terima kasih buat kalian semua..

Wednesday, January 4, 2012

Guru diminta keluar wang sendiri beli kerusi meja murid !!! Apa kes !!


SAYA amat berterima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang sentiasa mengambil berat tentang keperluan murid-murid di sekolah.

Bagi persediaan Penggal Persekolahan 2012 ini, 'Touch Point' beliau ialah 1 Murid 1 Meja 1 Kerusi 1 set Buku Teks. Saya amat gembira dengan adanya 'touch point' tersebut di mana saya menganggarkan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah pun membuat pengagihan secukupnya bagi meja, kerusi dan buku-buku teks kepada setiap sekolah untuk setiap murid.

Namun begitu saya difahamkan hanya murid Tahun 1 dan Tingkatan 1 sahaja diberi keutamaan untuk mendapat kelengkapan tersebut. Jadi bagaimanakah nasib murid-murid lain di sekolah?

Saya seorang warga pendidik yang agak keliru dengan apa yang berlaku sekarang. Saya telah menghadiri Mesyuarat Guru Kali Pertama Bagi Tahun 2012 di sekolah saya di Dengkil.

Pihak pentadbir sekolah telah membuat keputusan untuk meminta guru-guru menyumbangkan RM50.00 seorang bagi menampung kos pembelian meja dan kerusi murid bagi sesi persekolahan 2012. Manakala murid pula akan diminta untuk membayar RM10.00 seorang bagi tujuan tersebut.

Menurut pihak pentadbir, keputusan ini terpaksa dibuat kerana sekolah berada dalam keadaan kritikal untuk menyediakan meja dan kerusi bagi murid.

Justeru saya masih lagi terfikir-fikir akan siapakah sebenarnya yang bertanggungjawab untuk menyediakan kelengkapan murid tersebut? Saya bukan mahu berkira tetapi saya berpendapat ada pihak yang lebih bertanggungjawab dapat menyelesaikan perkara ini.

Walaupun RM50.00 itu nampak kecil jumlahnya, janganlah kos penyediaan meja dan kerusi murid diletakkan di bahu guru kerana guru juga mempunyai tanggungan lain yang perlu diselesaikan.

GURU KELIRU
Dengkil, Selangor

3 comments:

  1. salam.. aku percaya cerita ini...Dia bagi seratus dan minta balik 50...nanti dia bagi 500.. minta balik berapa pulak

    ReplyDelete
  2. bkn benda baru, byk sekolah yg kena mintak sedekah sbb nak beli krusi meja ni. yg ada pun yg dah sama tua dgn malaysia pun ada

    ReplyDelete
  3. betul tu...guru sekarang umpama bank untuk murid2...nak kasi bagus kelas duit guru, nak hantar budak kena pakai duit guru, nak kena bg sumbangan untuk sukan, keceriaan majlis ini itu dll...

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...