terima kasih buat kalian semua..

Thursday, March 8, 2012

Apa kata kerajaan hanya ambik guru-guru yang boleh menulis dan membaca jawi sahaja mengajar di Sekolah Kebangsaan??


TINDAKAN Dong Zong yang ingin mengadakan perhimpunan pada 25 Mac ini seperti mana yang dipetik dalam Utusan Malaysia pada 1 Mac 2012 dilihat seolah-olah begitu bersifat rasis.

Kumpulan itu mahukan kerajaan menambah jumlah guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dengan meletakkan syarat bahawa hanya guru-guru yang boleh berbahasa Mandarin dan pada masa yang sama mendesak kerajaan segera menukar guru yang tidak tahu berbahasa Mandarin.

Dong Zong juga pernah membantah pemberian jawatan tinggi kepada guru yang tidak tahu berbahasa Mandarin di SJKC.

Mereka menekankan bahawa hanya guru yang mempunyai kelulusan kepujian dalam mata pelajaran bahasa Cina sahaja yang layak mengajar di SJKC.

Masalahnya sekarang, pada ayat mana pula dalam Perlembagaan atau dasar pendidikan yang menyatakan larangan guru-guru yang tidak berkemahiran bahasa Mandarin mengajar di SJKC?

Jika sekiranya gesaan tersebut hanya menjurus kepada keperluan guru bagi subjek bahasa Cina sahaja memang ada logiknya, tapi adakah penolakan dan penetapan syarat bagi semua guru yang mengajar di SJKC bagaikan ada suatu motif yang tersebunyi?

Adakah ini 'bahasa halus' atau agenda tersembunyi Dong Zong untuk 'menendang' keluar guru-guru kaum Melayu dan India dari SJKC?

Bagaimana pula sekiranya desakan tersebut dilakukan oleh kumpulan pendesak dari Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) yang mahukan hanya sesuatu kaum sahaja mengajar di sekolah-sekolah berkaitan dengan mengenakan pelbagai syarat yang tidak melambangkan semangat nasional?

Jika dilihat dalam konteks yang lebih luas, permintaan Dong Zong bagaikan ada satu persamaan dengan segelintir tindakan syarikat -syarikat yang hanya mengiklankan jawatan kosong kepada calon-calon yang boleh bertutur dan menulis dalam bahasa Mandarin sahaja?

Jika situasi ini sememangnya menjadi suatu kerangka agenda besar yang cuba nmengasingkan komuniti mereka dari kaum-kaum lain di Malaysia, ia adalah suatu tindakan yang merbahaya dalam aspek masyarakat majmuk di negara ini.

Sesuatu kaum tidak seharusnya mewujudkan suatu 'Kabinet' atau 'kerajaan' kecil dalam sebuah kerajaan.

Dalam isu ini kerajaan seharusnya tidak tunduk dengan desakan Dong Zong yang membelakangkan dasar pendidikan kebangsaan.

Sekiranya desakan tersebut diterima, adakah pihak kerajaan bersedia melaksanakan dasar hanya guru-guru yang boleh menulis dan membaca jawi sahaja mengajar di SK dan guru- guru yang boleh menulis dan berbahasa Tamil sahaja ditempatkan di SJKT?

NAK TENGOK!
Perak

3 comments:

  1. Semasa saya darjah 3 di Seremban, guru kelas saya berbangsa India (Puan Sathiapalan); saya tak kisah pun...
    Semasa saya darjah 4 di Seremban, guru kelas saya berbangsa Cina (Encik Chua); saya tak kisah pun.
    Semasa saya darjah 4 hingga 6 di Kuantan, guru BI saya berbangsa Cina (Encik Tan); saya tak kisah pun...
    Semasa saya tingkatan 3, guru Kemahiran Hidup saya berbangsa Sikh (Encik Thaman Singh); saya tak kisah pun...
    Semasa saya tingkatan 4 hingga 5 di K.Kangsar, guru Add Math saya berbangsa Cina (Encik Tan); saya tak kisah pun...
    Ramai lagi guru-guru bukan Melayu yang pernah mengajar saya dan saya tak kisah pun...

    APA MASALAH KAU DONG ZONG?!

    ReplyDelete
  2. Saya setuju hanya guru guru yang tahu menulis dalam tulisan jawi sahaja layak ditempatkan di sekolah kebangsaan.

    ReplyDelete
  3. Saya merupakan seorg guru di sjkc.sungguh sedih bahawa sy dilayan dgn tidak baik di sekolah itu.murid murid mengejek saya.saya amat tertekan.

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...