terima kasih buat kalian semua..

Monday, January 30, 2012

Mula2 kawin sama2 hidup susah..Bila hidup semakin mewah.. suami mula main belakang !!!


MENGIKUTI kisah-kisah yang dipaparkan di ruangan ini seumpama membaca diari hidup saya sendiri.

''Walaupun ada kelainan tetapi banyak persamaannya dalam hidup saya yang terpaksa berdepan kerenah suami yang saya anggap tak tahu diuntung,'' ujar Noradlina membuka bicara dalam e-melnya yang panjang lebar.

Dia mengakui dulu tidak mampu menahan air mata setiap kali membaca kisah yang ada persamaan dengan hidupnya.

"Saya merasa terlalu sedih mengenangkan sikap suami yang jauh berubah berbanding ketika sama-sama panjat bas dengan saya.

''Ketika berkahwin 15 tahun lalu, kami sama-sama susah. Saya bersyukur dijodohkan dengan suami yang ketika itu amat bertimbang rasa, pandai mengambil hati, rajin solat dan amat jujur hinggakan apa jua yang dibelanjakannya akan diberitahu tanpa ditanya.

''Agaknya kerana itu, Allah ingin menduganya. Setelah mendapat dua orang anak dan tujuh tahun berkahwin, dia bertukar kerja dan mendapat gaji lebih banyak daripada saya. Kami sudah mampu membeli sebuah kereta menggantikan motosikal.

''Sayangnya setelah pendapatan bertambah, perangainya mula berubah. Dia mula culas solat, balik lewat, malah sanggup suruh saya tumpang kawan atau naik bas. Alasannya dia bukan macam dulu, kerjanya bertambah banyak.

''Memikirkan kerja pun baru, saya bersabar. Memandangkan susah menumpang kawan, dia izinkan saya memohon pinjaman membeli kereta Kancil. Katanya belilah asalkan tidak menyusahkan dia. Berdetik hati saya mendengar kata-katanya tapi saya bersabar.

''Apabila sudah berkereta , segala urusan rumahtangga, anak dan sebagainya menjadi tanggungjawab saya. Dia bukan sahaja balik lewat malah sering ke luar daerah atas alasan tugas. Saya percaya," katanya.

Sepandai-pandai tupai melompat jatuh ke tanah jua. Seorang sepupu terlihat suami saya, Jam makan tengah hari dengan seorang wanita. Menurutnya, itu bukan kali pertama bahkan sudah banyak kali cuma suami sahaja tidak nampak.

''Saya cuba tenangkan perasaan dengan berkata itu mungkin teman pejabatnya. Saya fikir cerita itu tamat di situ sahaja, tapi rakan lain pulak bawa cerita yang sama. Saya bertanya pada Jam, dia nafikan. Malah memberi amaran jangan suka dengar cerita orang dan kalau tak percayakan suami, lebih baik tak usah kahwin!

''Helah Jam mendorong saya menjalankan siasatan sendiri. Apabila ternampak dia dan kekasihnya, saya buktikan dengan gambar dan Jam mengamuk sakan. Dia tuduh saya mengintip. Dia kata tidak takut dengan ugutan saya. Masalahnya saya tidak mengugut cuma mahu dia berubah dan kembali kepada keluarga seperti dulu. Namun dia tinggalkan saya dan anak-anak.

''Saya bernasib baik ada adik beradik yang sudi membantu walaupun pendapatan mereka juga tak seberapa. Saya dengar cerita suami hendak kahwin baru. Nasihat dan pujukan sudah tidak dipedulikannya lagi baik daripada saudara mara mahupun ayah saya sendiri.

''Kerana tidak ada jalan lain, saya mohon bantuan ibu mertua tapi dia beri alasan dia tidak mahu campur urusan rumahtangga anak-anak.

''Selama lebih enam tahun, pelbagai usaha saya lakukan untuk 'memulihkan' suami tetapi tidak ada langsung perubahan. Akhirnya saya ke pejabat agama, tindakan yang cuma memalukan saya. Saya dileterkan seolah-olah semua kesalahan di bahu saya. Walaupun Jam dipanggil untuk sesi nasihat, dia tak pernah ambil peduli. Dia tetap dengan perangainya.

''Kerana tidak ada jalan lain, saya mohon pada Jam supaya kami berpisah. Bagi saya, itu lebih baik supaya dia tiada halangan berkahwin lagi. Peliknya, Jam berkeras tak akan ceraikan saya sampai mati.

''Hidup saya cukup menderita, ada suami serupa tidak. Setiap tahun dia dapat potongan cukai pendapatan, sedangkan dia tidak pernah peduli makan minum kami selain bayar sewa rumah.

''Namun Allah itu maha besar. Ujian yang diberikan ada hikmah di sebaliknya. Saya juga mendapat tawaran kerja lebih baik dan dihantar berkursus selama setahun. Peluang itu mengubah hidup saya. Sepeninggalan saya, anak-anak di bawah jagaan kakak saya yang amat penyabar.

''Perubahan hidup saya dari segi kedudukan, kereta dan penampilan, rupanya mengubah perangai Jam yang dulunya melupakan kami anak beranak.

" Dia memujuk saya supaya kembali padanya, sambil berjanji tidak akan mengulangi kesilapan lalu. Tetapi pada saya, Jam sudah tidak bermakna dalam hidup saya lagi.

''Saya merasa lebih tenang hidup tanpanya dan kini hanya menunggu mahkamah memutuskan ikatan kami," kata Noradlina mengakhiri ceritanya.

8 comments:

  1. sedey nye.... i pon skarang suami dah ada org lain... kitorg dekat rumah dah xberbual... tido pon blik lain2...

    dia banyak habiskan masa dengan kerja... if ada kat rumah dia akan habiskan masa dengan tidur... kadang rasa i ni macam hidup sorang2...

    ReplyDelete
  2. suami skrg..susah nk tfsir

    ReplyDelete
  3. Saya rasa pejabat agama kena buat post mortem. Ramai yang kerja kat situ tak efisien atau perabih boreh je. Banyak sungutan yg macam ni tak selesai. Apa yang payah sngt kalau cukup bukti serta wajar dari segi syarak dsb tk boleh ke pompuan tu diluluskn prmohonan cerainya.Macam Tiada pmbelaan untuk orang pompuan. sedih sungguh.

    andika

    ReplyDelete
  4. skrg sy hdup ssh jgk..hai bilerrlahh nk snang kami skluarga..ank da 2 tp somi asek tuka2 kje..ari2 adlh pjuangan nk idup..xdr pndpatan ttp arap belas ehsan mk ayah...biler la en somi nk brubhh

    ReplyDelete
  5. Saya pn dh xpercaya pd suami yg pnh memohon poligami. Saya xmahu bkongsi dan xmahu jga halang keinginan dia. Tp dia xmau lpskn saya...katenye kalo saya xrelakan dia bpoligami dia btlkn hajat...tp sbliknya masih hub perempuan tsebut...hilang sudah kpercayaan saya...

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...