terima kasih buat kalian semua..

Thursday, December 22, 2011

Pekerja swasta sukar dapat pinjaman bank, koperasi ...


SAYA terpanggil untuk berkongsi masalah dengan rakan-rakan pekerja swasta lain. Hak kami sebagai pekerja dan rakyat Malaysia seolah-olah dinafikan oleh pihak bank atau koperasi untuk mendapatkan pinjaman peribadi.

Ini adalah kenyataan. Kita boleh melihat iklan-iklan yang dikeluar atau dipamerkan di dalam akhbar-akhbar tertentu atau di laman sesawang kesemuanya adalah untuk kemudahan kakitangan kerajaan/badan berkanun atau GLC yang berkaitan dengan kerajaan sahaja. Malah ada pihak yang boleh memberikan pinjaman kepada kakitangan kerajaan yang telah muflis. Ini adalah satu penganiayaan kepada kakitangan swasta seperti kami.

KWSP juga melalui anak syarikatnya iaitu MBSB ada menawarkan kemudahan pinjaman peribadi tetapi semua adalah untuk golongan yang kami sebutkan tadi. Di mana letaknya hak kami sebagai pencarum dan ahli KWSP dari golongan swasta?

Kami juga menyumbang tenaga dan jiwa kepada kekayaan, kemakmuran dan kesejahteraan negara akan tetapi pengorbanan kami tidak dihargai oleh pihak-pihak tertentu.

Ramai pekerja swasta seperti kami terpaksa meminjam kepada ah long atau pemberi pinjaman berlesen bagi mengatasi masalah kami. Akibatnya ramai di kalangan kami terpaksa mengikat perut dan di dalam ketakutan kerana kadar bunga yang tinggi, tempoh pinjaman yang pendek dan diugut kerana lewat membayar pinjaman-pinjaman tersebut.

Kami dengan ini berharap kepada pihak-pihak yang berwajib, bantu dan tolonglah dengar rintihan kami ini demi kesejahteraan hidup golongan pekerja swasta

NSAN SWASTA,
Sungai Buloh, Selangor

4 comments:

  1. yus: betul2........jadi beban knp perlu bezakan

    ReplyDelete
  2. betul, saya sokong 100%
    lebih-lebih lagi pekerja swasta yang bergaji bawah rm1100 sebulan makinlah susah nak buat pinjaman yang melebihi rm5000. kalau dapat pun rm5000 kebawah itupun susah, dahla kadar faedah nya tinggi, lain pula dengan pekerja kerajaan, cukup mudah mendapatkan pinjaman dengan kadar faedah yang rendah. apakah kami pekerja swasta yang bergaji kecik ni langsung tak menyumbang kepada pendapatan negara. wahai pihak berkaitan, jalankanlah tanggungjawab pihak anda untuk menyusun semula syarat-syarat serta keperluan untuk tiada perbezaan antara swasta dan kerajaan. kami pun manusia juga seperti pekerja kerajaan, setakat rakyat malaysia semuanya makan nasi, jangan diadakan perbezaan. kalau nak kata kami tak mampu nak lunaskan pinjaman, pekerja kerajaan yang meminjam pun banyak yang tak mampu nak bayar balik. apa istimewanya bagi pinjaman dengan pekerja kerajaan sahaja. janganlah pilih kasih disebabkan slip gaji yang ada cop harimau, slip gaji yang cuma memiliki alamat dan nama syarikat disisihkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btul2..lg pun syarikat2 swasta yg bnyk support gov..kalau syarikat swasta tak support Gov, gov nak amik duit kat mana nak bayar gaji kakitangan..syarikat swasta la yg bnyk byar cukai dekat gov..kalau banyak syarikat swasta, terutama syarikat SME yg bankrup..kerajaan pun susah jg nak dapatkan duit utk biaya kakitangan..

      Delete
  3. Sepatutnya kerajaan mengambil berat tentang hal ini..apa kurangnya pekerja swasta?..sama juga seperti pekerja gov..kadang2 terasa teranaiya dgn pihak kerajaan..bukanya kita tidak mampu membayar..walaupun gaji kasar sebanyak 1k tetapi tiada komitmen laen yg kita ada ..maseh tdk dpt pinjaman dr bank..jln penyelesainya adalah dgn money lender..bagaimana harus selesaikan hal ini?

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...