terima kasih buat kalian semua..

Tuesday, October 4, 2011

Syor anak2 potong gaji bagi saraan ibu bapa...


PENINGKATAN harga barang dicetuskan keadaan pasaran global, turut menjejaskan warga tua yang bergantung kepada sumbangan daripada anak masing-masing. Ibu bapa ini terjejas dari segi pengurangan sumbangan wang bulanan yang diberi anak mereka dan juga pada masa sama menerima tekanan daripada kenaikan sara hidup. Sehubungan itu, usaha kerajaan meredakan beban hidup rakyat amatlah dihargai.

Namun masih ada yang boleh dilakukan lagi bagi mengurangkan beban warga tua. Berikutan adalah diharapkan belanjawan negara yang bakal diumumkan Perdana Menteri Jumaat ini, mempunyai cadangan yang mesra kepada warga tua.
Antara langkah mesra warga tua yang boleh dicadangkan pihak kerajaan ialah penggubalan undang-undang yang mensyaratkan semua anak yang bekerja sama ada dalam sektor awam atau swasta yang mempunyai punca penggajian bulanan atau harian memotong 10 peratus daripada pendapatan sebagai serahan tetap kepada ibu bapa mereka. Potongan wajib dilaksanakan seperti potongan yang dilaksanakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau seperti mereka yang berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Potongan terus dari gaji semua anak kepada akaun ibu bapa dapat memastikan semua anak dapat memberi sumbangan secara tetap kepada ibu bapa masing-masing. Melalui cara itu jasa serta pengorbanan ibu bapa dihargai.

Hari ini, ada anak yang mempunyai pendapatan yang agar besar tetapi tidak memberi sebarang sumbangan tetap kepada kedua ibu bapa mereka, malah ada yang jarang pulang ke kampung bagi menjenguk kedua ibu-bapa mereka. Keadaan ini amat menyedihkan akhirnya ibu bapa mengadu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah atau Majlis Agama Islam bagi mendapat bantuan atau pergi meminjam wang.

Alangkah malu dan tidak berhati perut anak yang membiarkan kedua ibu bapa mereka dalam keadaan kelaparan serta kesejukan dan dalam masa yang sama mereka menikmati kemewahan hidup hasil titik peluh kedua ibu bapa yang membesarkan mereka serta memberikan pendidikan hingga membolehkan mereka berada pada kedudukan seperti sekarang. Saya mohon kerajaan dapat menimbangkan syor ini bagi maksud kepentingan semua warga tua yang ada dalam negara ini.

YOSRI ABU MAHSIN, Warga Cakna, Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...