terima kasih buat kalian semua..

Sunday, January 22, 2012

Boss suka tabur fitnah !!!


BIASANYA ruangan ini memberi peluang kepada wanita dan juga lelaki melahirkan isi hati tentang masalah rumahtangga mereka. Tetapi minggu ini saya ingin menarik perhatian pembaca tentang masalah pejabat yang tidak kurang juga hebatnya, malah boleh memecah belahkan kehidupan suami isteri.

"Sebabnya kerana ada sesetengah ketua yang bersifat pilih kasih, suka mengadu dumba, menghasut, suka tunjuk kuasa, suka mengumpat dan paling tidak beretika suka dijulang atau diampu oleh pekerja bawahan dan mahu dirinya ditakuti." Demikian cerita Siti Amirah yang datang dari jauh ketika kami bertemu, setelah membaca e-mel yang dihantarkannya.

"Saya bertugas sebagai pensyarah di salah sebuah Institut Pendidikan Guru (IPG) di negara ini. Di jabatan tempat saya bertugas di ketuai oleh seorang ketua jabatan. Pada peringkat awal lantikannya beliau kelihatan baik sahaja. Tetapi keadaannya berbeza pada hujung tahun apabila beliau memberi penilaian paling rendah kepada dua pensyarah di bawahnya.

"Kerana rasa tidak puas hati pensyarah ini buat bising hingga mendapat perhatian pengarah. Tahun berikutnya ketua jabatan tidak berani menilai seburuk sebelumnya kepada pensyarah kanan tersebut. Sebaliknya dia membuat penilaian agak rendah kepada orang pensyarah lelaki dan saya. Ini kerana kami tidak suka mengampu dalam apa juga keputusannya.

Siapa tak takut kalau membantah perkataan pertama keluar dari mulutnya "Jaga perstasi awak hujung tahun nanti....!''

''Seperkara lagi yang membuat saya tak sukakan dia kerana perangainya suka mengumpat selain suka memfitnah dan bergosip.

Dia juga menabur fitnah melalui e-mel menuduh saya dan seorang pensyarah lelaki ada skandal semasa bertugas dan berkursus.

''Dalam emelnya menyebutkan dengan tepat tempat-tempat kami berkursus, bertugas dengan jabatan lain dan sebagainya.

''Pada mula saya terima emel ini saya amat terkejut. Mengapalah dia suka menabur fitnah suka melihat rumahtangga kami runtuh.

''Mengapa e-mel ini tidak menyebutkan tugasan saya dengan pensyarah wanita lain yang ada juga pensyarah lelaki, mengapa dengan pensyarah lelaki ini sahaja nama saya dikaitkan? Adakah kerana dia tahu bahawa hubungan kami dua keluarga memang erat dan saling membantu jika diperlukan, termasuklah ketika menghadiri majlis kenduri dan sebagainya.

hubungan

''Sebelum masalah ini menjadi lebih gawat kerana ia melibatkan hubungan kami suami isteri, maka langkah pertama saya ambil menceritakan kepada suami dengan menunjukkan e-mel yang di terima. Saya bernasib baik kerana suami saya memahami bukan sahaja kepada saya juga kepada pensyarah lelaki tersebut. Begitu juga isterinya. Saya bersyukur kerana hubungan kami dua keluarga memang baik sebelum peristiwa ini.

''Tindakan pertama yang saya lakukan selepas menerima e-mel tersebut saya berdoa dan berserah kepada Allah kerana Dialah tempat saya mengadu.

''Malangnya semakin saya berdiam diri, semakin banyak pula e-mel fitnah yang saya terima saban minggu bertali arus. Kalau saya bertindak keras pembaca tentu tahu apa pembalasan yang saya akan terima tentang prestasi saya hujung tahun nanti, iaitu pada tahun 2011. Kerana memikirkan periuk nasi juga dan khidmat saya yang begitu lama dengan jabatan ini dan saya sendiri memang sukakan tugas ini, maka saya terpaksa bersabar.

''Malangnya semakin saya diam, saya semakin dipijak dan prestasi saya hujung tahun lalu dinilai buruk. Itu sudah saya duga dari awal lagi. Bukan saya sahaja malah pensyarah lelaki tadi juga menerima penilaian sama teruk dengan saya. Sedangkan kami telah menjalankan tugas dengan sehabis sempurna.

''Jika prestasi saya tak baik panggil dan tanya. Ini tidak saya dinilai tanpa dipanggil dan diberitahu. Sepatutnya pengarah mengambil inisiatif panggil saya dan tanya mengapa prestasi saya buruk dan apa masalah saya. Ketua jabatan juga patut ditanya di mana silap saya. Bukan dilakukan dengan kejam seperti ini. Pada saya ini tindakan orang gila kuasa.

''Kerana terasa diri teraniaya, maruah dicemar dan difitnah untuk merosakkan hubungan kami suami isteri dan masa depan pekerjaan kami, maka kami membuat aduan polis. Kini kami menunggu tindakan polis seterusnya sebelum di bawa ke mahkamah. Doa kami supaya orang yang memfitnah dan berniat jahat akan mendapat pembalasan yang setimpal.'' Itu cerita Siti Amirah panjang lebar tentang dirinya yang fitnah dan dianiaya bertujuan memecah-belahkan rumahtangganya.

2 comments:

  1. salam, bila baca tulisan ini saya merasa amat sedih kerana saya juga rasanya senasib. dan tak tahu apa nak buat. bila pandang suami, kesian sangat2 kat dia. Apakah kami masih boleh bertahan dengan fitnah yang mcm-mcm. Kenapa IPG yang sepatutnya jadi pusat ilmu jadi pusat fitnah dan bodek membodek. Kenapa budaya begini yg diterapkan....saya sangat kecewa dengan kepimpinan yg semacam ini.Mcm mana saya nak hubungi org yg terlibat. boleh dapatkan email atau apa2.

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya kena berani dan jangan takut sebab takut itu sendiri adalah kelemahan.Kalau ada point belasah aje atau repot polis sebagaiman yg dibuatbtu.Kemudian cari peguam saman malu juta - juta ke.Simpan semua emel sebagai bahan bukti.Biar dia tau menghargai orang lain. bukan kena buang kerja pun.

    andika

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...