terima kasih buat kalian semua..

Thursday, January 19, 2012

Juruwang pasaraya di kamunting disuruh pegang daging babi tanpa lapik !!!


SAYA adalah salah seorang juruwang (cashier) yang bekerja di sebuah pasar raya di Kamunting, Taiping. Pada tarikh 11.01.2012, lebih kurang pukul 3 petang, pihak pengurusan telah membuat mesyuarat di antara semua juruwang. Di dalam mesyuarat tersebut, pengurus kami menyatakan ada seorang pelanggan bukan Islam telah membuat aduan kepada pihak atasan mempertikaikan mengapa juruwang Melayu Islam memegang daging babi beralaskan plastik seolah-olah menghina makanannya.

Apa yang membuat kami semua terkejut, pengurus kami telah berkata, "Kenapa perlu berlapik? Jijik sangatkah? Geli sangatkah? Jangan terlalu ikutkan adat sangat. Yang bermasalah ini adalah juruwang Melayu. Kalau sudah tak boleh nak pegang, lebih baik saya mengambil pekerja bukan Melayu. Selepas ini, saya tak mahu lagi kamu semua pegang barang-barang itu beralaskan pelastik. Saya mahu kamu semua pegang dengan tangan sahaja. Jika saya dapati kamu semua buat sekali lagi, saya akan tukarkan kamu semua ke bahagian lain."

Bukan niat kami hendak menghina makanan orang bukan Islam. Menurut ajaran dan hukum Islam, daging itu adalah haram disisi agama Islam bukan setakat memakanya, malah menyentuhnya pun tak boleh. Jika tersentuh biarpun bekasnya sekali pun, ia perlu disamak.

Pengurus kami dan orang atasan kami bukan Islam. Tidakkah mereka tahu orang Islam amat sensitif dengan daging babi. Bahasanya seolah-olah mempersendakan agama Islam dan berbau perkauman. Mentang-mentanglah kami ini semuanya perempuan, tidak pandai hendak memberontak, senang benar mereka hendak mempersendakannya.

Saya cuba untuk berpakat dengan rakan-rakan kerja Melayu saya untuk melaporkan perkara ini di pejabat agama atau pihak berkuasa yang lain, tetapi mereka enggan untuk berpakat kerana takut ditukarkan atau kehilangan kerja. Inilah sifat kakitangan Melayu yang beragama Islam di sini. Hanya dengan ugutan mereka sangup menggadaikan agama demi wang.

Kita sebagai orang Islam sepatutnya mempertahankan kesucian agama kita. Tahukah mereka perkara ini tidak boleh dipandang remeh kerana membabitkan kesucian diri untuk beribadat kepada Allah SWT. Saya kecewa dengan sikap segelintir bangsa Melayu yang beragama Islam ini.

Sepatutnya pihak pengurusan pasar raya tempat saya bekerja mengadakan kaunter 'Tidak Halal' untuk scan barang-barang tidak halal dan dijaga oleh juruwang bukan Islam. Kadangkala saya terfikir, bekas diletakkan barang tidak halal di kaunter ini, kemudiannya diletakkan pula barang-barang yang dibeli pelanggan lain beragama Islam. Bagaimana tahap kesuciannya?

Saya ingin mengadukan perkara ini kepada jabatan agama atau pihak berkuasa lain, tetapi saya tidak pandai untuk membuat sendirian.

Tolonglah sesiapa yang membaca artikel ini, bantulah kami orang Islam yang ditindas di pasar raya ini, juga pelanggan Islam yang mengunjungi pasar raya ini.

JURUWANG TERANIAYA
Taiping, Perak

12 comments:

  1. pergi kat jabatan agama islam negeri dan buat report.pergi sorang pun boleh.xleh dibiarkan perkara macam ni berlaku.ingat rezeki tu bukan datang dari manusia.biasanya kes macam ni diorang cepat ambil tindakan.

    ReplyDelete
  2. Saya saya rasa sahabat sebarkan berita ini utk pengetahuan umum. Biar mereka rasa bagaimana apabila dipulau perniagaan mereka akibat memperlekehkan hukum dan juga agama Islam.

    Sebagai contoh apa yang telah berlaku semasa org Islam memboikot McD dan juga KFC dulu. Sekurang-kurangnya mereka faham dan hormat akan tuntutan agama Islam.

    ReplyDelete
  3. alo kawan,,,kasi tau la mana punya company,,,
    jangan takut lo,,belani kelana benarrr,salah misti takut punyaaaa....
    kasi tau maaa.....

    ReplyDelete
  4. kenapa tak disebut nama pasarayanya.itu lah kelemahan kita ekstrem bangat penakutnya.ingat hanya allah je pemberi rezki yg lain hanya penerima je hatta sultan brunei so...

    ReplyDelete
  5. jangan jadi bodoh... ini cubaan untuk mengapikan perkauman dan agama di Malaysia.jangan jadi batu api. masyarakat malaysia sekarang dah semakin terbuka dan saling memahami agama masing-masing.

    ReplyDelete
  6. apa nama pasaraya?sebut nama store manager.senang sikit nk ajar manusia yg kurang ajar.tak payah susah-susah.buat report polis sekali.

    ReplyDelete
  7. buat je aduan kat pejabat agama takyah ramai2 pon tak pa pi je sorang2. mcm tu la kalu nak ajar org yg masih tak paham ngan agama lain. jangan sesedap cakap aje semua org agama islam boleh buat. bukan mcm lepa tu semuanya tak kira haram ke tak semuanya sentai. ingat kita hidup berpandukan ajaran allah bukan ajaran manusia. rezeki di tangan allah bukan manusia yang berikan.

    ReplyDelete
  8. bodoh le kamu fikir le luar kotak kalau rezeki kamu tu tang situ lain kalau tak boleh belah je kalau nak jadi contoh bagi tauke tu syarat kena samak tiap kali lepas pegang babi kan cantik islam tu

    ReplyDelete
  9. ajar ini company terus pakai LAPIk tangan,buat selamba jangan takut FISABILIAH jangan takut teruskan kwn melayu yang BACUL patut dibiarkan..

    ReplyDelete
  10. Ade jugak tgk keratan akhbar yg hypermarket ni minta maaf pada pelanggan tu kalau tak salah masa CNY lepas. Ternyata pengurus tu tak menghormati agama Islam & tak peka dgn masalah sedangkan pengurus tu bole buat 1 kaunter khas bagi barangan tidak halal. Buat je report ke Jab. Agama Islam @ cari kerja lain selain sebab kebanyakan hypermarket memang takde sediakan kaunter barangan tidak halal. Sedih jugak bila tengok anak2 Melayu Islam yg jadi cashier terpaksa calculate & bungkus arak sedangkan perkara tu dilaknat Allah.

    ReplyDelete
  11. ni econsave kn?nk pakai org x?hak3.

    ReplyDelete
  12. yg larang sah pengikut kuat MCA...umno bisu x berani TEGUR ahli MCA...nanti MCA acah aje kuar BN...MULA KETAR LUTUT MCM ORANG kena penyakit gout,,,

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...