terima kasih buat kalian semua..

Monday, November 7, 2011

Contohi disiplin pemandu pengangkutan awam di Kemboja


AMALAN baik sering dikaitkan dengan negara maju tetapi hakikatnya tidak begitu kerana ada amalan baik di negara kurang maju yang boleh dicontohi. Pengalaman menghabiskan cuti umum Deepavali di Kemboja membuktikan negara membangun juga mempunyai contoh boleh diikuti.

Di Kemboja, majoriti pengguna jalan raya mempunyai disiplin tinggi. Amalan bertolak ansur di jalan raya menjadi kebiasaan. Pemandu bas dan lori memakai tali pinggang keledar dengan sempurna.
Penunggang motosikal menunggang dengan cermat dalam kesibukan jalan raya dan memberikan isyarat apabila ingin menukar lorong dan membelok. Semua ini tidak menjadi amalan biasa di negara kita.
Dari segi kebersihan tandas awam, pujian harus diberikan. Secara umum, tandas awam di Kemboja pada tahap kebersihan memuaskan. Hanya tandas di lebuh raya agak memuaskan. Mengapa tandas di negara kurang maju lebih bersih berbanding negara kita?

Ketepatan masa juga amat dititikberatkan di Kemboja. Pemandu bas pelancongan berada di tempat pemandu lebih awal daripada penumpang, adakala setengah jam lebih awal. Rombongan kami juga sudah terbiasa dengan ketepatan masa, membuatkan aktiviti lawatan menjadi mudah dan teratur.

Jika amalan ketepatan masa menjadi budaya di negara kita, sudah pasti negara kita akan disegani.

Saya ingin menyarankan amalan baik dicontohi walaupun dari negara kurang maju berbanding negara kita. Penanda aras seharusnya menjadi budaya masyarakat kita.

AMIN ALI,
Pusat Pengajian Perakaunan,
Universiti Utara Malaysia

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...