terima kasih buat kalian semua..

Thursday, March 8, 2012

Kisah gelagat ejen dan pemandu bas ekspres PKB yang biadab !!!


PADA malam 4 Mac 2012, saya bersama keluarga menaiki bas ekspres PKB bernombor plat PKH 1815 dari Sungai Petani, Kedah ke Melaka.

Dalam tiket, waktu bas bertolak dicatat pukul 11.15 malam. Bas sampai di stesen Sungai Petani kira-kira pukul 11.25 malam.

Apabila penumpang menaiki bas, ejen mula datang untuk menyemak tiket yang dipegang oleh penumpang.

Satu suasana pelik kerana penumpang disuruh turun dari bas dan menaiki bas lain seperti yang diarahkan oleh ejen. Pertukaran berlaku menyebabkan penumpang terkial-kial kerana keliru dengan perbuatan itu. Ada yang terpaksa mengeluarkan bagasi dari perut bas. Bagi saya, itu masih boleh dimaafkan.

Perkara yang amat menjengkelkan ialah cara penumpang disuruh turun dari bas oleh ejen. Penumpang dipanggil dengan kasar.

Contoh ayat yang digunakan: Hei! turun-turun, pergi naik bas sana. Hei! duduk sini (dengan menunjukkan pada kerusi). Perkara ini berlarutan sehingga hampir 12 tengah malam baharu bas bertolak. Persoalannya, kenapa ejen itu tidak menghormati manusia lain. Tinggi sangatkah darjatnya sebagai ejen bas? Lupakah dia kalau tak ada penumpang, dia pun tak ada pekerjaan?

Kedua, semasa dalam perjalanan, pemandu bas langsung tidak berhenti untuk berehat. Penumpang tidak berkata apa-apa. Tetapi apabila hampir sampai Kajang, Selangor bas berhenti kerana ada penumpang yang ingin ke tandas. Saya tersedar dan minta izin untuk turun ke tandas juga. Pemandu yang sedang memandu tidak respons apa-apa, tetapi pemandu yang tidak memandu meninggikan suara dengan mengatakan jika seorang-seorang turun bila hendak sampai? Sedangkan jam pada masa itu baharu menunjukkan 4.01 pagi.

Apabila saya naik semula dan duduk, pemandu tadi mula membebel-bebel dengan kuat bernada menyindir mengatakan saya tidak tahu dan tidak faham bahawa bas itu bas ekspres bukan bas biasa yang boleh berhenti-henti.

Katanya, kalau nak berhenti-henti kena naik bas biasa. Dia terus-terusan menyindir berkali-kali dan melalut-lalut kepada perkara-perkara lain, tetapi saya tidak layan dengan orang yang saya anggap 'gila' dan tidak berpendidikan. Bayangkan perasaan saya sebagai pelanggan, yang membayar harga tiket hanya untuk mendapat perkhidmatan yang biadab sebegitu?

Selain itu, apabila sampai di Melaka bas ini juga tidak masuk ke Melaka Central, tetapi hanya menurunkan penumpang di depan jalan raya, tempat teksi.

Saya amat berharap pihak pengurusan syarikat bas PKB dapat memberi sedikit taklimat, ilmu atau kursus tentang hubungan sosial dan perkhidmatan berhemah kepada pemandu-pemandu.

Saya juga berharap kementerian yang berkaitan dapat memandang serius perkara ini kerana kejadian seperti ini secara tidak langsung dapat memberi imej negatif terhadap kesopanan rakyat Malaysia yang sepatutnya dipelihara kerana ia termaktub dalam Rukun Negara.

ANTI BONGKAK
Merlimau, Melaka

2 comments:

  1. John...Sebenarnya inilah sikap kebanyakan rakyat Malaysia , bila ada kuasa sikit mula tunjuk lagak walaupun dia hanya "haprak" aje...Apa salahnya berbudi bahasa sikit...mcm mana negara nak maju...Kalau kes ni diilaporkan aku rasa masuk tong sampah aje...Patutnya pakat ramai2 balun aje pemandu n pemandu ke 2 dia..baru padan muka...org dah bagi makan sombong pulak...selalunya org mcm ni tak bertemu buku dgn ruas...

    ReplyDelete
  2. not all bus driver and dispatchers got this kind of attitude but some, and about the stopping they stop at designated places because they got an interest on that place like commission thats why they do always stop on that place please dont be confuse a non stop and an express hehehe im just saying we dont know wats belong to wan,mamat and abu

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...