terima kasih buat kalian semua..

Friday, February 10, 2012

Khutbah Jumaat jangan panjang...15 minit cukup laa...


KHUTBAH Jumaat tidak harus terlalu panjang sehingga melebihi setengah jam. Ia menyebabkan jemaah mengantuk dan tidak khusuk mendengar.

Bacaan ringkas tetapi padat dengan kata-kata perangsang serta petikan nasihat dan dibaca dengan lancar dengan suara bersemangat adalah lebih baik.

Masa untuk khutbah sepatutnya dalam lingkungan 15 minit sahaja. Ramai antara jemaah adalah kakitangan kerajaan dan juga pekerja swasta yang sentiasa mengejar masa untuk bertugas semula pada pukul 2.45 petang.

Begitu juga dengan bacaan dalam sembahyang, terutama solat Jumaat, sebaik-baiknya ayat lazim sahaja. Tidak perlu ayat panjang kerana ramai antara jemaah juga ada yang sudah lanjut usia dan sakit.

Pihak masjid juga seharusnya menyediakan ruang khas untuk kanak-kanak yang belum baligh agar nampak kemas dan berdisiplin.

Dicadangkan juga agar setiap kariah masjid dipasangkan beberapa CCTV untuk memantau agar barang berharga tidak menjadi mangsa kecurian di samping dapat mengesan perkara yang tidak diingini berlaku di tempat ibadah.

SYED ABDULLAH
Seremban

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...