terima kasih buat kalian semua..

Saturday, March 3, 2012

Minta Kementerian Kesihatan kaji caj tidak seimbang di hospital kerajaan..


SEMASA saya mengunjungi Hospital Kuala Lumpur (HKL) baru baru ini, saya dimaklumkan bahawa kadar rawatan pakar di hospital tersebut adalah berbeza mengikut status klinik yang merujuk.

Sekiranya pesakit dirujuk oleh klinik kerajaan, kadar pendaftaran adalah RM5 sahaja.

Rawatan susulan adalah minimal atau tiada caj langsung terutama kepada pesara.

Bagaimanapun, jika pesakit tersebut dirujuk oleh klinik swasta, kadar pendaftaran di HKL adalah RM30 dan rawatan susulan akan dikenakan seperti perbelanjaan X-Ray sebanyak RM60.

Kebiasaannya, anak dan saudara terdekat akan membawa ibu bapa yang uzur ke klinik swasta kerana rawatan di klinik kerajaan agak lama dan memenatkan warga emas.

Mereka sanggup membayar lebih bagi mengelakkan keresahan serta waktu menunggu.

Malangnya, apabila dirujuk oleh klinik swasta mereka dikenakan caj rawatan susulan yang tinggi oleh HKL dibandingkan pesakit dirujuk klinik kerajaan.

Diharapkan pihak kerajaan dapat menyemak semula caj yang tidak seimbang yang membebankan pesakit terutama warga emas ini.

TENGKU MAN
Pandan Indah, Kuala Lumpur

1 comment:

  1. Untuk elak caj rujukan swasta, bawa pesakit bersama surat rujukan untuk dapatkan rawatan di klinik kerajaan. Tapi jgn tunjuk surat tersebut sehingga semasa berjumpa doktor. Minta jasa baik doktor tersebut tulis surat rujukan semula untuk klinik pakar dan guna surat tersebut untuk mendapatkan rawatan pakar.

    Warga emas diberi mesti diberi keutamaan semasa mendapatkan rawatan di klinik kerajaan, saudara tidak perlu menunggu lama.
    Harap dapat membantu.

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...