terima kasih buat kalian semua..

Monday, January 30, 2012

Penerima Pingat JPP: bila nak dapat elaun RM 1,000 sebulan seperti yg dijanjikan???


SEMPENA Sambutan Hari Pahlawan 2011, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa semua penerima Pingat Jasa Perkasa Persekutuan (JPP) layak menerima elaun sebanyak RM1,000 sebulan seumur hidup bermula dari Januari 2009, sama seperti penerima pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) serta Pingat Gagah Berani (PGB).

Kami yang berpendapatan cukup-cukup sahaja menerima berita tersebut dengan perasaan yang sangatlah bersyukur. Hari demi hari, minggu dan bulan berganti, kami bersabar sahaja menunggu, namun tiada apa-apa perkembangan.

Kami pun menghubungi pegawai Jabatan Perdana Menteri (JPM) Bahagian Istiadat, tetapi jawapan diterima agak mengelirukan. Pihak JPM minta kami menunggu kerana kerajaan belum meluluskan elaun itu. Kami sebagai penerima pingat tersebut tidak faham, apa kedudukan sebenarnya.

Nak minta untuk lulus elaun pun makan masa bertahun, apabila dah lulus tapi bayaran pula belum tentu lagi. Rata-rata penerima pingat ini adalah yang telah lanjut usia dan berpenyakit. Sekurang-kurangnya dengan wang tersebut, bolehlah kami mendapatkan rawatan.

Kami tahu kerajaan sentiasa menghargai jasa pihak yang telah bersusah payah untuk negara. Kami cuma inginkan kepastian, apakah kedudukan yang sebenarnya?

MENUNGGU SAMPAI TUA

1 comment:

  1. Biar saya jawab bagi pihak yang berkenaan...Jawapannya...Tuan2 yg telah menerima pingat JPP KENA KENCING. Sebenarnya Tuan2 dipergunakan untuk Pilihanraya ke 13 nanti...Kalau Tuan2 tak faham2 jugak....x tahu apa nak cakap dah...

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...