terima kasih buat kalian semua..

Sunday, January 8, 2012

Wahai perempuan, siapakah kawan kamu???



BARU-baru ini ketika sedang menikmati roti canai dan teh tarik di sebuah restoran di Shah Alam, Bro terpandang sekumpulan gadis sedang berbual.

Perbualan mereka rancak sekali sambil diiringi dengan ketawa dan kesemua mereka menghisap rokok tanpa mempedulikan orang sekeliling.

Bro sebenarnya tidak kisah mereka hendak menghisap rokok, bukan mereka minta duit Bro pun tetapi Bro terfikir bagaimana moral di kalangan gadis Melayu semakin merudum.

Dalam masa yang sama Bro terfikir masih relevan lagikah senikata lagu Siapa bilang gadis Melayu tak menawan, tak menarik hati...

Bro percaya semua ini bergantung kepada siapa mereka berkawan kerana Saidina Ali ra pernah berkata, Kalau kalian ingin melihat keperibadian seseorang lihatlah bagaimana teman-temannya.

Seperti semua orang tahu perempuan ini memang mempunyai pelbagai jenis kelompok kawan, ada yang geng mengumpat, ada geng beli-belah, ada geng pergi pusat kecantikan dan ada geng hisap rokok. Itu belum lagi ambil kira geng karaoke!

Bagi Bro, semua geng-geng ini tidak ada faedahnya tetapi itulah kelompok paling ramai dalam golongan perempuan.

Bagi geng mengumpat, kerja mereka tidak ada kerja lain, mengumpat aje kerjanya siang dan malam, pagi dan petang, mereka ini selalu menjadi ‘pengulas terbaik’ ada saja mereka nak komen fasal orang lain.

Perempuan macam ni bila bangun pagi yang dia fikir siapa nak menjadi mangsa umpatannya. Tambahan pula sekarang ini ada ‘BBM’ – lagi la senang buat dosa kering!

Paling Bro kecewa sebab kebanyakan mereka ini bertudung, tutup atas bawah tapi mulut ternganga asyik nak mengumpat aje sedangkan ia perbuatan ibarat memakan daging saudara sendiri.

Fasal geng beli-belah atau ‘kaki shopping’ Bro tak kisah kalau mereka tu bujang, lantak pi la mereka hendak beli satu lori pun barang-barang tetapi yang Bro kisah ialah isteri orang yang mempunyai tabiat macam tu.

Puak macam ni tak boleh tengok ada pesta sale sikit mula kelam-kabut mintak duit suami untuk ikut kawan-kawan pi shopping, kalau suami tak bagi mulalah ‘tarik muka 14’.

Bro dah tengok macam mana perangai perempuan gila shopping ni, mereka ni kadang kala nak bergaya lebih tetapi duit tak ada atau bak kata orang cukup-cukup makan.

Melampau

Bagi Bro kalau pun mereka beli-belah guna duit sendiri pun tak betul juga kalau ia sudah mencapai tahap melampau. Kalau nak beli-belah pun biarlah berpada-pada dan beli apa yang perlu saja.

Bro pernah diberitahu oleh seorang kawan bagaimana isterinya merajuk bila dia tak bagi duit untuk shopping.

Menurut kawan Bro tu, dia bukannya tak pernah bagi duit tapi isterinya itu terlalu ikut kawan-kawan, apa mereka beli dia pun nak beli.

‘‘Suami mereka boleh la, kaya-kaya belaka, aku ni sekadar cukup makan saja, Bro, macam mana nak bagi duit dia ‘shopping selalu,’’ cerita kawan itu.

Kepada isteri macam ini, insaf-insaflah reda dengan apa juga rezeki yang diberi oleh Allah SWT, jangan melampau, tak kan orang beli kereta kita pun nak beli kereta, akhirnya yang susah suami kita juga.

Satu lagi geng suka pergi pusat kecantikan, semua tempat mereka jelajah gara-gara nak cantik punya fasal dan ada pula yang nak kurus.

Ok la kalau mereka hendak cantik demi untuk menarik perhatian suami, tetapi Bro harap mereka tak berbuat demikian semata-mata untuk nampak cantik dan menjadi perhatian orang lain.

Tetapi Bro rasa kalau nak cantik tak payahlah naik turun pusat kecantikan atau beli kosmetik mahal-mahal, apa paling mustahak mengekalkan kecantikan semulajadi dan jaga budi pekerti.

Kalau asyik pergi ke pusat kecantikan tetapi balik rumah perangai macam ‘singa betina’ pun tak guna juga. Sebab itulah kena utamakan kecantikan dalaman dan bukan luaran semata-mata.

Namun begitu dalam banyak-banyak kelompok perempuan berkawan, geng hisap rokok paling tidak berfaedah. Tak payahlah nak beri alasan kononnya hendak menenangkan fikiran.

Bro menyampah betul bila tengok geng perempuan hisap rokok tanpa mempedulikan orang sekeliling, mereka seolah-olah bangga dengan perbuatan itu atau berpendapat, ‘aku punya pasal la nak hisap apa pun’.

Memanglah perempuan ada hak nak hisap apa pun, rokokkah, curutkah rokok daun atau apa saja tetapi hormatilah orang.

Perempuan macam mana sekali pun kena jaga kesopanan dan tata susila. Ini kerana Allah SWT menjadi perempuan itu sebagai hamba-Nya yang penuh kelembutan, sebab tu perempuan mudah menangis bila hati tersentuh.

Ada orang bagi tau Bro, perempuan yang hisap rokok ni nafsunya kuat, Bro pun tak pasti sebab tak pernah ada hubungan dengan perempuan seumpama itu, tetapi kalau perhatikan cara puak-puak ni berpakaian ‘hujah’ itu boleh diterima.

Oklah setakat ni dulu coretan Bro dan sebelum mengundurkan diri Bro nak memperingatkan mengenai sebuah hadis yang mana Rasulullah SAW bersabda; Seseorang itu dipengaruhi oleh agama teman-temannya, oleh itu berhati-hatilah dengan siapa kita bergaul.

Kucing Jantan

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...