terima kasih buat kalian semua..

Saturday, December 24, 2011

Hutang dan perkahwinan...


MENYEDIAKAN bajet dan pelan kewangan bulanan serta menjejak perbelanjaan dengan menggunakan penyata aliran tunai adalah amalan sihat dan praktikal.

Dalam konteks ini, nilai harta bersih keluarga anda juga perlu dipantau selalu sekurang-kurangnya setahun sekali. Anda dan pasangan hendaklah selalu mengkaji komitmen perbelanjaan isi rumah dan kedudukan nilai harta bersih.
Jadikan ini suatu amalan bulanan yang dilakukan dalam suasana penuh ceria. Berbincang secara positif dan cari idea kreatif serta bernas dalam usaha mengukuhkan kedudukan kewangan anda dan keluarga.

Perkahwinan dan hutang

JIKA anda bakal mendirikan rumah tangga, adalah dinasihatkan anda dan pasangan berbincang terlebih dulu mengenai hutang sedia ada dengan sikap terbuka dan jujur.

Anda berdua perlu memutuskan bagaimana hendak mengurus hutang ini, sama ada secara bersama ataupun berasingan. Sebaik-baiknya berbincanglah mengenai komitmen kewangan anda sebelum mendirikan rumah tangga untuk mengelak salah faham pada masa hadapan.
Adalah penting juga berbincang mengenai bajet perkahwinan. Ramai pasangan bercita-cita mengadakan majlis perkahwinan besar-besaran dan cenderung berbelanja secara berlebihan dan akhirnya, menanggung hutang yang banyak.

Anda dinasihatkan merancang majlis perkahwinan mengikut kesesuaian bajet anda. Hutang belanja perkahwinan yang banyak boleh menjejaskan kesejahteraan rumah tangga dan boleh menimbulkan pertelingkahan.

Adalah lebih berhemat jika wang yang anda rancang untuk perbelanjaan perkahwinan secara besar-besaran itu digunakan untuk bayaran pendahuluan rumah baru anda.

Beberapa tanda masalah kewangan

Kad kredit
  • Membayar baki minimum saja setiap bulan
  • Baki tertunggak meningkat setiap bulan
  • Menggunakan kad pada had maksimum
  • Kerap mengambil pendahuluan wang tunai
  • Tidak membayar atau lewat membuat bayaran
  • Kad kredit dibatalkan oleh bank

    Pinjaman
  • Kerap kali menggunakan overdraf atau kemudahan pinjaman automatik daripada akaun semasa
  • Menerima notis bayaran daripada pemiutang kerana tidak membayar hutang
  • Gagal mendapat pinjaman kerana laporan kredit tidak memuaskan
  • Meminjam wang daripada keluarga atau kawan untuk membayar hutang
  • Kerap kali dihubungi pihak pemungut hutang

    Simpanan
  • Menggunakan simpanan pada kadar yang membimbangkan
  • Mempunyai sedikit ataupun tidak langsung simpanan untuk menangani perbelanjaan kecemasan

    Perbelanjaan
  • Hidup semata-mata bergantung pada pendapatan bulanan
  • Bergantung kepada kerja sampingan, kerja lebih masa, komisen atau bonus untuk membiayai sara hidup
  • Tidak mengetahui berapa banyak hutang hinggalah penyata diterima
  • Kerap kali bertengkar dengan pasangan mengenai status kewangan.

  • Oleh Alzahrin Alias


    No comments:

    Post a Comment

    Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...