terima kasih buat kalian semua..

Wednesday, December 14, 2011

RON95 dibeli orang asing !!!


SAKIT hati saya melihat minyak RON95 dibeli oleh orang asing di banyak stesyen minyak di Johor Bahru setiap kali saya mengisi minyak. Saya ada terlihat si pemandu memberi wang kepada pekerja stesyen warga Bangladesh supaya membuka pam RON95.

Kenapa kita sungguh leka atas perkara ini? Ketirisan subsidi merugikan kita semua. Orang Singapura selalu mengherdik negara kita tetapi bila membeli petrol, gula dan minyak masak mereka berpusu-pusu datang ke Johor Bahru.

Pemilik stesyen minyak yang melanggar larangan ini bukan sahaja patut diberi amaran tetapi mesti dibawa ke mahkamah.

YANG NAMPAK
Johor Bahru

2 comments:

  1. salam.....kebencian ini sudah lama bertapak dihati saya. Undang undang negara masih tidak dapat dikuatkuasakan. Pamantauan sememangnya dibuat tapi rasuah menjadi penghalangnya. Mereka bermain main dalam kerja. Bagaimana dapat dibanteras jika penyakit ini berada disini sana

    ReplyDelete
  2. Saya rasa kita sebagai penduduk negara tercinta ini sama2 memainkan peranan...jika ada yang nampak tak betul laporkan pada yang sepatutnya segera...jangan tunggu2 nanti bila nak berubah...

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...