terima kasih buat kalian semua..

Saturday, June 30, 2012

Pegawai kerajaan merungut cukai terlalu tinggi !!!


SAYA adalah penjawat awam berkelulusan ijazah. Gaji sekarang RM4,200 setelah dinaikkan 13 peratus. Namun saya terkejut kerana LHDN telah menaikkan PCB saya sebanyak 200 peratus.

Itupun setelah ditolak daripada potongan zakat.

Langkah kerajaan mengarahkan LHDN menambahkan hasil cukai adalah baik untuk negara namun golongan pertengahan yang menjadi mangsa. LHDN tidak boleh mengenakan potongan cukai sebegitu tinggi.

Kerajaan sedang mengkaji untuk melaksanakan BR1M kedua selepas ini. Sudah semestinya akan menggunakan hasil cukai. Orang yang bergaji RM3,001 ke atas diketepikan. Sedangkan ada sebahagian yang menerima BR1M bukannya susah sangat.

Mereka boleh menipu kerana bekerja sendiri dan tiada slip gaji. Bagi saya kerajaan juga perlu memikirkan golongan pertengahan yang membayar cukai yang tinggi namun tiada keistimewaan dan kelonggaran diberikan.

Saya ingin memberi beberapa cadangan:

n BR1M kedua hanya diberikan kepada mereka yang terlepas BR1M pertama. Ini dapat menjimatkan duit kerajaan (duit rakyat juga).

n Pelepasan cukai untuk individu dinaikkan kepada RM10,000 dan anak sebanyak RM2,000. Pelepasan RM1,000 untuk seorang anak tidak relevan lagi sekarang ini. Kos seorang anak mencecah ratusan ringgit sebulan. Rebat cukai individu juga perlu dinaikkan daripada RM35,000 kepada RM40,000.

Diharapkan kerajaan dapat mengambil perhatian luahan rasa saya ini. Cukai yang dibayar setiap bulan sekurang-kurangnya dapat juga saya rasai bukannya untuk orang lain yang tidak berkaitan.

UWAIS ALQURNI
Pasir Mas, Kelantan

3 comments:

  1. memang wajib jadual pcb dikaji semula. Membebankan dan membengangkan sebab potongan yang terlampau tinggi setiap bulan. Bukan potongan melibatkan ratusan ringgit. Ribuan ringgit. Orang penat kerja. Dahlah bila dapat bonus pun x merasa untuk diri sendiri, bila beribu ribu ribu ribu ribu hengget kena pow dek lhdn. Orang pun ada keperluan lain.

    ReplyDelete
  2. Apa lagi....!!!!!!!!!!!!! Ini kalilah bagi tukar KERAJAAN....biar dia rasa...!!!

    ReplyDelete
  3. Apa lagi?? Ini kalilah bagi tukar kerajaan...biar dia rasa...!!

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...