terima kasih buat kalian semua..

Friday, November 4, 2011

Tegas banteras iklan haram !!!


SAYA sebagai rakyat Malaysia yang mencintai kebersihan, keindahan dan keharmonian negara ini, amat berharap kita semua dapat menjaganya dengan baik. Kadang-kadang kita terfikir apa nak jadi dengan kawasan yang dipenuhi dengan iklan-iklan haram yang bertaburan di merata-rata tempat.

Di mana-mana sahaja kita dapat melihat pelkat iklan haram di tempat telefon awam, stesen bas, tanda jalan, kotak TNB, pokok, jalan raya, tiang elektrik dan apa sahaja yang dapat menarik perhatian orang awam.

Pelekat stiker, banner, bunting dan bermacam-macam lagi iklan kecil besar yang mereka pamerkan. Semua ini memberi gambaran bahawa masyarakat Malaysia tidak bertamadun, pengotor serta menunjukkan kegagalan penguatkuasa menjalankan tugas.

Mereka ini mempunyai motto 'ada aku kisah'. Ini kerana tindakan yang diambil tidak cukup kerana tiada saman yang perlu mereka bayar. Sudah tiba masanya kita melakukan lebih daripada menyenaraihitamkan nombor-nombor telefon iklam haram mereka.

Pada Khamis, 20 Oktober 2011, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah menurunkan semua iklan haram yang dipasang di jalan Taman Tan Yew Lai, OUG Klang. Yang tinggal hanya iklan Dewan Bahasa dan Pustaka sahaja.

Belum pun sampai petang, iklan yang diturunkan telah dipasang semula menjadikan kawasan tersebut seperti sedia kala. Betapa mereka ini langsung tidak mempedulikan undang-undang negara.

Satu pendekatan yang lebih keras perlu dilakukan dengan segera dan kalau boleh kita hadapkan mereka ini ke muka pengadilan, baru mereka sedar.

Jejak mereka ini melalui nombor dalam iklan tersebut. Setelah berjumpa, arahkan mereka menanggalkan iklan haram tersebut pada hari sama juga. Sekiranya masih ada sisa baki iklan tersebut, kemukakan saman.

Tidak perlu lagi pihak penguat kuasa bersusah payah menanggalkan iklan tersebut, tidak perlu memanjat dan menurunkan banner yang dipasang. Biar mereka bersihkan.

MAIMON ABD. RAHMAN
Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...