terima kasih buat kalian semua..

Wednesday, July 4, 2012

Isteri pertama tak sedar diri !!!


SETELAH membaca kisah minggu lalu tentang pengalaman pahit isteri kedua yang ditinggalkan suami kerana takutkan isteri pertamanya, saya terpanggil untuk menceritakan pengalaman hidup saya yang rasanya lebih pahit dan teruk lagi.

''Sudahlah saya diserang di rumah, di pejabat pun saya dikutuk oleh madu yang datang menyindir, mencerca dengan mereka-reka cerita memburukkan saya termasuk di kantin supaya semua orang tahu dan bencikan saya,'' cerita Wan Zee dalam e-melnya dan di telefon.

''Mula-mula bila rahsia perkahwinan saya terbongkar, madu saya datang menyerang di pejabat. Untung ada pengawal yang menahan, tetapi dia tak puas hati. Esok dia tunggu saya di kantin, kawasan terbuka ramai orang keluar masuk. Tanpa malu madu saya menyerang saya di khalayak ramai. Untung ada petugas lelaki yang sudi membantu, kalau tidak pasti saya terlantar di hospital.

''Bayangkan dia pukul saya dengan beg tangannya yang berat. Entah apa yang diisi di dalamnya. Mungkin makanan dalam tin atau batu. Dengan sekali hayun beg tangannya mengenai tubuh saya membuatkan saya tersandar di kereta. Kali kedua dia hayun kena kepala, saya terus jatuh tak sedar diri dan terpaksa dibawa ke klinik. Heboh satu pejabat. Itu yang dikehendakinya, memalukan saya.

''Mulanya dia datang mencari saya di kawasan tempat letak kereta berhampiran kantin, bila dia nampak kelibat saya dia terus menyerang. Memang tujuan pertamanya untuk memalukan saya di khayalak ramai, kedua, dia nak cederakan saya dan ketiga, mungkin nak ugut saya supaya bercerai.

''Sebenarnya dari awal lagi memang saya tak mahu kahwin dengan Karl, tetapi saya kalah dengan pujukannya. Tambah-tambah lagi dia memang kelihatan bertanggungjawab dan berani berdepan dengan lelaki lain yang cuba mendekati saya.

''Awalnya saya tolak sebab dia suami orang, tapi dia berjanji takkan sesiakan hidup saya walau apa pun terjadi. Dia tahu isterinya garang sebab itulah dia ingin kahwin lagi. Katanya dia ingin mencari ketenangan dan kebahagiaan dalam hidupnya.

''Katanya dia sudah tak tahan dengan sikap isterinya, namun dia tidak akan menceraikannya sebab mereka sudah ada tiga anak remaja. Dia tak mahu hidup anak-anaknya hancur.

''Katanya dia telah sediakan segala keperluan untuk isterinya, malahan berlebih. Jadi dia mahukan kebahagiaan untuk dirinya sendiri setelah berkorban segalanya untuk isteri dan anak-anaknya.. Hujahnya membuat saya amat yakin.

''Di sinilah saya terperangkap. Latar belakang saya sendiri yang tak ramai ahli keluarga menyebabkan saya mencari suami bagi menumpang kasih.

''Kami berkahwin di sempadan sebab saya tak mahu susahkan ayah dan adik beradik. Ibu sudah lama meninggal dunia, ayah pula dah kahwin baru. Abang saya memang baik tetapi kakak ipar tak 'mesra alam' dengan kami adik-beradik. Jadi biarlah saya uruskan hidup saya sendiri. Kerana ada kawan membantu, lepas nikah, perkahwinan kami didaftarkan di Malaysia. Semuanya berjalan lancar sehingga dapat anak, barulah rahsia kami terbongkar.

''Kami nikah tujuh tahun lalu, ketika saya berusia 30 tahun. Kini anak sulung berusia 6 tahun dan kedua 4 tahun. Rahsia kami terbongkar ketika anak sulung berusia 2 tahun. Waktu itu hidup saya sentiasa dalam ketakutan kerana sering diserang. Tambahan pula Karl jarang balik dan dia pun memang takutkan isterinya yang sentiasa mengugut minta diceraikan.

''Saya buat laporan polis walaupun Karl bantah. Katanya isterinya takkan berani aniaya saya. Tapi saya tak ada jalan lain kecuali dapatkan pertolongan pihak berkuasa. Mulanya polis memang tak mahu masuk campur urusan keluarga, tapi saya jumpa pihak atasannya dan serahkan surat dan salinan kepada mahkamah syariah, pegawai atasan saya, abang dan kawan baik saya.

''Saya tuliskan dalam surat itu jika saya atau anak saya hilang, saya tak datang ke pejabat, tiada di rumah atau di kampung, itu bermakna saya sudah mati dan orang yang sering mengugut saya ialah madu saya bernama..... Saya tak tahulah apa jadi pada madu saya tetapi yang jelas, Karl mengamuk marahkan saya kerana buat laporan polis itu.

''Sebenarnya saya tak hantar pun salinan surat itu kepada orang lain kecuali kepada polis dan kawan saya untuk simpanannya. Namun saya puas hati. Selepas itu hidup saya kembali tenang, tiada gangguan. Malangnya Karl tidak tepati janji.

''Ikutkan saya pun boleh bertindak kejam mengancam, mengawal atau mengikat Karl supaya tidak pulang ke rumah isteri pertamanya, tetapi untuk apa? Saya sedar diri ialah isteri kedua dan berkongsi kasih, bukan untuk membolot suami seperti yang dilakukan sesetengah isteri kedua.

''Sebenarnya bukan susah kalau nak jadi isteri seperti itu, tetapi saya masih sedar diri dan mahu menghormati isteri pertama.Malangnya isteri pertama tak sedar diri. Kadang kala perbuatan dan sikap mereka terlalu kejam dan tak bertimbang rasa. Ini membuatkan isteri kedua ingin membalas dendam dan suami jadi benci padanya.

''Untuk pengetahuan pembaca dan isteri pertama khasnya, bukan banyak yang mahu dikongsi oleh isteri kedua sekadar kasih sayang dan sedikit nafkah untuk anak-anak. Bukan banyak sangat terutama jika si isteri bekerja. Biasanya kami isteri kedua lebih banyak berkorban dengan menanggung diri sendiri dan anak-anak tanpa dibantu oleh suami.

''Rasanya lebih banyak duit yang dihamburkan oleh suami jika mereka simpan kekasih gelap. Bukan setakat membayar sewa rumah atau hadiahkan kereta bahkan belikan rumah sebab takut kekasihnya lari dengan lelaki lain.

''Sebagai isteri yang sah, saya tak buat seperti itu sebab saya tahu tanggungjawab Karl kepada keluarganya selain kami tiga beranak. Malangnya sebagai isteri kedua, kami difitnah dan dituduh perampas.

''Wahai isteri pertama tolonglah faham kedudukan kami." itu permintaan Wan Zee kepada semua isteri pertama.

8 comments:

  1. Bg aku ini semua tletak dbahu llaki,seandainya dia gagal mdidik isteri pertama utk taat dan redha bmadu,maka dia TIDAK LAYAK utk bpoligami.bkn la 1alasan utk bpoligami sekiranya isterinya tdk mtaatinya.makin berang la isteri pertama dperlakukn sedemikian rupa..perlu diselidik,mengapa isteri ptama bsikap melampau.tentunya si suami gagal mjlnkn tgjwbnya mndidik isteri.skrg tbukti,sikapnya bila tembelangnya pecah.klu bnr la dia llaki budiman nescaya dia akan brterusterang terlebih dahulu sblm buka cwgn.akhirnya ada pihak yg teraniaya akibat sikap pengecut dan mementingkan dirinya.kpd wanita yg msih mbujang atau jd janda,kdgkala berpasangan tidak semestinya bahagia.jgn mudah mmpercayai aduan nya terhdp isteri ptama.malah jgn keterlaluan melabel isteri ptama x pandai jga suami.ingatlah lelaki yg baik tidak akan mceritakan keburukan isterinya.

    ReplyDelete
  2. Aku senang je..banyakkan baca alquran..jaga solat..jaga laki baik2..walaupun aku no 2 tapi laki aku selalu menghargai aku dan sangat bertanggungjawab..takpelah walau BANYAK hak yg aku tak dapat pun..sbb dunia ni sementara aje..lagipun madu aku masih belum tahu yg dia dh kena madu,jadi agak mudah lah suami aku nak atur masa..dan aku mmg tak nak laki aku susah..biarlah dia nak rahsiakan pun..aku tak kisah..asalkan aku,suami dan anak2 masih dpt hidup bahagia bersama..tapi taktau lah kalau dh pecah lobang nanti..kesian laki aku tu sbb dia takut kat bini no 1 tu..Ya Allah..kau lindungilah kami semua..lembutkanlah hati maduku..amin..

    ReplyDelete
  3. Pernikahan.ini dimulakan dengan tipu daya..kahwin lari.. Asalnya azali x baik..masakan boleh baik penghujungnye.. Istri pertama merasakan begitu dikhianati dan itulah akibatnya. Poligami adalah sunnah..ttp kalau nak ikut sunnah..iktlah dr a to z.. Jgn part akad nikah je nk ikut sunnah.. Part musyawarah dulu dan perkahwinan mengikut adab x nak ikut sunnah.sebab tu yg jd mcm ni.. Lelaki spt ini mmg x layak berpoligami.. PerkahwinN ini satu tanggunjawab besar..kalau seorg istri pun x boleh jg dan dia sentiasa menipu istrinya.. Masakan boleh dia bpoligami?? Fikir3kanlah..

    ReplyDelete
  4. Sabar aje lah. Hanya Allah tempat mengadu. Semuanya takdir dan Allah yg tentukan, tak kira lah cara mana sekali pun jodoh itu. Allah maha pengampun kalau kita silap. Aku pun isteri no.2, semuanya kami jaga supaya tak terbocor rahsia. Aku pun jenis yang banyak tolak ansur, kalau tidak suami ku mesti pening. Kesian kan suamiku. Mengapa aku pilih suamiku sbb dia lah lelaki yg sepanjang berhubungan kami dari zaman belum kawin & sampai dah kahwin 6 tahun, tak pernah sekali pun memburukkan isteri pertamanya. Itu yg aku respect sangat. Tak kesahlah perkahwinan kami rahsia, asalkan takde yg meroyan nnti. Madu aku boleh tahan jugak lagak dier waktu dier dpt tahu lakinya ada gefren (akulah) satu ketika dulu. Tapi aku biarkan lagaknya, sbb sedar diri nie siapa. Anyway, kekadang kita kena ingat Allah menduga bila bila masa (mengingatkan diri sendiri juga neh), jadi jangan konfiden sgt kita tidak diuji. Kalau dah kena batang hidung sendiri hidup bermadu, baru rasa macam mana bermadu dan di madu. KepadaMu Ya Allah aku mohon di permudahkan segalanya. Amin. From Sheila.

    ReplyDelete
  5. Biasalah isteri prtama mmg majoriti mcam tu..rasa nak serang..serang..rasa nak maki hamun ..buat je...
    aku sndiri prnah kna serang nagn isteri prtama d tempat keje aku n suami dia sndiri..yg akhirnya prbuatan dia tu diketahui di tmpat kerja dia..
    tapi kalau niat kita ikhlas nak jadi isteri..x kisah la dua ke ketiga ke..yg pnting jgan balas apa yag istri prtama buat kat kita..mmg sakut hati..tapi biar keburukan dia tu kita balas dgan kebaikan...
    mudah mudahan Allah lembutkan hatinya..itu saja minta dari Allah..

    ReplyDelete
  6. saya xsuka kalu wife 1st perasan diri die je dpt milik suami and sy xsuke wife 2nd pikir benda yg sama..as one family they should be tolerance..fikir la otak dah masing2 dah besar..belajr agama ke x.Yg si suami ni lak dah ko 2 ketua keluarga bimbing la diorang,,ni xjumpa isteri kecut telor.

    ReplyDelete
  7. Ntah aku xtaw nk komen apa sbb lau skong bini per1 xleh ke2 pon xleh,ingt suami org ni boleh sgt ke nk tunaikan sgala janji dia,ingtlah dia suami org ,mmg poligami dihalalkan tp xsmua pompuan nk idup bermadu,kamu kalausuami kawin no 3 apa plakkamu rsa?ntah ahh xtaw nk kata apa.kat luar tu da hbis ke lelaki bujang.maaf saya mgkin xptut ckp mcm ni tp lihatlah bahana anda alami,hidup anda ngn anak2 jd mangsa,lelaki sedap je pompuan merana,terpulang kpd org yg komen.apa2 pon ambil iktibar dan sentiasa berdoa pada allah smoga hdup awak bahagia.

    ReplyDelete
  8. yes btul tu...ingtlah wahai 1st wife...jgn la kejam sgt...suami kita bkn hak kita selamanya..

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...