terima kasih buat kalian semua..

Monday, December 19, 2011

Pesakit didakwa doktor datang salah tempat???


BARU-BARU ini pada 12 November 2011 (Sabtu), saya seorang pesara kerajaan datang untuk mendapat rawatan di wad kecemasan (zone hijau) Hospital Selayang.

Setelah membuat pendaftaran, saya duduk di tempat menunggu di wad tersebut, setelah menunggu lebih kurang dua jam barulah nama saya dipanggil.

Saya masuk ke bilik nombor dua, didapati seorang doktor lelaki dan seorang jururawat perempuan sedang bertugas.

Apabila diberitahu penyakit yang saya alami, tiba-tiba doktor ini dengan nada marah bertanya kenapa saya tidak pergi ke klinik dan saya dikatakan datang salah tempat.

Saya hairan, kenapa doktor ini bersikap demikian, adakah beliau tidak mahu merawat saya, mengapa dia terlalu sombong sedangkan dia dibayar gaji.

Saya betul merasa terkilan dan tidak pernah jumpa doktor yang ego dan sombong seperti ini.

Pada hari Sabtu, klinik kerajaan tidak beroperasi, itu sebabnya saya datang ke wad kecemasan ini, begitu juga pesakit lain, jururawat yang bertugas menyokong doktor ini, sedangkan ini tidak betul.

MAT SETIA

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...