terima kasih buat kalian semua..

Saturday, November 5, 2011

Laksanakan projek MRT sebelum kos meningkat !!!


DALAM tempoh 18 bulan yang lalu, harga besi - daripada batang hingga nat - di pasaran dunia telah meningkat sebanyak 20 peratus akibat peningkatan permintaan dari negara China (dua pertiga daripada projek pembinaan dunia sedang dilaksanakan di selatan China) serta eksport yang berkurangan dari Rusia, Ukraine, dan pengeluar-pengeluar utama lain.

Peningkatan harga ini menjadi semakin rumit di kawasan tempatan dengan penyingkiran subsidi super bagi diesel untuk kenderaan komersial sekali gus menaikkan kos pengangkutan untuk kebanyakan besi import dari pelabuhan hingga ke tapak pembinaan sebanyak 30 peratus.

Peningkatan berterusan dalam kos pembinaan akan memberi pelbagai implikasi ke atas sektor pembinaan. Projek-projek pembinaan masa kini akan mengalami peningkatan kos dan perlu mematuhi pesanan yang dikeluarkan oleh para kontraktor.

Sudah tentunya limpahan belanjawan tidak dapat dielakkan, tetapi yang lebih penting adalah terdapat risiko yang lebih tinggi untuk projek tergendala, dan bagi kes-kes ekstrem, gagal disiapkan sama sekali.

Maka, adalah penting projek seperti My Rapid Transit yang sepatutnya dilaksanakan dari dulu lagi, dapat dilaksanakan dengan kadar segera. Lebih lama kita menunggu, lebih tinggilah bil yang akan dicaj dan lebih tinggilah kemungkinan projek ini akan tergendala, sekali gus gagal disiapkan apabila kos tidak boleh dibendung lagi.

Satu-satunya perkara yang sepatutnya tidak wajar terjadi di sebuah bandar yang pesat membangun serta terancang seperti Kuala Lumpur ialah projek MRT yang tidak dapat dilaksanakan akibat kos yang terlalu tinggi.

JIMMY TEOH
Petaling Jaya

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...