terima kasih buat kalian semua..

Wednesday, January 11, 2012

Dilemma pelajar nak masuk SBP..


Saya terpanggil untuk menulis di ruangan ini setelah saya dapati pemilihan pelajar-pelajar ke tingkatan satu Sekolah Berasrama Penuh (SBP) atau ke sekolah-sekolah pilihan di Terengganu, termasuk sekolah-sekolah di bawah kerajaan negeri, seakan-akan dikuasai oleh kuasa-kuasa politik.

Selaku guru sukan yang diarahkan oleh Guru Besar, saya diminta memastikan pelajar sentiasa aktif dalam bidang kokurikulum sama ada dalam sukan dan koakademik. Malah saya selalu menekankan kepada pelajar betapa pentingnya pencapaian kokurikulum sebagai satu tiket ke asrama penuh.

Penekanan ini telah berjaya melahirkan pelajar yang berjaya sehingga ada yang terpilih mewakili negeri dalam kejohanan sukan anjuran Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM). Malah ada pelajar yang terlibat dengan perkhemahan badan beruniform di peringkat kebangsaan.

Apabila mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), saya menjangkakan pelajar ini tidak menghadapi masalah untuk ke sekolah pilihan masing-masing.

Namun jangkaan saya meleset apabila ada pelajar yang gagal untuk ke sekolah yang dihajatinya. Malah pelajar yang tidak berapa aktif pula (hanya aktif di peringkat sekolah sahaja) yang terpilih. Ada pelajar cemerlang kokurikulum yang seolah-olah menjadi pengemis kerana terpaksa membuat rayuan seolah-olah sijil di peringkat kebangsaan tidak laku.

Bagi ibu bapa yang mempunyai kenalan politik, kenalan di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan juga mengenal pengetua-pengetua serta orang-orang penting di Yayasan Terengganu, mereka ini tiada masalah untuk menempatkan anak-anak mereka di sekolah yang menjadi rebutan di negeri ini.

Bagi saya, selain pelajar daripada keluarga yang berpendapatan rendah yang diberi keutamaan, pelajar yang cemerlang kokurikulum patut diberi keistimewaan ini. Mereka ini berhempas-pulas berlatih pada tiap-tiap hari dan hujung minggu semata-mata untuk mendapat tiket ke sekolah yang dihajati tetapi akhirnya belajar di sekolah harian biasa.

Sebagai guru yang terbabit dengan bidang kokurikulum, saya merasa amat kecewa sekali. Melihat keadaan ini, saya rasa lebih baik saya menyuruh pelajar hanya mengikuti aktiviti sekolah yang biasa diadakan pada tiap-tiap minggu. Tiada gunanya cemerlang di peringkat kebangsaan kalau akhirnya hanya belajar di sekolah biasa.

Saya sendiri kadang-kadang malu apabila berjumpa ibu bapa pelajar ini. Kalau dulu, saya memujuk anak-anak mereka untuk lebih aktif membantu sekolah, daerah dan negeri dengan alasan peluang untuk belajar di sekolah terbaik lebih cerah. Tetapi sekarang saya hanya mampu menebal muka kerana tidak mampu menjawab soalan berkenaan dengan penempatan anak-anak mereka.

Kepada pihak di Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) yang terlibat dengan urusan pengambilan pelajar diharap lebih peka dengan perkara ini. Untuk guru-guru mengajak pelajar di kelas yang cerdik agar lebih aktif dalam kokurikulum bukannya senang.

Kebanyakan mereka hanya aktif di peringkat sekolah dan tidak mahu ke peringkat yang lebih tinggi walaupun berbakat. Alasan yang diberikan oleh ibu bapa biasanya mereka tidak mahu anak-anak mereka meninggalkan persekolahan kerana terbabit dengan latihan. Memang benar, bagi pelajar yang terpilih mewakili negeri, kebiasaannya mereka akan meninggalkan sekolah sehingga dua atau tiga minggu untuk menjalani latihan pusat.

Sebagai guru biasa, saya hanya berharap pihak JPNT memandang serius perkara ini. Hubungilah sekolah-sekolah rendah di Terengganu dan tanyalah pelajar-pelajar 5A yang mewakili negeri dalam apa jua pertandingan, di mana mereka belajar sekarang. Cemerlang akademik dan kokurikulum tetapi terpaksa merayu untuk ke sekolah terbaik adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

Berilah keutamaan kepada pelajar ini sebagaimana yang dinikmati oleh pelajar-pelajar luar bandar dan miskin. Saya merasakan inilah jalan terbaik untuk menggalakkan pelajar lebih aktif. Kalaulah pelajar yang cemerlang akademik ditambah lagi dengan penglibatan di peringkat kebangsaan diberi peluang terus belajar di sekolah yang di pohon, nescaya saya merasakan ibu bapa akan berlumba-lumba menggalakkan anak-anak mereka aktif.

GURU PRIHATIN
Terengganu

4 comments:

  1. hehe. saje mencelah. aslmkm ckg

    um.. memang skrg org byk guna org dlm.
    tapi apa nak dihirau ke mana arah tuju selepas upsr. maksud saya..belajar bermula dari hati.

    saya bekas pelajar sbp. bkn semua pandai. tapi yang rajin belajar mampu berjaya. namun saya telah dipaksa untuk memasukinya..saya pun budak2 juga. saya tak suka dipaksa.

    akhirnya ..keputusan spm saya hanya cukup2 mkn.

    ~mr hyde~

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasal tu masa saya kat matrik ada yang tengok budak2 dari sbp dan mrsm tak der la pandai sangat..spm diaorang pun lebih kurang jer..keputusan saya lagi tiptop dari diorg tp kalo cakap bab sekolah memang diorang ni bangga giler sebab bersekolah dekat sbp/mrsm.ada yang berlagak pun ada padahal skorer masa kat matrik dulu budak sekolah harian biasa jer dan budak SMKA..

      Delete
  2. Memang nak masuk sekolah top sekarang kena guna orang dalam.saya pernah mohon masuk sbp tapi tak dapat.yg peliknya,kawan saya dpt 4A je upsr tapi dpt masuk walaupun dia tak aktif koku.memang kena guna kabel jugak ke?

    ReplyDelete
  3. Saya adalah produk MRSM....Nasihat saya tak payah masuk sbp or mrsm...Mengarut jer, saya dulu rasa menyesal masuk mrsm, saya adalah produk berjaya sekolah harian lepas masuk mrsm hampeh,cikgu ajar bebudak macam dah pandai gile,last2 macam struggle sendiri2....kawan saye yg keluar mrsm masuk sekolah harian saye dapat 10A spm saya plak cukup2 makan jer....Akibat macam dibiar berjuang sendri saya yg dulu motivasi tahap gaban studi pon jadi lemah di mrsm....Sistem one size fits all di sbp/mrsm telah banyak merosakan potensi budak2 utk mendapat hasil yg maksimum dalam keputusan mereka..... Sistem waktu belajar yg rigid atau berjadual waktu tak ubah macam robot n aktiviti koko yg kononnya menghasilkan student all rounded memang mengarut....kelas mula 8 pagi sampai 2petang,rehat sejam pastu sambung balik prep wajib 3-5 petang (aku perlu rehat,aku bukan robot),pastu sukan wajib keluar 5-6 petang,balik siap2 pi surau maghrib jemaah sambung prep balik 8-10.30 malam...nilah rutin ari2 aku....Pada adik2 diluar sana kalau dah ada rentak sendiri belajar yg dah terbukti berjaya mambawa kejayaan kepada adik2 sila teruskan...Jgn masuk sbp/mrsm sebab diorang dengan belagak pandainya akan memperkenalkan sistem belajar bodoh diorang tuh pada adik yang akhirnya merosakan adik2 sendiri...percayalah cakap abang nih....kalo guru adik2 tak berapa bagus disekolah, tuisyen bole jadi jalan keluar utk adik2,tapi kalau asrama,pandai2la ikhtiar sendiri....Guru di sbp sama jer cam guru sekolah harian malah tak terkejut kalo guru seklah harian lebih baik lagi dari sbp/mrsm...

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...