian semua..

Tuesday, October 11, 2011

Pantau harga rumah elak golongan pembeli teraniaya..


SETIAP hari kita mendengar keluhan orang ramai berkenaan harga rumah di Lembah Klang dan bandar besar di Malaysia seperti Pulau Pinang, Kuching, Kota Kinabalu, Johor Bahru yang amat tinggi dan melampau. Akibatnya rakyat berpendapatan sederhana tinggi pun tidak mampu untuk memiliki sebuah rumah kediaman. Antara sebab-sebabnya adalah:

n Kegiatan pemborong rumah oleh ejen hartanah.

Seperti yang kita sedia maklum, sebelum perumahan atau kondominium dilancarkan secara rasmi, kebanyakan unit terjual sehingga 90 peratus pada hari pelancaran. Unit terjual ini merupakan unit yang diborong oleh ejen hartanah yang mengaut keuntungan 'atas angin'. Dengan adanya kegiatan pemborong hartanah ini, harga rumah meningkat antara 60 hingga melebihi 100 peratus dan ini telah menidakkan hak rakyat biasa untuk mendapatkan rumah pada harga berpatutan.

Kerajaan patut memantau kegiatan pemborong hartanah ini yang nyata mengaut keuntungan 'atas angin'. Lesen ejen hartanah patut ditarik atau dibekukan jika didapati ejen tersebut menyalah guna kuasa yang diberikan dengan mengambil untung 'atas angin' secara berleluasa. Ejen hartanah tidak dibenarkan untuk memborong rumah secara pukal.

n Taktik menyimpan unit rumah sebelum projek perumahan dilancar secara rasmi.

Taktik ini juga dilakukan oleh spekulator dan kontraktor terbabit. Dengan cara ini rumah dapat dijual dengan harga yang lebih mahal dan pembeli terpaksa akur dengan harga tersebut.

Pemantauan penjualan rumah patut dilaksanakan oleh Jabatan Perumahan Negara bagi mengelakkan perkara ini berlaku. Setiap penjualan rumah bagi perumahan baru perlu dipantau Jabatan Perumahan Negara.

n Unit Bumiputera dibuka secara berleluasa walaupun tempoh penjualan masih berlangsung.

Saya sering mendengar rungutan pembeli bumiputera di mana syarikat pemaju sengaja menyimpan unit bumiputera dengan harapan unit ini akan meningkat harganya dalam jangka masa tertentu. Unit ini dibuka secara berleluasa kepada bukan bumiputera walaupun terdapat ramai bumiputera yang berminat membelinya.

n Harga siling rumah.

Harga siling rumah patut ditetapkan oleh kerajaan agar pihak pemaju tidak menetapkan harga sesuka hati dengan mengambil untung melampau ke atas pembeli. Sekarang, rata-rata rumah teres 20x70 kaki persegi mencecah RM500,000 ke atas di sekitar Lembah Klang. Sepatutnya harga rumah tersebut hanya sekitar RM230,000. Pemantauan harga rumah patut dilaksanakan untuk membolehkan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana mampu memiliki rumah.

Harga siling rumah patut ditetapkan berdasarkan gred rumah yang dibina. Pelaksanaannya patut dipantau agar syarikat pemaju tidak mengaut keuntungan berlebihan daripada rakyat.

n Pemantauan ke atas pemilikan rumah asing.

Pemantauan harus dilaksanakan ke atas pemilikan rumah asing di mana trend harga rumah yang terlalu tinggi menyebabkan rumah di Lembah Klang dan bandar besar dikuasai oleh pembeli asing. Trend ini akan menidakkan rakyat untuk mendapatkan rumah di tanah air sendiri di mana kerakusan kontraktor mengaut keuntungan menjual rumah kepada pihak asing.

WARGA PRIHATIN
Puchong, Selangor

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...