terima kasih buat kalian semua..

Tuesday, January 3, 2012

Ketahui larangan nama anak di Jabatan Pendaftaran..


KAMI mewakili kaum keturunan Kerabat Diraja Kelantan ingin menyuarakan rasa kesal terhadap Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana telah mengeluarkan arahan baru dengan tidak membenarkan penamaan gelaran "Nik" bagi kelahiran baru.

Apa yang dimaksudkan di sini adalah JPN telah tidak membenarkan penamaan gelaran "Nik" bagi kelahiran baru sekiranya ibu yang berketurunan raja bernama Tengku, Tg, Engku, Ku, Raja dan Tuan berkahwin dengan orang yang bukan berketurunan raja. JPN hanya membenarkan penamaan gelaran Tengku, Engku, Ku, Raja, Tuan, Nik bagi mewarisi gelaran sebelah bapa sahaja.

Untuk makluman umum, sebenarnya Kerabat Diraja Kelantan sejak turun-temurun menamakan anak-anak mereka dengan gelaran Tengku, Tg, Engku, Ku, Raja atau Tuan bagi mewarisi salasilah keluarga sebelah bapa dan tidak dibenarkan bagi sebelah ibu.

Namun begitu, ibu yang bergelaran disyorkan menamakan anak-anak mereka dengan gelaran "Nik" bagi menunjukkan anak tersebut berasal daripada keturunan raja-raja Kelantan.

Sehubungan itu, di sini kami mewakili kaum Kerabat Diraja Kelantan merayu agar JPN mengkaji semula perkara ini supaya ia tidak menimbulkan kekeliruan di antara rakyat jelata berkenaan gelaran "Nik" yang telah diamalkan sejak turun-temurun oleh keturunan raja di Kelantan.

Begitu juga dengan orang Cina, mereka juga ada pengenalan tersendiri sekira keturunan mereka daripada keturunan Lee, anak-anak mereka akan bermula dengan gelaran Lee. Yang menimbulkan persoalan kenapakah JPN tidak pula mempersoalkan keturunan Cina pada gelaran anak-anak mereka?

Adakah JPN Malaysia lebih awal wujud daripada kesultanan Melayu? Kenapakah JPN tidak merujuk kepada majlis raja-raja terlebih dahulu mengenai perkara ini sebelum sesuatu arahan dikeluarkan?

Kami sengaja mendedahkan di sini agar semua rakyat Malaysia tidak buta sejarah dari manakah bermulanya gelaran 'Nik'.

Semoga dengan apa yang dijelaskan di sini membuka minda semua rakyat Malaysia tentang kesenian kerabat diraja Kelantan dan kami mengharapkan JPN mengkaji semula arahan yang telah dikeluarkan itu.

KERABAT D'RAJA KELANTAN
Kota Bharu

1 comment:

  1. aku pon dah terkena.
    sebelom ni elok je.
    aku ada call dia ni Nik Hassan Fauzi Bin Nik Abdullah - Penolong Pengarah tp cakap berlagak nak mampos.

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...