terima kasih buat kalian semua..

Friday, October 28, 2011

Surat terbuka kepada JPJ, Polis Trafik Kuala Lumpur..


SAYA ingin berkongsi pendapat dengan Wargakota Kuala Lumpur dan pada masa yang sama ingin menceritakan keadaan yang berlaku kepada saya sebagai pemandu kereta di Bandar Raya Kuala Lumpur.

Insiden ini berlaku pada hari Isnin lalu (24 Oktober 2011) di antara persimpangan Jalan Ampang dan Jalan Sultan Ismail (berdekatan Stesen Monorel Bukit Nanas).

Seperti rutin biasa, saya akan melalui Jalan Ampang dan memasuki Jalan Sultan Ismail untuk menghantar isteri bekerja di pejabat beralamat di Jalan Sultan Ismail. Saya akan memandu di situ lebih kurang antara jam 8.15 pagi ke 8.40 pagi bergantung pada faktor lalu lintas dan cuaca.

Seperti biasa juga, saya akan melalui MATIC, Saloma Bistro dan himpit ke kiri untuk membelok ke kiri selepas lampu isyarat.

Dan seperti biasa anggota polis akan bertugas di situ bagi mengawal lalu lintas dan memberi arahan-arahan tertentu.

Anggota polis akan membenarkan kenderaan membelok ke kiri walaupun lampu isyarat menunjukkan lampu merah bagi tujuan melancarkan lalu lintas tanpa membahayakan kenderaan yang datang dari arah Jalan Dang Wangi mahupun dari arah Jalan TAR/ Kampung Baru.

Ada kalanya saya dimarahi oleh anggota polis kerana tidak membelok ke kiri walaupun lampu isyarat adalah merah dan ada kalanya saya belok ke kiri tanpa menerima arahan kerana beliau memandang ke arah lain atau pun cuma melihat sahaja kenderaan yang membelok ke kiri.

Selama tiga tahun berbuat demikian, tiada masalah timbul. Macam ada 'persefahaman bersama di antara pihak Polis Trafik dan para pemandu.

Tapi ini tidak berlaku pada hari Isnin 24 Oktober 2011 pada jam 8.26 pagi. Ketika memandu untuk membelok ke kiri dari arah Jalan Ampang untuk memasuki Jalan Sultan Ismail, saya memang jelas nampak lampu isyarat adalah merah, saya nampak anggota polis di sebelah kanan memerhati saya dan pemandu-pemandu di depan dan belakang saya dan yang paling menarik saya nampak dengan jelas beberapa anggota JPJ dan polis di sebelah kiri.

Namun saya teruskan pemanduan saya seperti biasa yang saya lakukan selama tiga tahun namun kali ini saya disaman oleh pihak JPJ kerana melanggar lampu isyarat merah.

Saya memang mengaku melanggar lampu isyarat merah tapi atas sebab-sebab yang saya nyatakan di atas.

Saya berasa ini adalah ketidakadilan dalam mendidik para pengguna jalan raya. Persoalan yang hendak diutarakan ialah:

* Kenapa hanya dibuat pada hari Isnin 24 Oktober 2011, tiada operasi sebegitu pada hari 25, 26 dan 27 Oktober 2011.

* Kenapa operasi dibuat pada waktu puncak (Super Peak Time)

* Kenapa operasi dibuat pada tempat atau kawasan 'Golden Triangle' (Super Peak Area) yang mengakibatkan penambahan kesesakan di sepanjang Jalan Ampang menghala ke Persimpangan Jalan Sultan Ismail.

* Apabila saya tanya Pegawai JPJ yang menyaman saya, beliau berkata ini adalah arahan daripada KSN, tergelak seketika saya mendengarnya, saya tanya balik KDN atau KSN, beliau berulang kali menyebut KSN.

Bagaimanapun saya sudah menerima saman yang memerlukan saya hadir di Mahkamah Majistret Jalan Duta jam 8.30 pagi pada 10 Januari 2012.

Kepada menteri yang bertanggungjawab, saya rasa ini bukan satu cara yang berhemah untuk mendidik pengguna jalan raya dan para pemandu di Bandar Raya Kuala Lumpur.

Kepada pihak JPJWP dan Polis Trafik Kuala Lumpur, saya fikir ini adalah Operasi yang Kurang Cerdik.

PEMANDU BANDARAYA
Kuala Lumpur

1 comment:

  1. sekadar bekongsi pengalaman.
    saya rakyat malaysia yang bermastautin dinegara US sudah hampir 20 tahun. Sepanjang kehidupan saya disini saya tidak pernah jumpa satu roadblock oleh polis atau DOT (dept of transportation) atau kita panggil JPJ dimalaysia. amat menghairankan. bukan saja ni di state yang saya tinggal, malah dinegeri2 lain juga.
    Baru ni saya bersama keluraga saya balek bercuti ke tanahair Malaysia selama beberapa minggu. Sekali-sekal kami ke Port Dickson, negeri sembilan, atau di Melaka atau di Selangor kami selalu bertemu dengan sekmpulan anggota polis dan kadang2 anggota JPJ membuat roadblock dikawasan lalulintas yang agak sibuk, kadang diwaktu orang balek kerja pejabat. Saya agak kehairanan ...apakah motif atau tujuan utama polis atau JPJ buat roadblock ni?.its just blows my mind. Dorang ni tak ada kerja lain ke?. apa yang mereka cari?..pendatang haram?, pemandu tak ada lesen? berbagi persoalan timbul dikepala saya. Dikepala saya, saya merasa sseoalh berada disebuah negara communist russia. Bagi saya mereka ni menyalahguna kuasa yang ada. Inya sesuatu kerja yang amat bodoh, membuang masa, menyalahguna kuasa yag ada. Alangkah bagus kalau mereka ni diguna pakai untuk menyelasai atau menyiasat kes2 jenayah yang belum selesai, buat kerja2 yang lebih efficient. Saya lihat kejadian jenayah negara kita makin menjadi-jadi di negara kita.belum lagi negara yang besar, kecik aja...tapi jenayah nya tinggi, orang tak takut2 lagi nak merompak, menyamun, merogol, membunuh, simbah asid, buang anak, langgar lari, pukau, pech rumah, rasuah dll. Saya sendiri sudah rasa tidak lagi rasa selamat duduk di Malaysia. ok lets go straight to the point. Di US ni memang tak ada satu roadblock yang diboleh dibuat oleh pihak polis atau DOT/ atau JPJ, pasal perbuatan itu umpama melanggar human right, mereka perlu meminta kebenaran di district judge dan selalunya tidak dilayan oleh judge. Tidak pulak diMalaysia, polis atau JPJ boleh apa2 mereka suka dimana saja. ..tanpa kebenaran judge/hakim atau sapa2. Lagi satu yang saya rasa amat kelakar bila melihat rombongan polis yang escort para menteri atau ahli politik kesatu2 hal. punyalah ramai yang escort dengan kereta polis, dengan motor... berpuluh2 anggota polis, berduyun ramai sangat tu buat apa. tak ada kerja ker?. such a waste of time and energy. cukup lah kalau ada few aja anggota polis yang escort atau body guard. Di negara maju seperti US dan europe tak ada benda2 bodoh yang kita amalkan dimalaysia ni. Di US ni kalau mentri atau senator memandu, dia pandu sendiri, dia tak perlu ada polis yang escort dengan motor ke kereta polis. Dia beraturlah dalam traffic jam, dia pandu sendiri. Dorang tak waste duit buat bendabodoh yang kita dok buat ni dan lagi satu dorang tak ramai kaki pengampu macam kita di Malaysia ni...
    sekadar berkongsi pengalaman hidup..ada banyak lagi...insyallah lain kali

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...