terima kasih buat kalian semua..

Sunday, October 30, 2011

Serah saja anak pada bekas suami lepas bercerai !!!!


RASANYA ramai wanita yang sanggup membodohkan diri apabila berlaku perceraian, sanggup tanggung anak-anak walaupun tak mampu. Tapi masih mengharapkan nafkah daripada bekas suami. Bila suami tak bagi nafkah mereka salahkan mahkamah syariah kerana tak mahu membantu.

"Saya minta maaf kalau apa juga pandangan yang hendak saya curahkan ini dan kata-kata yang saya lahirkan terasa pedas dan menyakitkan hati. Tetapi terimalah kenyataan dan sematkan di dalam hati bahawa kasih sayang antara ibu dengan anak-anak tidak akan putus dengan syarat sebagai ibu anda pandai memainkan peranan." Itu kenyataan keras Nurulaine dalam e-melnya dan ketika kami berbual di telefon.

"Sebagai orang Melayu beragama Islam kita mesti ingat bahawa kaum lelaki adakalanya tidak begitu memahami tugas dan tanggungjawab mereka sebagai seorang bapa. Walaupun bukan semua, tetapi jumlah yang segelintir ini memang keras kepala, ego dan tak takut pembalasan Allah. Mereka lebih takut pada isteri muda, di samping menyimpan dendam mendalam terhadap bekas isteri.

"Peliknya yang bercerai adalah antara mereka suami isteri, tetapi anak-anak dijadikan mangsa. Kadang-kala saya tabik dengan masyarakat bukan Islam di luar sana yang lebih tahu dan faham tentang tanggungjawab mereka kepada anak- anak.

"Sebilangan besar lelaki melepaskan tanggungjawab kepada isteri untuk membesarkan anak-anak. Bermula dengan memberi makan minum, menyediakan pakaian dan pelajaran, semua serah pada isteri. Seolah-olah itulah hukuman wajib isteri terima bila berlaku perceraian. Bermakna mereka tak tahu amanah yang diberikan oleh Allah ketika melafazkan akad nikah dahulu.

"Jadi jangan banyak cerita, jika berlaku perceraian, anda serahkan semua anak kepada suami biar dia besarkan, baru dia tahu betapa beratnya tanggungan yang dia terpaksa pikul. Kalau setakat RM100 seorang anak sebulan, jangan kata nak beli makan, nak bayar duit tambang bas atau van sekolah pun tak cukup. Di situ pun mahkamah syariah tak boleh faham?

"Lebih menyakitkan hati bila isteri minta tambah duit nafkah, mahkamah syariah pula nasihatkan si wanita supaya jangan minta banyak-banyak, terimalah jumlah yang bekas suami mampu bagi, sebab dia pun nak kahwin lagi, dan ada tanggungjawab.

"Sepatutnya sebelum nak kahwin baru si ayah wajib fikir bolehkah dia kahwin lagi kerana duitnya tak cukup nak bagi nafkah anak. Oleh sebab itu jangan bergaduh pasal nafkah, kalau rasa jumlah nafkah tak cukup serahkan saja anak-anak biar ayahnya tanggung.

"Masalahnya kaum wanita sendiri nak berebut jaga anak. Anak tak lari mana, dia tetap anak kita. Sebelum serahkan kepada ayahnya, cerita pada anak-anak mengapa anda terpaksa buat begitu. Semuanya demi masa depan mereka juga supaya dapat pelajaran secukupnya, kerana dengan pendapatan yang kecil anda memang tak mampu. Dan anak-anak boleh pulang ke rumah anda pada hujung minggu dan cuti sekolah, pakat dengan anak-anak biar mereka faham.

"Anda tak perlu bimbang keselamatan anak-anak, terutama yang sudah besar, mereka tahu jaga diri walaupun terpaksa duduk dengan mak tiri. Bila tak cukup duit minta saja dengan ayah jangan takut kalau ibu tiri mulut laser.

"Zaman sekarang anak-anak yang teraniaya boleh buat aduan di sekolah atau pun lari saja ke balai polis.

"Untuk memastikan anak-anak selamat buat tinjauan ke sekolah, bincang dengan guru untuk tolong memerhatikan gerak geri anak anda. Dan lihat jadual kedatangannya. Sejahat-jahat ayah tak akan bunuh anaknya sendiri, sekadar merotan dan memukul dengan tangan. Tapi kalau anak-anak dah besar dia pun takut ditahan polis kerana mendera.

"Saya berani katakan demikian sebab saya dah lakukan. Enam tahun lalu, ketika itu dua orang anak saya berumur 9 dan 11 tahun. Ayah mereka beri nafkah RM150 seorang sebulan, nak bayar tambang van pun tak cukup

"Puas saya merayu minta tambah dia buat pekak. Akhirnya saya pakat dengan anak-anak, dan mereka setuju duduk dengan ayahnya. Terkejut beruk ayahnya bila anak-anak bawa pakaian, dah sampai depan rumahnya. Dia cuba hantar anak-anak ke rumah saya, tapi anak-anak enggan balik. Mereka tetap nak duduk dengan ayahnya.

"Puas bekas suami saya pujuk suruh ambil anak-anak semula, tapi saya keraskan hati. Saya mahu dia belajar betapa beratnya tugas membesarkan anak-anak. Setahun lamanya anak-anak duduk dengan ayahnya dan tukar sekolah di sana. Akhirnya bekas suami saya mengalah. Sebab dia tak tahan dengan leteran isterinya yang tak suka anak-anak tiri duduk di rumahnya. Sebab bekas suami saya pun duduk di rumah pembelian isterinya.

"Akhirnya dia beri RM500 sebulan untuk nafkah anak-anak, tak termasuk tambang van sekolah, duit saku yang dia beri sendiri setiap minggu, setahun sekali yuran sekolah, pakaian seragam, kasut, duit tuisyen setiap bulan dan pakaian untuk hari raya. Mulanya saya enggan sebab takut itu cuma janji kosong, namun akhirnya saya terima dengan syarat anak-anak kembali duduk dengannya jika dia gagal tunai janjinya.

"Lepas itu hubungan kami baik semula demi anak-anak. Saya berterima kasih pada anak-anak kerana mereka faham mengapa saya hantar mereka ke rumah ayahnya. Bukan juga tujuan saya menganiaya bekas suami atau cemburu kerana kahwin baru, tak pernah terlintas di ha

"Kerana anak-anak juga saya masih tidak berkahwin hingga kini, bukan kerana tak laku, tetapi saya rasa cukuplah sekali saya lalui pengalaman yang amat pahit ini. Ia menjadi pengajaran yang berguna pada saya," demikian luahan hati Nurulaine panjang lebar daripada pengalamannya sendiri.

11 comments:

  1. Nurulaine seorang wanita yang punya keberanian... kalaulah ramai wanita yang memiliki sifat sedemikian, tidaklah berlaku penganiayaan terhadap anak-anak dan bekas isteri...., ini satu contoh tindakan yang rasional!

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, khamis lepas saya baru saja hantar anak saya 5 tahun pada ayah nyer. Bekas suami tak mahu kerjasama bila saya minta separuh wang pendaftaran yuran kemasukan sekolah tadika untuk tahun depan. Dalam perjanjian mahkamah dia telah diperintahkan membayar nafkah sejumlah 400 sebulan. Itu pun... susah... kadang tunggak sampai 6 bulan..dia pun dah berkahwin baru, janda anak sorang.. kini mempunyai anak hasil dari mereka sendiri. Saya juga sudah berkahwin dgn duda anak 3, dan hasil perkahwinan kami dpt sorang cahaya mata termasuk anak pertama saya dgn bekas suami.. anak saya suma nya 5 orang.. Namun.. suami saya belum pernah gagal jalankan tggjwb nya terhadap anak2 nya 3 orang itu yg duduk bersama bkas isteri nya, tapi... bekas suami saya yg suka lari dr tggjwbnya.. kerana dia tahu suami baru saya lebih mampu dan senang. Namun.. saya tak mahu perkara belarutan dgn sikap ego dan dendam nya , anak saya tak salah dan tak berdosa.. sewenang2 nya dia kata.. dia cuma mahu bg 150 sebulan saja. Dia buat saya betul naik angin dan tak tahan sabar lagi. Jadi.. saya kuatkan hati.. kuat kan semangat.. saya tak pernah berpisah dgn anak.. tapi saya mahu hidup nyer terjamin.. saya cuma fikir andai apa2 terjadi pada saya.. siapa pula yg nak menjaga anak saya... kesian anak saya kalau ketika saya umur tak panjang..org mentah2 tolak anak saya kesana kemari... jadi.. saya buat keputusan.. hantar anak saya dibawah jagaan bekas suami saya, saya direct hantar dia ke rumah bekas mertua saya. Sungguh pun hati saya begitu beraaattt dan amat sedih... Saya rasa dia tekejut beruk... sampai ke hari ini.. dia belum pernah respon sms saya. tapi.. apa yg saya geram... isterinya pula menyamar guna hp bekas suami saya , cuba saiko saya utk saya berubah fikiran.. namun saya tak mengalah.. saya keras kan hati... sebab saya tahu.. isteri nya dah mula goyah... namun hati saya amat rinduuu pada anak saya.... teramat rindu.. adik adik dan abg kakak tiri nya amat rindu pada dia.. kerana they are very close eachother.... saya cuba kuat kan hati saya sehingga ke saat ini.. namun saya tak pasti sampai bila... saya cuma tunggu bekas suami saya membuat tawaran semula pada saya dan bersetuju dgn syarat2 saya...dan kembali kan anak saya dibawah jagaan saya semula...moga Allah kuat kan hati saya... - puan CT

    ReplyDelete
  3. A'kum puan. Saya baru jugak bercerai. Nafkah anaklah yg mmbingungkan saya. Ditambah2 lagi bekas suami mendidik anak2 dengan segala kesenangan dan saya juga tidak dibenarkan bekerja spy saya dpt menjaga anak2 tanpa mngharapkan org gaji. Tetapi apabila bercerai, dia merampas segala2nya dan membiarkan anak2 menderita. Dia juga berkira bila memberikan belanja anak2. Akhirnya saya terpaksa mnyuruh anak2 lelaki saya yg berusia 13 dan 15 tahun tinggal ngan bapa dorg. Anak sulung saya yg berusia 19 tahun berkeras tinggal ngan saya biarpun hidup dlm serba kekurangan, jauh berbeza ngan kehidupan sebelumnya atau ngan bapanya. Skrg saya bertahan ngan anak saya yg bungsu berusia 7 tahun. Saya tidak sanggup berpisah ngan dia. Saya masih terpaksa menghubungi bekas suami berkenaan belanja dan keperluan anak bongsu dan sulung saya yg sedang belajar di Kolej Matrikulasi, walaupun bekas suami tidak pernah mmbalas sms atau panggilan saya. Sebaliknya bekas suami mngatakan saya masih terkejar2kan dia dan perlukan rawatan mental di hospital. Saya tidak mahu membuat tuntutan hadhanah di mahkamah syarie kerana saya tahu jumlahnya hanya RM200 bagi setiap anak. Jumlah itu sudah tidak relevan dan tidak munasabah dibandingkan ngan kos hidup sekarang. Pihak yang berkenaan perlu mmbuat perubahan berkenaan jumlah nafkah anak selari ngan kos hidup skrg. Kaum lelaki juga perlu diberi kefahaman bahawa tanggungjawab mereka terhadap anak tetap berterusan walaupun selepas cerai. Ramai yang menganggap apabila bercerai ngan isteri, mereka bercerai jugak ngan anak2. Hal ini perlu diberi perhatian khusus memandangkan terlalu byk perceraian berlaku sekarang, seakan2 ianya satu trend untuk bebas dr tanggungjawab apabila suda bosan menjadi suami atau bapa. Akibatnya ramai anak2 yg tidak bersalah terabai dan tidak mendapat hak mereka untuk meneruskan hidup dalam dunia yg semakin mencabar skrg. Saya akan terus berjuang tuk anak walaupun bekas suami berusaha memburuk2kan saya, saya akan berkorban perasaan, jika terpaksa, asalkan masa depan anak2 terjamin. Inshaallah... Maminanit.

    ReplyDelete
  4. A'kum puan. Saya baru jugak bercerai. Nafkah anaklah yg mmbingungkan saya. Ditambah2 lagi bekas suami mendidik anak2 dengan segala kesenangan dan saya juga tidak dibenarkan bekerja spy saya dpt menjaga anak2 tanpa mngharapkan org gaji. Tetapi apabila bercerai, dia merampas segala2nya dan membiarkan anak2 menderita. Dia juga berkira bila memberikan belanja anak2. Akhirnya saya terpaksa mnyuruh anak2 lelaki saya yg berusia 13 dan 15 tahun tinggal ngan bapa dorg. Anak sulung saya yg berusia 19 tahun berkeras tinggal ngan saya biarpun hidup dlm serba kekurangan, jauh berbeza ngan kehidupan sebelumnya atau ngan bapanya. Skrg saya bertahan ngan anak saya yg bungsu berusia 7 tahun. Saya tidak sanggup berpisah ngan dia. Saya masih terpaksa menghubungi bekas suami berkenaan belanja dan keperluan anak bongsu dan sulung saya yg sedang belajar di Kolej Matrikulasi, walaupun bekas suami tidak pernah mmbalas sms atau panggilan saya. Sebaliknya bekas suami mngatakan saya masih terkejar2kan dia dan perlukan rawatan mental di hospital. Saya tidak mahu membuat tuntutan hadhanah di mahkamah syarie kerana saya tahu jumlahnya hanya RM200 bagi setiap anak. Jumlah itu sudah tidak relevan dan tidak munasabah dibandingkan ngan kos hidup sekarang. Pihak yang berkenaan perlu mmbuat perubahan berkenaan jumlah nafkah anak selari ngan kos hidup skrg. Kaum lelaki juga perlu diberi kefahaman bahawa tanggungjawab mereka terhadap anak tetap berterusan walaupun selepas cerai. Ramai yang menganggap apabila bercerai ngan isteri, mereka bercerai jugak ngan anak2. Hal ini perlu diberi perhatian khusus memandangkan terlalu byk perceraian berlaku sekarang, seakan2 ianya satu trend untuk bebas dr tanggungjawab apabila suda bosan menjadi suami atau bapa. Akibatnya ramai anak2 yg tidak bersalah terabai dan tidak mendapat hak mereka untuk meneruskan hidup dalam dunia yg semakin mencabar skrg. Saya akan terus berjuang tuk anak walaupun bekas suami berusaha memburuk2kan saya, saya akan berkorban perasaan, jika terpaksa, asalkan masa depan anak2 terjamin. Inshaallah... Maminanit.

    ReplyDelete
  5. A'kum. Saya baru jugak bercerai. Nafkah anaklah yg paling membingungkan saya. Ditambah2 lagi bekas suami mendidik anak ngan segala kesenangan dan saya tidak dibenarkan bekerja. Namun selepas bercerai, dia merampas segala2nya dan berkira bila memberikan belanja. Akhirnya saya terpaksa menyuruh anak saya yg berusia 13 dan15 tahun tinggal ngan dia. Anak saya yg sulung sanggup bertahan ngan saya dan masih belajar di kolej matrikulasi. Tinggallah saya ngan anak bongsu yg berusia 7 tahun. Saya tidak sanggup berpisah ngan dia. Sehingga kini saya masih menghubungi bekas suami berkenaan belanja dan keperluan anak bongsu dan sulung saya, walaupun bekas suami tidak pernah menjawab sms atau call saya. Sebaliknya dia heboh mengatakan saya msh terkejar2kan dia dan perlu dirawat di hospital mental. Saya tidak membuat tuntutan hadhanah di mahkamah syarie kerana saya tahu belanja yg diluluskan cuma RM200 bg stiap anak. Jumlah itu sudah tidak relevan dan tidak munasabah berbanding kos hidup skrg. Pihak berkenaan perlu membuat perubahan berkenaan hal ini. Kaum lelaki jugak perlu diberi kefahaman bahawa perceraian bukanlah satu trend untuk bebas dr tanggungjawab apabila mereka suda bosan menjadi suami atau bapa. Tanggungjawab mereka tetap berterusan walaupun selepas cerai. Lihatlah perceraian bg Non Muslim. Hukum islam hendaklah digunapakai berkembang selari ngan peredaran zaman. Saya akan terus berjuang demi anak walaupun bekas suami memburuk2kan saya, saya akan berkorban perasaan, jika terpaksa, asalkan masa depan anak2 terjamin. Inshaallah...

    ReplyDelete
  6. isinya cukup menginspirasi ya
    bagus dan memnyenangkan
    dari http://bantalsilikon01.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. isinya cukup menginspirasi ya
    bagus dan memnyenangkan
    dari http://bantalsilikon01.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. mmg itu yg sya buat ,dgn hati yg sedih,siang malam menangis teringatkan anak2 saya tpi setelah sya lalui macam2 pahit manis,anak2 saya membesar,bekas suami menanamkan benih kebencian pada anak2 kepada saya...dan perangai anak perempuan sya memang ikut sebijik perangai dia...memaki hamun saya sudah kebiasaan,bercerita kepada semua orang tentang betapa jahatnya sya juga sudah jdi kebiasaan pada dia..saya tak jaga mereka,dia hanya sayang ayahnya...tikar sembahyang tak kenal...keluar malam pagi baru balik...berbeza dengan adiknya yg lelaki...adiknya baik..bila dia sudah matang dia tau bezakan mana betul mana tidak,,itulah kesannya tapi tak semua,ada ayah yg baik....sya seolah menjadi musuh anak perempuan saya.saya tidak boleh lebih dari dia sedangkan semua yg ada pada dia banyak ikut saya dri segi kulit,rambut dan sebagainya....dia menghina saya macam2,,perempuan kampung tak sedar diri.....saya hanya mmpu berdoa walau hati terguris sangat.....

    ReplyDelete
  9. saya baru bercerai. byk saya belajar dari kisah di blog ini. tapi yg komen semua perempuan. kesnya lain pula bagi saya. anak saya 3 org 2 perempuan dan 1 lelaki berumur 15, 13 dan 12 thn. saya dan bekas isteri berusia lewat 30 an. kami tidak berbalah bab jagaan anak. memang saya mahu anak2 tinggal dgn saya sbb saya tahu isteri x mampu nk jaga anak anak2 mmg tinggal dgn saya. tapi saya lihat bekas isteri langsung x nak ambil tahu pasal anak. semuanya diserahkan kpd saya dari segala segi termasuk keperluan anak, pendidikan, mkn minum dan segala2 bagai lagi. saya tak kisah sbb saya tahu itu tanggungjawab saya sbgai bapa. tapi saya lihat isteri mcm dah lepas tangan terhadap anak. call tidak menjenguk apatah lagi. cuma sms je sekali sejala. isteri juga mcm dah lupakan anak. tak pernah dgr pula dia cakap nak jumpa anak, nak bawa anak jalan2 misalnya, nak luangkan masa dgn anak dan sebagainya. takdelah kata nak bawa anak tinggal dgn dia seminggu dua time cuti sekolah ke. saya lihat bekas isteri lebih suka hidup mcm org bujang. dah memang mcm org bujang pun. nak kemana pun boleh sesuka hati dia tiada yang melarang. nak balik rumah ke tak balik ke tiada siapa ambil peduli. yelahhh...org bujang lah katakan.tahu nak enjoy jer. tak perlu fikir nak masak apa utk anak, anak pergi mana buat apa, melayan karenah anak2 dan sebagainya...sebagai ayah dan bapa tunggal saya yg memikul semua itu seorang diri. saya pun bukannya jenis yg berkemampuan sgt. hidup ala kadar je. siang malam kerja cari duit utk menyara keluarga. tambahan pula skrg ni, semuanya atas kepala saya dan saya terpaksa tanggung seorang diri. yelahhh...isteri dah takde, klau ada boleh juga tolong sikit2. saya kadang2 sakit hati juga...tapi apa nak buat. jangan pula bila dah tua esok, anak2 pun dah besar...time tu barulah ingat anak. masa anak kecik2 ni dan perlukan kasih sayang ibu...engkau buat tak tau jer.... senang je orang perempuan kan...semuanya lepas ke bahu lelaki. kalau lelaki lupa tanggungjawab pada anak, boleh tuntut di mahkamah. kalau isteri lupa tanggungjawab pada anak...lelaki nak tuntut kat mana? tak boleh tuntut kan? pada org perempuan...bukan semua lelaki sama yer...pada saya laki perempuan sama jer...nasib baiklah anak saya ada ayah mcm saya. nak keluar dgn perempuan pun dah takde masa...semuanya dikorbankan utk anak2. nak kawin baru? ermmm ntahlah rasa mcm dah serik pun ade.15 thn kawin akhirnya dgn selamba je isteri minta dilepaskan dgn alasan tiada persefahaman. cakap je lah nak cari org kaya...senang hidup. kita taknak lepaskan dia...dia guna fasakh. reka lah mcm2 alasan. org perempuan ape susah ye tak? kawin baru ade lah yg tukang tanggung mkn minum segala bagai ye tak? bila dah bercerai berai semua serah kat lelaki. tak dapat mahkmah ada...masa kecik mak bapak tnggung masa bercinta boypren tanggung. dah kawin suami tanggung. dah tua anak2 plak tanggung....ape2 hal lelaki jugak yg kena. wahai kaum perempuan...hargailah lelaki. netguy7@ymail.com

    ReplyDelete
  10. Isteri shok dengan laki lain minta cerai tuntut nafkah anak, mahkamah sokong.. bagi nafkah RM500 sampai RM700 sebulan dengan gaji RM1.8k sebulan tolak kereta hutang kahwin tinggal RM400 nak hidup mcm mana? Paling best mahkamah sokong.. betul2 rasa kena tindas agama sendiri.. then i become Atheist.. dont blame me, if Islam is so perfect why moderate Islam exist? Think!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu brader.....sama nasib ..hari2 mintak cerai...tiada kurang lgsng nafkah anak bini selama bersama....sesen pn x makan duit bini,walaupn bini keja

      Delete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...