terima kasih buat kalian semua..

Wednesday, November 9, 2011

Bank sering salahkan penjamin bukan peminjam !!!


SAYA ingin melahirkan rasa tidak puas hati dengan prosedur ditetapkan bank dalam proses mendapatkan pembiayaan bagi membeli kenderaan mahupun rumah.

Untuk pengetahuan, saya adalah di antara ribuan yang disenarai hitam. Ramai di antara kami memasuki senarai itu bukan disebabkan tidak bayar hutang tetapi kerana menjadi penjamin kepada mereka yang gagal membayar semula pinjaman.
Biasanya si pembeli dan penjamin mempunyai pertalian rapat sama ada anak beranak, adik beradik, kawan karib atau suami isteri.
Kenapa sekiranya si pembeli yang gagal membayar hutang si penjamin juga dikenakan senarai hitam. Tidak mungkin dan tidak masuk akal si penjamin mahu melunaskan hutang itu.

Disebabkan hal ini macam-macam boleh berlaku anak beranak boleh bergaduh, adik beradik berpecah, suami isteri pun bermasam muka.

Mungkin pihak bank tidak ambil kisah sebab bukan masalah mereka. Saya berharap pihak bank ada sifat kemanusiaan dengan memberi kelonggaran penjamin yang berada dalam senarai hitam diberi peluang mendapatkan pinjaman.

Yang peliknya pihak bank tidak berusaha mendapatkan peminjam tetapi dengan senang hati meletakkan kesalahan kepada peminjam. Jika bank sudah berusaha sedaya upaya menjejaki peminjam dengan pergi ke tempat kerja atau berjumpa majikan bagi mendapatkan kerjasama tentu masalah penjamin dikenakan senarai hitam tidak berlaku.
Kalau sekadar telefon untuk dapatkan balik pinjaman sudah tentu bank tidak akan berjaya.

PELANGGAN BENGANG,
Negeri Sembilan

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...