terima kasih buat kalian semua..

Wednesday, May 23, 2012

Sukarnya dapat rawatan di hospital swasta jika tiada duit...


Telah beberapa kali kedengaran rungutan daripada orang awam mengenai susahnya untuk mendapatkan rawatan kecemasan di hospital swasta walaupun di ketika itu nyawa seperti di hujung tanduk.

Mula-mula sekali petugas di kaunter akan bertanya sama ada pesakit memiliki sebarang insurans dan berapa nilainya.

Jika tiada, adakah mempunyai wang cagaran atau deposit sebelum layak mendapat rawatan atau dimasukkan ke wad hospital.

Jika sekiranya tidak mempunyai apa-apa yang hendak dicagarkan daripada pesakit berkenaan, petugas hospital tidak dibenarkan untuk diberikan apa-apa juga rawatan walaupun dalam kecemasan.

Malah mereka bergegas menyuruh pesakit dan keluarganya keluar dari situ. Selalunya pesakit disuruh mendapatkan rawatan di hospital kerajaan ataupun klinik kerajaan berdekatan.

Bagaimana jika klinik atau hospital kerajaan jauh? Bukankah itu membahayakan nyawa pesakit?

Disebabkan terlalu pentingkan keuntungan, etika perubatan dan rasa tanggungjawab insan ke insan tidak lagi diutamakan.

Duit yang lebih mereka pentingkan. Tidak ada sikap timbang rasa. Sifat kemanusiaan ditolak tepi serta tiada langsung budi bicara walaupun di dalam keadaan yang genting antara hidup dan mati pesakit tersebut.

Tidak kiralah apa nama hospital tersebut. Walaupun kadangkala nama hospital itu hebat mengambil sempena nama Islam tetapi layanan yang diberikan tidak Islamik langsung.

Yang penting tunjukkan wang ribuan ringgit dahulu atau mempunyai insurans yang mencukupi. Jika tidak, tiada layanan yang akan diberikan.

SYED ABDULLAH SYED OSMAN JAMALULLAIL
Ampangan, Seremban

1 comment:

  1. Saya berpendapat saya tau hospital tersebut. Hospital swasta memang begitu.Apa saja yang dilakkukan perlu cas sebab gaji staf dan doktor memang dari bayarab pesakit. Tapi kita tak boleh menyalahkan mereka sebab mereka bisnes. Dalam kes ini walau apa keadaanpun lebih baik pergi hospital kerajaan. Saya pernah juga gunakan khidmat hospital swasta ni untuk kelahiran dua orang anak saya. Casnya jauh lebih tinggi dari hospital kerajaan. nak buat camna.Bayarbjelah.Dah kita pilih mereka.Tapi layannanya memang bagus.

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...