terima kasih buat kalian semua..

Saturday, June 30, 2012

Bas ekspres dan solat.....


KAMI sebagai pelajar kebanyakannya merantau jauh ke negeri lain untuk ke tempat pengajian dan menggunakan perkhidmatan bas sebagai pengangkutan utama pada musim cuti semester ataupun cuti-cuti perayaan untuk pulang ke rumah.

Kami amat bergantung kepada perkhidmatan bas ini kerana kosnya lebih murah dan masa perjalanan yang lebih singkat berbanding kereta api. Namun terdapat perkara yang tidak menyenangkan berlaku dalam hampir setiap perjalanan kami iaitu pemandu bas tidak berhenti di stesen R&R bagi memberi peluang kepada penumpang untuk menunaikan solat.

Hal ini menyebabkan kami sebagai penumpang berasa amat tidak senang dan susah hati kerana terpaksa meninggalkan solat yang merupakan suatu kewajipan yang amat besar nilainya. Saya yakin kebanyakan penumpang mempunyai perasaan yang sama seperti ini.

Oleh itu, saya memohon perhatian pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah ini, kerana hal ini bukanlah suatu perkara yang remeh.

Amat menyedihkan apabila melihat wajah penumpang yang keluh kesah kerana takut tertinggal solat, tetapi pemandu bas yang juga seorang Muslim hanya diam sahaja tidak memberi respons yang positif. Maka pada pendapat saya, pihak atasan syarikat-syarikat bas perlu mengambil tindakan dalam isu ini.

Peraturan untuk mewajibkan pemandu berhenti di R&R bagi memberi peluang kepada penumpang untuk menunaikan solat perlu dilaksanakan dan pemantauan yang berterusan juga amatlah penting.

Ingin saya tegaskan di sini bahawa kami, rakyat Malaysia amat sensitif tentang perihal solat kerana ia adalah kunci ketenangan hidup kami.

PELAJAR IPT MALAYSIA

1 comment:

  1. daripada menghemtam x tentu pasal,baik pegi belajar buat solat jamak dan Qasar. kalo smpai tertinggal sembahyang sudah pasti perjalanan lebih 2 marhalah. bukankah kemudahan telah diberi kepada kita...........

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...