terima kasih buat kalian semua..

Sunday, January 8, 2012

Saya hanya melakukan hubungan bersama suami sebanyak tujuh kali setahun.... Adakah ini normal???


SAYA seorang wanita yang telah berkahwin selama hampir empat tahun dan belum mempunyai cahaya mata. Pada pengiraan saya, untuk sepanjang tahun 2011 ini, saya dan suami telah melakukan hubungan suami isteri sebanyak tujuh kali. Adakah ini normal?

Terima kasih.

K,Skudai

JAWAPAN:

Puan K, terima kasih di atas soalan yang dipersoalkan. Daripada soalan di atas, apa yang saya fahami bahawa Puan hanya melakukan hubungan seks bersama suami sebanyak tujuh kali sahaja dalam setahun. Hubungan seks yang normal adalah dalam dua hingga tiga kali seminggu. Walaupun begitu, kejayaan untuk hamil adalah bergantung kepada proses pengovulan (proses bertelur), hubungan seks sewaktu subur, bilangan dan pergerakan sperma (benih suami) yang normal, tiada penyumbatan pada salur falopio dan juga persekitaran rahim yang normal. Disebabkan kekerapan hubungan seks yang dilakukan adalah amat jarang jarang sekali, maka keberangkalian untuk hamil adalah amat rendah. Saya mengharap agar Puan K dapat menjalani hubungan seks yang lebih kerap dan sebaik-baiknya sewaktu subur.

Sewaktu wanita berada di peringkat subur dan melakukan hubungan seks, maka sperma akan memasuki faraj atau vagina pada masa yang tepat, sperma ini akan dilindungi daripada persekitaran faraj yang berasid. Hal ini dapat memelihara sperma daripada lendiran mukus semula jadi. Biasanya, jutaan sperma akan cuba memasuki faraj tetapi beberapa ribu sahaja berjaya melalui pangkal rahim dan seterusnya menuju ke rahim atau uterus.

Persenyawaan

Daripada ribuan sperma itu, hanya ratusan yang berjaya memasuki salur falopio untuk bertemu dengan pasangannya, iaitu ovum yang sudah bersiap sedia menunggunya di bahagian ampula. Antara faktor yang mempengaruhi sama ada sperma itu berjaya sampai kepada ovum termasuklah kebolehannya untuk berenang dan pergerakan rerambut halus (silia) yang terdapat pada salur falopio. Pergerakan silia ini akan membantu sperma untuk sampai kepada ovum.

Kuantiti sperma yang diejakulasi ke dalam faraj. Secara purata, sebanyak tiga milimeter air mani yang akan diejakulasi ke dalam faraj. Terdapat 60 juta sperma dalam satu milimeter air mani. Dengan kata lain, hampir 200 juta sperma akan memasuki faraj semasa proses ejakulasi berlaku. Tetapi hanya satu sperma yang diperlukan untuk proses persenyawaan. Sekiranya, bilangan sperma di bawah aras 20 juta per milimeter, maka peluang untuk hamil adalah rendah.

Waktu sesuai untuk melakukan hubungan seks.

Sperma dapat hidup dalam mukus (lendir) pangkal rahim antara 48 hingga 72 jam. Justeru itu, hubungan seks hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya pada selang sehari semasa waktu subur. Hal ini kerana ovum hanya boleh disenyawakan dalam masa 12 hingga 24 jam setelah dikeluarkan, maka amatlah penting untuk sperma berada di luar ampula untuk menunggu masa bersenyawa dengan ovum. Dengan kata lain, waktu yang amat sesuai untuk melakukan hubungan seks adalah sebelum proses pengeluaran ovum atau pengovulan. Bagi wanita yang mempunyai kitar haid selama 28 hari, masa yang sesuai adalah bermula pada hari ke-11 hingga hari ke-16. Jika hubungan seks berlaku setelah proses pengovulan, peluang untuk hamil adalah rendah.

Hubungan seks yang kerap dan pada waktu yang tepat tidak mencukupi.

Waktu subur

Hubungan seks amatlah penting dilakukan pada waktu subur. Waktu subur dapat dikira dari jarak masa kitar haid yang sebelumnya, melalui carta suhu, atau melihat perubahan kelikatan mukus (lendir) pangkal rahim. Sperma perlu berada di dalam salur falopio pada waktu subur kerana ovum hanya dapat bersenyawa untuk beberapa jam, iaitu 48 hingga 72 jam. Dengan mengadakan hubungan seks sekurang-kurangnya pada hari ke-11 dari kitaran haid bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang normal, maka peluang persenyawaan berlaku adalah tinggi. Pada hari-hari berikutnya, kekerapan hubungan seks boleh dilakukan mengikut kehendak pasangan masing-masing. Menahan diri daripada melakukan hubungan seks sebelum waktu subur bagi tujuan menambahkan bilangan sperma dan meningkatkan kesuburan hanyalah suatu mitos. Bilangan sperma akan meningkat tanpa melakukan hubungan seks selama dua hingga tiga hari, tetapi ramai lelaki yang subur boleh menghasilkan jumlah sperma yang mencukupi melalui hubungan seks dengan lebih kerap. Terdapat dua sebab pasangan suami isteri tidak melakukan hubungan seks dalam jangka masa yang lama. Pertama, risiko terlepas waktu pengovulan dan kedua, sperma akan menjadi kurang aktif. Oleh itu, penting untuk mengagak masa pengovulan berlaku supaya hubungan seks dapat dilakukan dua hingga tiga hari sebelumnya. Turut diberikan perhatian ialah kehadiran sperma yang subur dan bersedia untuk bersenyawa sebaik sahaja ovum dikeluarkan.

Wanita tidak perlu baring selepas hubungan seks dilakukan. Persenyawaan terjadi apabila sperma sampai ke salur falopio dan bersenyawa dengan ovum. Kehamilan berlaku daripada hubungan seks dalam pelbagai posisi. Pergerakan sperma tidak bergantung pada posisi tertentu yang harus dikekalkan oleh wanita. Oleh itu, wanita tidak perlu untuk berbaring di atas katil atau berehat seketika setelah melakukan hubungan seks. Menurut petua orang tua, dengan meletakan bantal di bawah punggung atau menaikkan kaki selepas selesai melakukan hubungan boleh membantu dalam proses persenyawaan adalah kurang tepat.

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...