terima kasih buat kalian semua..

Wednesday, April 11, 2012

Diberi menumpang, sepupu berzina dengan suami !!!



SETIAP wanita yang telah bergelar isteri tentunya ingin dikasihi oleh suami sehingga ke akhir hayat. Setiap saat mereka mahu dibelai dan dimanja oleh suami tercinta.

Perkahwinan yang dibina tentunya ingin diselamatkan walau apa terjadi kerana kasih terhadap suami telah tersimpul mati.

Namun mampukah seorang isteri menikmati keindahan dan kebahagiaan itu bersama suami yang ditatang bagaikan minyak yang penuh?

Dilema inilah yang ditanggung oleh Nadia (bukan nama sebenar) berusia 34 tahun yang kini sedang berperang dengan suaminya Nazir (bukan nama sebenar), 38 tahun disebabkan Nazir ada hubungan sulit dengan sepupunya, S.

Semuanya bermula apabila Nadia menumpangkan sepupunya di rumah mereka sejak empat bulan lalu.

Ingin tahu lebih lanjut, ikuti kisah ini seterusnya seperti yang diceritakan oleh Nadia dalam pertemuan kami baru-baru ini.

"Saya telah tujuh tahun bernikah dengan suami, Nazir, seorang pegawai kerajaan dan mempunyai dua orang anak berusia enam dan empat tahun. Saya bertugas di sebuah syarikat swasta.

"Tujuh tahun hidup bersama tidak ada masalah yang timbul. Suami seorang yang penyayang, penyabar dan sentiasa memberi layanan baik kepada saya dan anak-anak. Saya amat menghargai sikapnya itu dan berterima kasih atas kebahagiaan yang kami nikmati selama ini.

"Namun panas yang saya harap sampai ke petang rupa-rupanya hujan di tengah hari. Kedatangan sepupu saya dari kampung melenyapkan segala kebahagiaan kami itu.

"Sepupu saya berusia 23 tahun, anak sulung ibu saudara saya, adik kepada ibu saya. Dia baru dapat kerja di Kuala Lumpur. Sementara hendak biasa dengan hidup di KL, ibu saudara saya minta saya tolong tengok-tengok dia dan tumpangkan di rumah saya.

"Sebagai anak saudara dan kakak sepupu yang paling tua dalam keluarga kami tentu saya tidak menolak permintaan ibu saudara saya itu memandangkan adik sepupu saya itu yang kami panggil S tidak pernah tinggal di bandar besar sebelum ini.

"Suami pula tidak menolak apabila saya beritahu permintaan ibu saudara saya itu. Memang saya dan suami ikhlas membantu. Secara kebetulan tempat kerjanya sehala dengan pejabat suami saya.

"Setiap hari dia menumpang kereta suami ke pejabat, balik pun sama, suami saya menjemputnya setiap hari. Pada mulanya saya tidak nampak akan timbul masalah dengan perkara itu.

"Tetapi lama-kelamaan saya perhatikan sejak S menumpang keretanya, suami selalu pulang lewat ke rumah bersama S. Alasannya dia sibuk dan S terpaksa menunggu dia untuk pulang.

"Saya merasa pelik, setelah tiga bulan tinggal di KL, masakan S tidak tahu selok belok pulang ke rumah sendiri, kalau tidak larat menaiki bas, teksi banyak. Kenapa mesti tunggu suami saya juga. Paling tidak, dia boleh telefon saya bagi tahu suami saya lewat, saya boleh jemput dia.

"Bukan sekali dua kejadian itu berlaku malah semakin kerap dari minggu ke minggu. Apabila saya tanya, dia kata saya cemburu. Di rumah juga saya nampak sikap mereka banyak berubah. Tidak seperti S mula-mula tinggal dulu.

"Apabila suami saya ada di meja makan, S tidak makan bersama kami lagi. Apabila saya terlewat turun untuk makan atau sedang solat, baru S makan bersama suami dan anak-anak. Banyak kali juga saya perhatikan keadaan tersebut.

"Saya boleh baca daripada bahasa badan mereka bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan kedua-duanya. Tetapi saya tidak boleh menuduh tanpa usul periksa. Saya luahkan perkara ini kepada adik lelaki saya tetapi dia menafikan dan berkata saya cemburu. Tapi saya beritahu dia satu hari saya akan buktikan yang tekaan saya benar belaka.

"Tuhan Maha Kaya dan ingin bantu saya. Satu hari, pembantu rumah saya mohon bercuti untuk ke rumah kakaknya yang jatuh sakit. Memandangkan hari itu Jumaat saya izinkan sebab Sabtu dan Ahad saya tidak bekerja.

"Anak kami saya tumpangkan di rumah adik saya yang tidak jauh dari rumah kami, lagipun anak kami sama sekolah. Balik dari pejabat saya boleh jemput dia.

"Pada hari Jumaat itu, saya keluar kerja seperti biasa selepas setengah jam suami dan S keluar. Saya tidak syak apa-apa akan berlaku kerana saya yakin suami dan S ke tempat kerja. Menjelang tengah hari saya tidak sedap hati. Teringatkan anak di rumah adik, saya mengambil keputusan pulang awal. Hampir pukul 4 petang saya keluar dari pejabat. Mulanya hendak terus ke rumah adik menjemput anak tetapi tergerak hati untuk pulang ke rumah dulu menyalin pakaian dan kemudian menjemput anak untuk pergi makan.

"Menghampiri rumah hati saya berdegup kencang. Dari luar saya lihat kereta suami ada di parkir. Pelik juga, selalu malam baru balik, ini awal sudah sampai. Agaknya dia tidak sihat, hati berkata tanpa mahu buruk sangka dengan suami.

"Saya letak kereta di luar pagar, kemudian berjalan masuk ke rumah. Pintu tidak berkunci, malah sedikit terkuak. Saya melangkah masuk dengan dada yang semakin kencang. Terdengar suara orang bercakap, pelik siapa agaknya, hati berkata lagi.

"Jelas suara itu datangnya dari bilik tidur kami. Saya berjalan laju ke arah itu, makin dekat makin kuat pula suara yang saya dengar. Hati mendidih, meluap-luap kemarahan saya.

"Sebaik menolak pintu, saya terpaku. Suami dan S dalam keadaan yang amat mengaibkan. Saya menjerit sekuat hati dengan air mata berlinangan. Tergamak mereka! Melihat saya terpacak di depan mata, suami tergamam dan melompat turun dari katil sementara S terpinga-pinga.

"Sampai hati abang! Ini balasan yang kamu bagi pada kakak. Patut kamu bersyukur ada tempat menumpang. Ini tidak, suami kakak pun kamu hendak rampas. Saya tidak akan ampunkan abang...tidak sama sekali,'' saya menjerit dan menuding jari ke arah mereka.

"Habis berkata-kata saya berlari keluar dari bilik dan dikejar oleh suami. Hati saya sudah tawar. Sambil menangis saya memandu kereta meninggalkan kawasan rumah menuju rumah adik lelaki saya tanpa menoleh ke belakang lagi. Tiba di sana, saya meluahkan segala yang berlaku. Adik amat marah dengan kejadian itu dan terus menelefon ibu dan bapa saya serta mentua untuk menceritakan perkara yang sudah berlaku. Dia juga memberitahu ibu S tentang kejadian itu.

" Seluruh adik-beradik saya yang berada di Kuala Lumpur berhimpun di rumah adik. Esoknya keluarga kami sampai dari kampung termasuk ibu S. Mentua saya menangis dan memeluk saya, ibu dan bapa bersedih dengan kejadian itu sementara ibu S yang juga ibu saudara saya turut kesal dengan apa yang berlaku. Berkali-kali dia meminta maaf dia atas perbuatan anaknya itu.

"Adik saya dan mentua ke rumah saya untuk membawa suami dan S ke rumahnya. Sebelum mereka tiba saya telah nekad untuk memohon dilepaskan. Keputusan saya muktamat. S berkali-kali memegang kaki saya minta ampun, tapi saya sudah tidak boleh memandang wajahnya lagi lebih-lebih lagi suami.

"Ibu saudara saya minta Nazir bertanggungjawab terhadap S dan mahu mereka segera bernikah tanpa langsung mengambil kira perasaan saya.

"Sebelum perbincangan selesai saya meninggalkan rumah adik. Saya perlukan ketenangan. Kedua-dua anak kami saya bawa bersama. Saya bagi tempoh seminggu kepada suami untuk keluar dari rumah kerana rumah itu adalah rumah saya, nama saya.

"Sebulan menunggu akhirnya saya dilepaskan. Saya bersyukur kerana hak penjagaan anak diberi kepada saya. Apa yang berlaku selepas itu antara suami dan S saya tidak tahu dan tidak teringin untuk tahu. Malah sehingga kini, saya tidak balik kampung kerana terguris hati dengan perbuatan sepupu saya. Saya tidak mahu bertembung dengan ibu saudara saya dan keluarganya.

"Kini saya semakin pulih. Walaupun kejadian itu tidak dapat saya lupakan tetapi saya akan berusaha untuk tidak mengingatinya lagi. Mudah-mudahan Allah memberi saya kekuatan untuk menghadapi cabaran hidup sebagai ibu tunggal dan memberi kebahagiaan untuk membesarkan anak saya.

"Saya nasihatkan anda di luar sana supaya jangan mudah menerima orang luar untuk menumpang walaupun saudara sendiri kerana rambut sama tetapi hati lain-lain. Biarlah dikatakan sombong asalkan kita tahu apa yang terbaik untuk diri kita,'' demikian Nadia berpesan sebelum menutup cerita.

Cerita Nadia memang menyedihkan. Ia ibarat diberi susu tetapi dibalas dengan tuba. Saya yakin kesedihan itu mengambil masa untuk dilupakan kerana ia membabitkan saudara sendiri. Kes seperti yang Nadia lalui memang kerap berlaku dalam masyarakat hari ini. Dalam pada kita berusaha menjaga hati orang atau saudara mara, biasanya kita akan terlupa pada hati sendiri.

Apa pun saya harap Nadia tidak patah semangat dan meneruskan kehidupan seperti biasa. Jadikan kejadian itu satu pengalaman berharga dalam hidup. Mungkin Allah menguji Nadia untuk menghadiahkan seorang lelaki yang lebih baik pada masa depan. Soal hati susah di ramal, tidak kira sudah menjadi milik orang atau tidak bertepuk sebelah tangan masakan berbunyi.

Menamatkan catatan, jika kesedihan itu semakin menghimpit, bersihkanlah jiwa agar ia tenang dan kembali bersinar serta mampu membalut luka di hati yang telah berdarah.

14 comments:

  1. sian kaum wanita...bila ini terjadi kaum wanita juga dipersalahkan.....silelaki durjana tuuu tetap tidak dimarahi atau dihina.

    Sebenarnya itulah rupa lelaki, pantang jumpa peluang, mesti dia rembat punya.....wanita yg lemah mmg menjadi makanan lelaki sebenarnya....

    jadi, berhati2lah dgn lelaki atau suami anda, jadilah isteri @ waniat yg berkuasa dan menguasai pasangan anda.......bagaimana, hampa pikirlah sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak smua laki bgitu..jika itu pndngan anda, anda telah mnuduh ayah anda sndri..kerana dia lelaki juga..yg slahnya kurang didikan dan ajaran..

      Delete
  2. yang lelaki dapat bini dgn org muda...

    ReplyDelete
  3. Tu lah.....Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.Laksanakanlah undang-undang ISLAM agar perkara seperti ini dapat dihalang.Betultak??????? Saad, Ipoh.

    ReplyDelete
  4. Jangan lupa..wanita pun ada yg buat perkara mcm ni..kerana nafsu x mengenal jantina.. semoga menjadi pengajaran...jauhi zina

    ReplyDelete
  5. sebenarnya perkara ini tidak akan terjadi jika penumpang rumah orang sedar diri siapa, suami juga teguh imannya dan isteri itu juga tahu tempatnya (jangan terlalu percaya orang ketiga walau adik beradik sendiri) kerana syaitan akan menjadi orang ketiga diantara hubungan kamu kerana syaitan rumahtangga adalah besar peranannya setelah berlaku saudara bukan saudara dan suami bukan lagi suami maka tinggallah anak-anak itu tidak berbapa ibu saudara juga lupa diri kerana tidak merasa bersalah menyebabkan cucu saudara yang kehilangan bapanya... kesiankan... ingat apapun buat baik berpada-pada

    ReplyDelete
  6. terbaek bro......manusia selalu alpa

    ReplyDelete
  7. Wanita dan lelaki sama je... semoga artikel di atas menjadi pengajaran dan teladan kepada kita untuk sentiasa taat setia kepada pasangan masing masing.

    Daripada,
    Syah
    Malaysia online fashion boutique

    ReplyDelete
  8. baca cerita dari satu pihak pun tak bleh juga...pada anda yang dah berumah tanga lebih 10 tahun akan memahami keadaan ini...bila suami cari pompuan lain yang hanya anda nampak kesalahan suami...tapi hakikat di sebalik kecurangan suami tak pernah di selidiki...malas nak komen kerana anda juga akan mengalami keadaan ini suatu hari nanti....hehehe....

    ReplyDelete
  9. masalah-masalah....

    takdir.Allah dah tentukannya, nak buat macam mana. Manusia memang begitu. Bukannya manusia ni imannya tinggi je..ada jugak turun naik iman.

    Yang penting doa moga diteguhkan iman, dicegah daripda perkara-perkara yang mungkar, dan akhir sekali mati dalam iman.

    takutnya... entah kita mati dalam iman belum tentu.

    ReplyDelete
  10. isteri yg susah payah mengandung dan melahirkan anak2 demi kebahagiaan kuarge tp si suami pulak x sanggup berkorban dgn menahan nafsu demi isterinya, last2 dpt jugak habuan kawin ngan bini muda. sy stuju nafsu mmg x mengenal jantina sbb tu perbuatan zina bole berlaku di antara si suami dan sepupu nadia tu. mungkin tuhan mmg dah jadikan laki dan pompuan masing2 ade kelemahan sndiri, sbb tu iman dan taqwa shj yg dpt menjauhi kita drpd perbuatan maksiat dan zina. pape pn, semoga nadia dpt teruskan hidup dgn tabah dan mudah2an satu hari nnt tuhan akan beri ganjaran yg jauh lbh baik.

    ReplyDelete
  11. korang bagi la sejuta alasan sekali pun,untuk memberi pandangan yang terbaik , tapi hanya 2 peratus je yang ingat, ada yang kata lelaki pantang ada peluang dan di salah kan..... bagi aku.. semua itu di sebabkan IMAN yang sangat lemah dan mudah rapuh sepeti debu yang halus.... dan tidak seorang pun yang berani menggatakan IMAN nye kuat... dalam hal ini , wanita dan lelaki tidak lebih tidak kurang sama saja yang melaku kan kesilapan yang halus atau pun yang besar..... sebab itu lah di adakan peringatan setiap saat di masjid dan surau memberi tahu dan memperingatkan.... iman aku pun masih lagi lemah..

    ReplyDelete
  12. Drama gila babeng bak hang. Takpa divorce is better than cancer.

    ReplyDelete
  13. Td poie jogg jp jaln tak smpi 2 3 leyok dah hujn lak.begogeh den blik ko moto.igt nk mkn kek kodai sbolah pjbt pos tp ttp lak hampeh boto.ni tpakso la mkn ke bus stop nsb cakoi dio sodap kalu x tejeluek gk den mkn ha.mntk nsi lomak xdo lak den dah la lapa nasik ni.acik sbolah td tgk jo den pelahap cakoi 2 tp den pdulik apo dah lapa yo tak.lopeh mkn den trs blik umh tdo.kojo potang jp lg..pado nadia bykkn jogg dan makan cakoi yo.

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...