terima kasih buat kalian semua..

Tuesday, October 25, 2011

Penunggang motosikal kurang berhemah !!


SAYA mendapati penunggang motosikal di Lembah Klang kurang berhemah, tidak peduli kereta, tergesa-gesa dan ada kala melanggar lampu isyarat dengan sengaja. Pengalaman saya memandu di Kajang, Bangi dan sekitar Serdang, Puchong dan Shah Alam, rata-rata penunggang motosikal suka mencelah, tidak mempedulikan pemandu kereta dan tidak berhenti di lampu isyarat merah.

Saya pernah beberapa kali hampir melanggar motosikal yang tidak berhenti di lampu isyarat merah di Kajang, Bangi dan Serdang. Hal yang sebegini sangat berbahaya dan boleh meningkatkan statistik kematian penunggang motosikal.
Nampaknya pihak berkuasa tidak dapat berbuat apa-apa kerana jumlah penunggang motosikal yang semakin bertambah. Kita berharap masyarakat di Lembah Klang mengambil perhatian yang serius terhadap perkara ini. Berhemah dan berhati-hati ketika menunggang motosikal, patuhi lampu isyarat dan elakkan mencelah kenderaan yang sedang sibuk.
Di China, penggunaan motosikal sudah diharamkan. Ia didapati tidak selamat, menyebabkan kesesakan dan mencemar alam sekitar (gas dan bunyi bising). Di negara kita, mungkin langkah ini boleh dipertimbangkan.

MOHD ASRAN AMISAH,
Kajang, Selangor

4 comments:

  1. bukan semua penunggan motorsikal tidak berhemah.mungkin sebahagiannya sahaja,begitu juga dengan pemandu kenderaan empat tayar, mereka juga seringkali dilihat oleh penunggang motorsikal memandu dgn cara tidak berhemah dan berbahaya disamping tidak menghiraukan pengguna lain (rata-rata motorsikal & basikal, membelok tanpa memberi isyarat lampu, tidak memberikan ruang kepada penunggang, tidak melihat cermin sisi/ pandang belakang,dan sebagainya. penunggang motorsikal lebih risaukan kereta daripada motor, begitu jugalah sebaliknya..justeru peranan kedua-dua pihak amatlah diharapkan untuk menjamin tahap keselmatan di jalan raya..

    rider & driver

    ReplyDelete
  2. Tidak heran ramai penunggang yang mati. Pihak berkuasa cukup risau dengan statistik kematian penunggang ini. Tapi pengguna motor tetap tidak peduli. so, nothing we can do.

    Pengguna Jalanraya.

    ReplyDelete
  3. aku ngaku mmg ada sesetengah yg mmg mcm dkt mcm ko sebut tu, tp xkurang jugak pemandu yg bwak keta, mmg xpnh prihatin dgn moto. potong2 moto, pas 2 brek mngejut dpn mto,dah hancur muka...potong lane kiri,himpit moto,dahhh tbabas ke tepi jalan..parking keta tpi jaln,moto telanggar,dahhh mati sorang,bukak pintu xtgok blakang...last but not least,kalau keta nk kuar simpang tgok moto yg dtg, apa dia peduli??kuar je,klau langgar pon moto yg teuk.. klau lori yg dtg, tau plak tungu kt simpangg.gua bwak dua2 slalunya. bbeza dgn kwan2 yg nek keta sja.bwak hntam kromo je redah wat xpduli kt moto tepi2 ni. Nk haram kan moto?bpa bnyk rakyat yg msih xmampu bli keta?xpikir dgn jem lg...sbb tu china jem teruk...so jgn diskriminas iyg pnting kita play our role as pemandu n penunggang...sma2 btimbang rasa n jga keselamatan sndri n others...tq :)

    ReplyDelete
  4. kalau nak hentikan penggunaan motosikal yg golongan kurang mampu nak pakai ap 2 yer..basikal kew..ckp senang lew...cbe dduk d kedudukan orng yg kurangh mampu tngok cmner..

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...