terima kasih buat kalian semua..

Saturday, January 14, 2012

Pelanggan kecewa perkhidmatan Bank Islam..


Saya merupakan seorang pelanggan Bank Islam sejak dari tahun 2009. Pada awalnya saya merupakan pelanggan bank konvensional terkemuka di negara ini, tetapi setelah disedarkan oleh beberapa tokoh agama mengenai produk perbankan islam menyebabkan saya memilih Bank Islam untuk urusan kewangan saya.

Pada bulan Disember 2011, saya memohon produk KAD DEBIT VISA di Bank Islam Kepala Batas Pulau Pinang untuk memudahkan urusan kewangan saya. Namun pihak Bank mencadangkan saya untuk membuka lagi satu akaun bernama Al-Awfar untuk mendapatkan kad tersebut. Saya bersetuju untuk membuka akaun tersebut setelah didesak oleh pihak bank dengan pelbagai ganjaran lumayan.

Saya menyemak akaun setelah memperolehi kad debit tersebut dan potongan RM10.00 dikenakan untuk kad tersebut. Saya akur caj yang dikenakan ini memandangkan kad baru dikeluarkan kepada saya.

Setelah itu saya cuba untuk melakukan transaksi kad debit tersebut di sebuah pasaraya namun malangnya kad tersebut tidak dapat digunakan. Saya terus ke mesin ATM terdekat untuk mengeluarkan tunai tetapi turut gagal. Saya mengesyaki kad saya mengalami masalah tetapi urusan kewangan saya tetap tidak dapat dilakukan memandangkan bank cuti sempena perayaan Krismas. Saya terpaksa meminjam wang daripada individu lain kerana saya terpaksa bergegas ke Pulau Langkawi atas urusan peribadi. Saya ke Bank Islam cawangan Kuah Langkawi untuk menyelesaikan masalah ini namun hampa apabila pihak bank mencadangkan saya kembali ke Bank Islam Kepala Batas untuk meyelesaikan masalah ini.

Sebaik pulang ke Kepala Batas, saya terus ke Bank Islam untuk meyelesaikan masalah ini namun sekali lagi hampa apabila pegawai bank menyuruh saya membuat kad baru dan sekali lagi caj kad RM10 dikenakan kepada saya. Saya memaklumkan kepada pegawai mengenai masalah kad tersebut namun pegawai tersebut menyalahkan saya kononnya saya yang merosakkan kad tersebut. Kecewa dengan layanan biadap pegawai tersebut saya berniat untuk menutup akaun Al-Awfar. Pegawai tersebut mengalu-alukan penutupan akaun tersebut dan menyuruh saya berjumpa dengan pegawai lain yang bertugas dalam urusan penutupan akaun. Tidak cukup dengan itu caj RM20 juga akan dikenakan jika saya meneruskan niat menutup akaun tersebut.

Mujurlah seorang pegawai bank kerkopiah putih di situ cuba memahami masalah saya dan cuba menyelesaikan masalah saya dengan pendekatan yang agak baik iaitu memindahkan wang dalam Akaun Al Awfar tersebut ke akaun gaji saya. Urusan itu dilakukan tanpa dikenakan caj dan masa 3 bulan diperlukan untuk menutup akaun Al Awfar tersebut.

Slogan ‘customer is always right’ langsung tidak boleh dipakai dan ditukar kepada ‘Bank is always right’ di Bank Islam. Memakan harta orang lain dengan cara yang batil adalah haram di sisi Islam. Sangat mengecewakan apabila Bank Islam yang menggunakan nama Islam mempamerkan imej dan perkhidmatan yang lebih ‘konvensional’ daripada bank-bank konvensional sedia ada.

Saya berharap pihak pengurusan Bank Islam dapat melakukan penambahbaikan dalam memperbaiki mutu perkhidmatan Bank Islam. Elakkan daripada menindas dan menyusahkan pelanggan-pelanggan anda. Latih pegawai-pegawai anda supaya lebih berhemah dalam bidang tugas mereka dengan pelanggan. Sebagai sebuah bank yang menggunakan Islam sebagai namanya harapan saya semoga servis Bank Islam lebih ‘Islamik’ selepas ini.

Muhamad Shahabudin Hassan, Pulau Pinang

18 comments:

  1. Betul tu , Pusat Kad Kredit berpindah ke HQ tak dimaklumkan kpd pelanggan . Saya pergi ke Bgn Pernas tempat pusat kad itu , tutup . Ada notis boleh berhubung dgn cawangan berdekatan . Kita jalan 2 kilometer ke Maju Holding , cawangan telah ditutup .Itu pun org Tabung Haji bagitau , pakcik kena pergi Jalan Dungun . Apa Jalan Dungun itu dekat kah? Org pencen mcm pakcik , dtg dari Nilai suruh pergi ke satu tempat di luar kawasan pusat bandaraya . Lepas tu , ada kesempatan , pergi ke cawangan BB Bangi , suruh kita pergi Jln Dungun juga . Katanya ,pihaknya tiada boleh membantu dgn menghantar kad yg rosak . Langsung tak belas kasihan pd pelanggan . Belajarlah pd bank yg lain . Pakcik nak ambil kad dr bank lain asalkan berteras Islam ..bukan pd kata2 .TK

    ReplyDelete
  2. SANGAT SETUJUUUUUUUUUUUUU KAMI PERNAH KENA KAT BANK ISLAM KUALA TERENGGANU.

    ReplyDelete
  3. Nama saja bank islam tp budaya kerja pegawainya teruk drp bank konvesional

    ReplyDelete
  4. dlm isu perbankan ini, islam hanyalah nama lain utk konvensional. ada bangkangan?

    ReplyDelete
  5. Reality in business..
    Owner always RIGHT!!.,,
    hahahha

    ReplyDelete
  6. Saya ada sedikit masalah dgn ATM Bank Islam, so saya pergilah ke kaunter ( Bank Islam Jalan Sultanah, Alor Setar) yang di sediakan di ruang legar. Bila saya kemukakan pertanyaan (kpd kakitangan lelaki yg ada di situ), jawapannya tiada langsung kata sopan or politeness. Aik! Mana perginya ciri ciri Islam? Malas nak layan@ bertekak.
    Kalau dibandingkan dgn bank konvensional yg lain....bagai langit dengan bumi. Sorry! Itu kenyataan.

    ReplyDelete
  7. Last week, saya ada sedikit masalah dgn ATM saya (Bank Islam Jalan Sultanah, Alor Setar)so, saya pergilah ke kauter. Bila diajukan pertanyaan, staff lelaki yg ada di situ layan kita mcm kita ni minta sedekah. Aikk! Terbalik pulak. Employlah staff yag benar benar nak bekerja. Kata Bank Islam! Pertingkatkan kualiti staffs agar Bank Islam benar benar reflects keislamannya.Malas layan @ bertekak, saya balik.

    ReplyDelete
  8. org bengong jer berurusan dgn bank I.....

    ReplyDelete
  9. Orang bengong jer berurusan dgn Bank I......

    ReplyDelete
  10. memang pun mengalahkan bank yahudi,haprak,nak tukar duit baru dan smpul hari raya mesti ada akaun

    ReplyDelete
  11. Bagus juga kita bangkitkan ketidakpuashatian kita pada pihak bank ni. Supaya mereka sedar, pelanggan lah yg memberi mereka wang dan business dan bukan sebaliknya!

    ReplyDelete
  12. Sila ambil perhatian bank Islam!

    ReplyDelete
  13. bank islam mmg teruk, kalo ada tertunggak bayar keta sebulan lebih dia call ckp mintak bayar x sampai 3 ari dah dapat surat lawyer mintak bayar bg pihak bank islam dlm masa 7@14 ari berserta denda 20 kalo lewat sket bayar dr tarih dapat surah mahkamah lg.. yang 2 dah kompom2 kena bayar 500 katanye caj mahkamah.bila call center main pasing2 orng sampai 5 org.. pas tu ckp nanti dia call.. apa pun tarak.nasihat aku la sape2 nak berurusan dengan bank islam pikir la banyak kali. bukan nak menjatuh tp mmg bank paling teruk penah aku berusursan.

    ReplyDelete
  14. Memang Bank Islam menipu.. Dh la makan harta secara batil.. Bila nk settlement loan byk kerenah, birokrasi, alasan etc.. Menyesal berurusan dulu... Mmg siyee...

    ReplyDelete
  15. aku pon nak l3paskan geram jugak nih,bank islam babi,...dosa free je aku dapat,habi,anak haram jadah....xpuas hati lagi nih,pukimak betol...errggghhhhhhh....

    ReplyDelete
  16. aku ada experienced yg teruk dengan bank islam.. seriously mula2 perkenalkan produk mmg baek cam malaikat.saya amik personal loan so that ak entilted for dia punya kad credi. The problem is bila overdue dia call mintak duit mcm along. bukan islam tu yang call cakap main lepas je plak. Then ak submit form tuk restructure the balance, sebab ak operation and kad tu tertunggak lama.. pastu every end month mintak bayar dgn amount yang tinggi while waiting for high management approval. even ak antar awal pun x guna, sebb dorang cam buat keje. Bayar2 pn x sudah2, asyik waiting for approval jek.. korang x buat keje customer kena tanggung lebih.. WTF!!

    ReplyDelete
  17. bank islam mmg bangang..duit akaun gaji aku depa blh ambik ikut sedap mak bapak dia jer tanpa dimaklum trlebih dahulu...akaun gaji btol2 rasa tak selamat n privacy..aku pun tunggu loan alu habis jer lps tu nak bye bye terus kat bank haprak ni..

    ReplyDelete
  18. Malaon mana la yg approved lanun2/haprak/bapak along ni guna nama Islam. Nabi dan sahabt berkorban jiwa raga nak naikkn nama Islam tiba akhir zaman ni si malaon2 ni abused nama islam sesuka hati utk peras duit org. Celaka betul.

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...