terima kasih buat kalian semua..

Monday, July 23, 2012

Madu saya ganas !!!


SAYA sependapat dengan Lela dan Izani juga isteri-isteri pertama yang teraniaya. Saya tidak setuju dengan pendapat Zee tentang "Isteri pertama tak sedar diri". Sebenarnya wanita yang rampas suami oranglah yang paling kejam dan tak tau diuntung.

''Daripada pengalaman saya sejak bermadu dengan Fida, hidup saya bukan sahaja tidak tenteram malah terperangkap sama dengan dosa yang dilakukannya.'' Itu cerita Sofi ketika kami berbual panjang di telefon minggu lalu.

''Saya sudah berkahwin selama 22 tahun, tetapi tidak mempunyai anak. Saya ambil anak saudara suami untuk dijadikan anak angkat. Mana tahu ada rezeki dapat anak sendiri. Namun kami masih belum ada rezeki. Malangnya suami buat hal, dia kahwin di Siam.

''Suatu hari dia beritahu dah kahwin. Saya tanya bila? Di mana? Dengan siapa? Kenapa tak beritahu awal? Dia sergah saya balik. Kena minta izin ke? Bukan itu maksud saya tetapi mengapa nikah di Siam? Saya boleh pinangkan kalau betul-betul dia nak kahwin. Mengapa mesti sembunyi?

''Lebih mengecewakan, jika sebelum ini hidup kami aman damai, setelah bernikah dengan Fida, saya sering diganggu dengan panggilan telefon yang menyakitkan hati. Madu saya akan panggil suami segera balik setiap kali giliran saya.

''Dia tak izinkan suami jumpa anak angkat kami apa lagi berjumpa saya. Dia marah malah panggil saya lembu tua. Saya beritahu suami, dia nasihatkan berbuat baik. Saya ikut nasihat suami dan demi kebaikan bersama, saya minta dia kenalkan dengan Fida. Pada hari ditetapkan, saya pergi bersama suami dan ibu bapa mertua ke rumah Fida dengan tujuan nak berkenalan.

''Dua jam kami menunggu dia tak keluar jumpa kami. Puas suami saya pujuk. Pelik sungguh! Saya datang dengan niat berbaik, bukan nak serang dia. Akhirnya dia keluar juga. Saya lihat dia dah mengandung. Melihat rupanya, tak sangka dia orang yang sering maki hamun saya selama ini. Dia nampak tertib depan mertua saya. Langkahnya lemah longlai, suaranya lemah lembut. Saya tak boleh bayangkan macam mana orang lembut seperti ini bercakap kasar dan panggil saya lembu tua.

''Patutlah suami saya tak percaya apa yang saya ceritakan. Sebab bila bercakap depan suami, macam langit dengan bumi.

''Katanya dia masih belum bekerja dan baru dapat ijazah kaunseling dari universiti, berumur 24 tahun, 17 tahun muda daripada suami saya. Apa yang mengejutkan, suami kata mereka baru dua bulan kahwin, tapi perutnya dah besar. Katanya dia dijangka bersalin Februari tahun depan.

''Bukan nak memuji, suami saya memang baik. Kami sering solat berjemaah dan saya tak fikir suami terlanjur kerana dia bukan lelaki rakus, tambahan mereka baru beberapa bulan berkenalan.

''Nak dijadikan cerita, enam bulan nikah, dia selamat melahirkan seorang bayi seberat tiga kilogram. Dengan megah dan tanpa malu, dia menjaja cerita yang dia sudah ada anak, bukan macam saya 'lembu tua mandul'. Dalam geram, saya tanya dia semula; Baru nikah dah beranak. Anak siapa? Dia mengamuk mengadu pada suami suruh ceraikan saya. Hem! sudahlah suami kita dirampas. Dia suruh saya diceraikan dan berani panggil saya lembu tua.

''Saya beritahu suami bukan saya ganggu dia, tetapi Fida yang selalu telefon dan SMS ganggu saya. Kerana suami tak percaya, saya beri telefon saya pada suami biar dia sendiri dengar dan baca SMS Fida. Pernah saya tukar nombor telefon tetapi dia tahu semua, mungkin dia dapat daripada telefon suami.

''Tak lama kemudian permohonannya jadi guru diterima dan dia perlu belajar semula. Jadi dia serahkan anak pada mertua suruh jaga. Pernah juga saya bawa anaknya ke rumah saya kerana jika suami kata itu anaknya, saya cuba sayangi anak itu. Apabila Fida dapat tahu, dia mengamuk marahkan saya. Kalau saya belikan pakaian untuk anaknya, dia bakar. Malah dia pernah ugut suami pilih anak atau saya. Jika sayangkan anak, ceraikan saya.

''Oleh kerana dia sering ganggu saya, suami beri taklik ''jika dia ganggu saya lagi, maka tertalaklah dia dengan talak satu.'' Tapi Fida memang degil sanggup langgar taklik, maka tertalaklah dia dengan talak satu. Walaupun sudah bercerai, mertua masih jaga anaknya.

''Di samping itu, gangguan Fida terhadap saya tak pernah padam. Gelaran lembu tua mandul sudah jadi muzik merdu di telinga dan mulutnya.

''Sebenarnya bukan saya tak berusaha dapat anak sendiri mengikut pelbagai cara, cuma belum ada rezeki. Malah saya pernah menjalani ujian IVF dengan bayaran RM15,000 di hospital swasta di KL beberapa tahun lalu. Doktor sahkan saya tak ada masalah cuma air mani suami kurang.

''Doktor nasihatkan suami buat beberapa kali ujian ICSI sebelum IVF dapat dilakukan kepada saya. Tetapi tak lama selepas itu, suami mengaku dia dah nikah. Saya masih tertanya-tanya siapa sebenarnya bermasalah, saya atau suami. Selama tiga tahun Fida jadi madu saya, dia tak beranak lagi sedangkan dia kata akan beranak tiap tahun untuk sakitkan hati saya.

''Dua tahun selepas bercerai secara taklik, Fida dan suami mahu nikah semula. Suami memohon kebenaran berpoligami di mahkamah syariah. Sebelum ke mahkamah, suami beri amaran jangan banyak soal.

''Ketika hakim tanya pasal giliran, Fida lebih awal beritahu ketika cuti sekolah suami mesti bersamanya, waktu lain dengan saya. Saya akur. Tetapi itu semua janjinya depan hakim. Hakikatnya suami tak boleh bersama saya. Setiap kali balik, dia akan telefon dan ganggu suruh suami balik dengan pelbagai alasan. Si perampas nak berkuasa tak sedar diri setelah rampas suami orang!

''Tak cukup dengan ugutan, Fida sanggup paparkan gambar seksinya bersama suami dalam FB. Apakah tujuannya kalau tidak untuk sakitkan hati saya! Tapi saya tak kisah kerana yang malu bukan saya, dia sendiri sebagai pendidik yang langsung tak ada maruah. Perbuatannya itu juga hanya memalukan suami di mata teman sepejabatnya." Itu cerita Sofi tentang madunya yang pembengis.

11 comments:

  1. Salam, sgt sedey dgn nasib si isteri pertama ni. Banyakkan solat sunat, minta Allah beri yg terbaik untuk anda, kerana Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik buat anda. Saya yakin anda akan berbahagia dan menang jua akhirnya. InsyaAllah. Dari sahabatmu Liza.

    ReplyDelete
  2. Pada saya, isteri pertama berhak tahu jika suami ingin berpoligami. Syarat mesti dikenakan iaitu, isteri pertama berhak untuk tahu sekurang-kurangnya status kesihatan isteri kedua/madunya.
    Hal ini perlu kerana dibimbangi dalam kelahapan suami hendak berkahwin lagi, dia tidak pedulikan latarbelakang bakal isteri barunya. Mana tahu jika bersama dgn gadis GRO yg berpenyakit.
    Bukankah itu akan membawa padah kepada isteri pertama juga ?

    Adnan M

    ReplyDelete
  3. Why does it have to be related about a teacher? Dont blame the job. Blame the person. This is the 2nd entry i read & seriously, u cant blame it on a person called teacher, u're making this career look like shit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh but my step mom (ewww) is also a teacher and she act like a bitch.almost d same story, keep on bothering us when it is suppose to b my mom's turn.

      More thank 16years married and still act like one. Sorry teacher, i lost respect towards diz kind of people. And i even rejected d idea of becoming a teacher (asked by my dad) due to that bitch

      Delete
    2. Tolonglah ok, sy guru tesl tapi sy sendiri jarang guna BI bila majoriti diskus guna BM...saya bukan mghina tapi tolonglah kalau tak fasih BI jangan guna BI...memalukan tatabahasa lintang pukang..sbg contoh It HAS bukan It HAVE! Benda simple pun kantoi lagi nak tulis BI, kalau nak mantapkan BI bukan di sini tempatnya...saya sendiri guru pun tak kisah bila orang tekankan pasal guru kerana saya tahu bukan semua guru perangai elok, sedangkan semasa d upsi pun sy suda lihat sendiri apatah lagi yg di sekolah. Thing happens, memang benar setengah guru tak layak jadi guru...tak malu berkawan dengan pelajar dalam fb tapi selalu update status memaki...upload gambar seksi...apakah.

      Delete
  4. salam TUAN moderator ..kasi TUKAR la gambar dalam entri ni..sakit mata aku melihatnya ..takdop kaitan pun dgn penceritaan diatas...Buat batal puasa ja..tak perlulah promote gambar MAKSIAT MATA ni...terima kasih atas kepertihatinan dan tindakan .

    ReplyDelete
  5. sy, xkawin lagi dan xnak masuk belah mane2..setiap rumahtangga ade isunye tersendiri..kekdang isteri pertama tidak baik dan kekdang isteri kedua tidak baik..xsemua isteri pertama teraniaya dan xsmua isteri kedua jer baik..depend on isteri.jgn guna isu org ketiga as rumahtangga hambar..sepatutnye kite perbaiki diri kelak suami akan sedar kite terbaik..dan pasal madu ganas, biarkan die, bincang kn dgn suami, luahkan biar die tahu yg istri kedua nya rupa2 nya akhlak buruk.

    ReplyDelete
  6. bukan semua madu itu baik/tenguk bunga ap yang dihisap oleh lebah tu...kalo hisap bunga durian tentu ok..tapi kalo hisab bnga tahi ayam>>>tentulah rasanya lain. so bagi saya...madu madu tu bergantung apda didikan agama yang diterimanya ketika belum berkawin...kalo didisakan agama dan dididan emak bapaknya ok...oklahlag madu tuuu...tapi kalao didikan yuang diterima serong...seronglah jawabnya bila bermadu.....so kena banyaklah bersabar jika termasuk dalam kumpulan bermaduuuu..
    ADABAGUS: 9W2SPY@GMAIL.COM

    ReplyDelete
  7. Si perempuan memang tetap gelaranya status PERAMPAS dan si Suami pulak Imej memang "TAK PUAS"... nasib badan

    ReplyDelete
  8. Baiki diri dgn tuhan, barulah tak dapat sial berpanjangan..bila suami nak kahwin lain mesti ada silap di mana2 pada kita sebenarnya..tu pasal rezeki tak masuk..kalaulah islam tu diikuti,rumah pun sepatutnya tak digantungkan gambar2...supaya malaikat rezeki bolu h masuk..dan facebook pun perlu delete..ini jenis suami yg tak mencari tuhan,tapi nak ikut anjuran tuhan..sedih..kemuliaan diri dan disiplin manusia makin kurang..schedule pun tak reti nak bertegas maknanya dia seorang suami yg gagal.

    ReplyDelete
  9. Best baca.. macam2 pengalaman..
    jemput visit www.marjianasani.com

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...