terima kasih buat kalian semua..

Thursday, November 10, 2011

Murid sekolah tak sesuai pakai tali leher !!!


BAGI saya penggunaan tali leher di kalangan murid sekolah sama ada di peringkat rendah mahupun menengah adalah tidak sesuai sama sekali.

Seingat saya pada zaman persekolahan saya dahulu iaitu sekitar 1990-an, kami tidak memakai tali leher di sekolah malah dengan memakai pakaian yang kemas, kami kelihatan cukup segak dan selesa belajar di sekolah tanpa rasa panas.

Bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif pula, penggunaan tali leher menyebabkan ruam panas sering tumbuh di sekitar leher.

Bukan setakat masalah panas sahaja, bagi pelajar yang bermasalah disiplin, tali leher sering digunakan sebagai senjata untuk melilit leher rakan ketika bergaduh sesama sendiri. Keadaan ini sering terjadi di sekolah dan ia amat berbahaya.

IBU PRIHATIN
Kuching, Sarawak

2 comments:

  1. kalau negara kita sejuk atau bilik kelas ada aircond ok jugak.
    Dengan keadaan cuaca yg panas dan kedang2 kipas angin dalam kelas pun sentiasa rosak menyebabkan murid2 tidak selesa dgn keadaan panas dan kadang2 mennjadi cepat panas baran dikalangan murid2..........

    ReplyDelete
  2. Itu projek koperasi sekolah

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...