terima kasih buat kalian semua..

Monday, January 9, 2012

Tak puas hati pasal SBPA !!


Saya terpanggil untuk menulis di ruangan ini bagi melahirkan rasa tidak puas hati terhadap Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam atau SBPA, yang telah diumumkan baru baru ini.

Sebagai penjawat awam yang setia, kami secara 'paksa rela' menurunkan tandatangan persetujuan di atas skim gaji baru ini walau pun terkilan dengan kadar kenaikan gaji yang ditawarkan.

Sebenarnya ramai kakitangan kerajaan yang senior tidak mendapat kadar kenaikan gaji yang sama seperti yang dinikmati oleh penjawat yang lebih junior. Skim gaji SBPA hanya menguntungkan golongan tersebut.

Mereka mendapat longgokan kenaikan gaji yang mendadak dari tangga gaji skim lama ke tangga gaji baru SBPA di mana mereka diletakkan tangga gaji permulaan sebaris dengan mereka yang telah lama berkhidmat.

Golongan penjawat awam yang paling terkurang kenaikan gaji dalam skim baru ini adalah mereka yang telah berada di penghujung tangga gaji skim lama.

Saya adalah pegawai perubatan pakar yang telah berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan sejak tahun 1995 dan menjawat jawatan pakar pada tahun 2003 dengan tangga gaji UD41.

Kebanyakan daripada kami mengambil masa enam hingga tujuh tahun sebelum dinaikkan pangkat ke UD54 sekarang, berbanding dengan pakar pakar junior yang hanya mengambil masa dua hingga tiga tahun sebelum di naikkan ke tangga UD54 berdasarkan promosi 'tempoh perkhidmatan' atau 'time based' pada tahun 2010. Kenaikan pangkat yang mendadak ini telah meletakkan pakar perubatan senior sebaris dengan pakar perubatan junior.

Ramai di antara pakar pakar senior ini juga melanjutkan latihan di bidang sub-kepakaran masing masing. Walau pun saya dan rakan sejawat mempunyai skil sub-kepakaran dan penambahan bidang tugas yang lebih khusus, ini sebenarnya tidak menambahkan peluang kami untuk kenaikan pangkat atau tawaran gaji yang lebih baik, apatah lagi dengan system SBPA ini yang menyukarkan kenaikan pangkat lebih tinggi seperti Jusa.

Dalam sistem SBPA, semua pakar akan diberi kenaikan gaji bermula dengan tangga UD1-T1 kecuali mereka yang berada di peringkat Jusa dengan kenaikan gaji yang berlainan.

Berdasarkan laporan media dan kenyataan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kenaikan gaji kakitangan awam adalah sekitar tujuh hingga 13 peratus sahaja. Ini adalah tidak tepat kerana bagaimanakah hendak menjelaskan situasi seperti berikut: Kami golongan pakar yang senior yang telah berada di penghujung skala gaji lama hanya menikmati kenaikan sekitar 3.9 peratus sedangkan ada kakitangan yang jauh lebih junior menikmati kenaikan gaji melebihi 30 peratus.

Bagi golongan Jusa ada yang mencecah 70-80 peratus daripada gaji asas mereka. Contoh yang ketara adalah seorang pakar junior yang berada di tangga gaji lama RM5,465.42 (P1T2). Selepas Januari 2012 ini, gaji beliau akan bermula di skala UD1-6T1 RM7,061 iaitu lebih 30 peratus kenaikan. Bagi kebanyakan kami yang berada di P1T8 kenaikan gaji sebenarnya tidak melebihi RM300 .

Kami tidak menyimpan sebarang perasaan irihati terhadap rakan rakan sejawat yang lebih junior yang telah menikmati kenaikan pangkat yang lebih cepat dan kenaikan gaji yang lebih lumayan. Tetapi perasaan kecil hati, terkilan dan merasai khidmat kami yang bertahun-tahun setia dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak mendapat penghargaan yang sewajarnya tetap ada.

Tidak dinafikan ada di kalangan kami yang telah atau akan meninggalkan KKM kerana tawaran yang lebih lumayan di luar sana, namun masih ramai lagi golongan pakar senior ini yang ingin meneruskan khidmat bakti kepada masyarakat yang lebih memerlukan.

Malah kami juga memikul bertanggung jawab melatih dan menyelia pegawai perubatan, pegawai perubatan siswazah, terlibat dalam aktiviti aktiviti penambahbaikan perkhidmatan seperti ISO, akreditasi, KPIs, projek kualiti, penyelidikan dan sebagainya.

Perasaan yang sama juga diluahkan oleh sebahagian besar golongan kakitangan bawahan seperti jururawat, pembantu perubatan, pembantu kesihatan dan gologan sokongan yang lain.

Saya berharap pihak berwajib mengkaji semula cara pelaksanaan SBPA dan mengharap keadilan untuk semua peringkat golongan kakitangan kerajaan tidak kira di kementerian mana pun mereka berada.

PAKAR PERUBATAN TERKILAN
Kuala Terengganu

8 comments:

  1. bukan hanya golongan atasan yang menghadapi senario seperti ini, jika dinilai dari skel gaji itupun, kumpulan senior pada gred 52/54 menerima kenaikan gaji mececah rm1000++ manakala bagi golongan kumpulan pelaksana seperti saya hanya mendapat kenaikan gaji rm 71! tak sampai seratus pun...

    sejujurnya, SBPA hanya menguntungkan kumpulan premier (esp. Jutawan Utama Sektor Awam @ JUSA) yang menikmati kenaikan gaji melebihi 80%!... dan jawapan diterima ialah - kerana JUSA JAUH LEBIH PENTING DARI KUMPULAN LAIN... standardlah tu, bos ajer yang penting, kuli tu makan hati pun takeper kan...

    ReplyDelete
  2. Tuan Blog...
    Memang saya tidak puas hati kerana JPA lebih sudu dari kuah dan ENGKAR kata-kata PM DS Najib semada belanjawan dibacakan. DS Najib kata kenaikan gaji sekitar 7-13 peratus sahaja. Alih-alih mereka lebih pandai dari PM kita.

    Sebagai contoh GRED 54 pemula gaji SSM P1T1 hanyalah RM5100 alih-alih dalam SBPA P1T1 menjadi RM7100. Berapa ribu dan berapa peratus kenaikan tersebut. Banyak cerdik JPA buat pengiraan. Ingat kata PM kita hanya 7-13 peratus, ini sekadar satu contoh gred belum kita sentuh yg gred JUSA/VK dan Turus lagi. Perkara ini perlu disiasat dan jika ada penyelewengan JPA perlu dikenakan surcharge jika didapati salah engkar bacaan PM semasa belanjawan, MAU bangkrap negara kalau begini.

    oleh
    Kabin-Krian

    ReplyDelete
  3. saya jururawat u29..memang betul apa yg dperkatakan.x faham mcm mana kiraan dibuat? saya hnya naik rm80 sedang juniar naik 200..dah sama gaji.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soal siapa dapat gaji lebih atau kurang tidak perlulah di persoalkan, itu adalah kehendak Allah. Rezeki yang kita semua dapat datang daripada Allah jua.

      Dapat makan, tempat tinggal dan mendapat keperluan asas untuk hidup sudah lebih dari cukup untuk kita semua beribadat kepadanya (Allah). Syukur kepada Allah yang memberikan saya semua itu.

      Ada sebab kenapa sesetengah orang itu diberi rezeki lebih dan sesetengah diberi rezeki kurang. Itu adalah salah satu bentuk ujian daripada Allah.

      Rul

      Delete
    2. orang jawab tak guna kepala otak tapi kepala lutut.

      Delete
  4. Itulah pemikiran manusia, sifat tamak, dengki dan penyakit hati yang dikaburi oleh kemewahan harta dan kecintaan kepada dunia yang menyebabkan manusia tidak bersyukur dan sanggup menghina, mengumpat, mengutuk orang lain.

    Syaitan telah menjadikan duit dan harta sebagai alat untuk menjadikan manusia saling bergaduh, akhirnya manusia yang tamak itulah yang gagal dengan ujian yang diberikan daripada Allah.

    Redha dengan apa yang kita semua dapat dan bersyukur kerana kita mesti yakin bahawa setiap manusia itu telah ditetapkan rezeki daripada Allah, cukup untuk kita hidup di dunia untuk beribadat kepadanya (Allah).

    Fikirlah menggunakan akal, jangan menggunakan nafsu semata2 mata.

    Rul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini bukan isu tamak dan dengki. Ini isu keadilan. Sebelum membuat kenyataan tak berasas bacalah artikel di atas dan fahami dengan minda terbuka. Pakar perubatan senior yang telah menyumbang tenaga bertahun-tahun mahu diri mereka di hormati & diberi ganjaran setimpal dengan kerjaya mereka. Untuk mencapai tahap mereka, banyak pengorbanan yang telah dilalui seperti meneruskan pembelajaran ketahap yang lebih tinggi walaupun ada yang tidak di bayar gaji. Buku-buku dan journal perubatan bukanlah murah dan dengan kos kehidupan yang semakin meningkat, pakar-pakar ini terus menghadapi cabaran untuk memperbaiki diri untuk terus berkhidmat untuk ummah. Janganlah perkecilkan niat murni mereka ini.

      Pakar-pakar perubatan memang bersyukur dengan rezeki yang dianugerah oleh Allah. Malah ramai juga yang menyumbang rezeki mereka kepada Zakat, dan juga kepada badan-badan yang memerlukan bantuan sama ada dalam bentuk kewangan atau bakti.

      Sekian, wasalam.

      Delete
  5. mmg kita semua percaya rezeki dtg dr Allah. Tp dlm konteks sbpa, ia digubal, disusun dan ditetapkan oleh manusia. pihak yg btanggungjawab sepatutnya bersifat telus dan adil dlm melaksanakan tugas mrk. Kajian perlu terperici dgn mengambil kira byk aspek. logiknya pun, SENIOR patut dpt lbh dr JUNIOR ats byk faktor.

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...